Wednesday, June 15, 2005

Derita 'Iman Yang Sebahagian Lagi'

Tuhan lebih tahu, betapa sukarnya.

Saya cuba menyiapkan sebuah cerpen dengan tajuk ‘Iman yang sebahagian lagi’. Ia barangkali sebuah cerpen yang saya lakarkan daripada beberapa hadis yang saya ketahui, atau dalam bahasa yang mudah, memasukkan hadis sebagai ilmu bantu dalam cerpen. Ia berjalan lancar pada permulaannya.

Masalah jadi setajam runcing buluh apabila sampai ke peringkat penghujahan. Atau saya patut kata, apabila saya cuba mentakhrij hadis tersebut. Siapa yang merawikan hadis tersebut? Saya buka hampir sepuluh kitab demi memastikan dari mana hadis itu diriwayatkan. Ia jadi sukar kerana saya belum cukup mahir dalam takhrij hadis. Jadi saya merasa juga membuka Fathul Bari, Sohih Muslim, Subulussalam, Sohih Tirmizi, Mu’jam Mufehris Lil Alfaz Hadis, Tuhfatul Asyraf…Saya patut beruntung kerana dibantu rakan (Taufiq Sanusi) dan berjaya juga mencari hampir kesemua hadis tersebut.

Tetapi kerja belum selesai, dan saya sudah terbaring keletihan kerana sejak jam sepuluh pagi menghadap kitab-kitab hingga ke jam dua petang. Kata taufiq, ini amanah ilmu. Jadi saya cuba berusaha sedaya yang termampu.

Lepas asar, saya dan Taufiq ke Maktabah Darus Salam di Sabie’. Buka dua tiga kitab dan Cuma berjaya menjejaki satu hadis. Alhamdulillah.

‘Iman yang sebahagian lagi’ akan menemui anda. Harap ketika itu, anda sudi membacanya.

al_jantanie
manhumi_ilm

1 comment:

MZP said...

Maknanya, anda adalah warga adabuna? Seingat saya, saya hanya beri warga adabuna baca.

Proses meletakan hadis dalam cerpen, juga dalam apa2 penulisan sebenarnya satu proses yang sangat sukar. Saya juga takut. Tetapi, saya serahkan kepada pembaca untuk menilainya. kalau salah sila betulkan.