Wednesday, July 26, 2006

Hafizullah, Mengapa Salah?

Hafizullah adalah nama blog seorang kawan. Di sini saya akan menerangkan, mengapa tarkib ini adalah salah dan dilarang. Ini mesti ditukar. Saya tidak bermaksud memburukkan sesiapa, tetapi ini adalah perbincangan ilmu. Bukalah dada.

Tarkib hafizullah ini adalah dari jenis idofah. Idofah ada beberapa makna. Dan dalam semua makna yang saya tahu, tarkib ini adalah salah dan dilarang.

Pertama, ia bermakna 'min'. Daripada. Idofah yang bermakna 'min' seperti dalam contoh, thamratu l-Khilaf. Makna lain idofah adalah 'li'. Bagi (untuk). Contoh idofah yang bermakna 'li' seperti dalam contoh, hadiqatu l-hayawan.

Teliti. Thamratun minal khilaf, dan hadiqatun li l-hayawan.

Perlu juga difahami, tarkib idofah juga terdiri daripada lafaz yang mempunyai asal daripada fe'el. Lihat contoh idofah, kholiqu s-samaawaat. Atau, nasrullah. Lafaz khaliq dan lafaz nasr adalah kalimah yang mempunyai asal daripada fe'el.

Sebelum memeningkan anda, sila kumpulkan keempat-empat tarkib idofi ini. Satu, thamratu l-khilaf. Dua, hadiqatu l-hayawan. Tiga, khaliqu s-Samaawaat. Empat, nasrullah.

Lihat mudoofnya. Abaikan mudoofun ilaihi. Pertama adalah thamrah. Dua adalah hadiqah. Tiga adalah khaliq. Dan empat adalah Nasrun.

Dua mudoof pertama adalah isim zat. Isim benda. Thamrah dan hadiqah adalah isim zat. Ia tidak mungkin bermakna sifat. Tetapi bagi dua mudoof yang lain, iaitu khaliq dan nasrun, ia adalah isim juga, dengan lafaz khaliq adalah isim sifat, dan nasrun adalah isim masdar. Kekerasan isim masdar adalah menghampiri kekerasan isim zat.

Fokus saya di sini adalah pada lafaz khaliq dan nasrun, kerana kedua-dua lafaz ini berbeza dengan lafaz thamrah dan lafaz hadiqah. Dua lafaz ini mempunyai asal daripada fe'el. Khaliq berasal dari kh-la-qa, dan nasrun berasal dari na-sa-ra.

Sesuatu yang telah dimaklumi oleh kita semua, setiap fe'el ada fa'el, bahkan ada yang ada maf'ul. Tetapi, sesuatu yang dimajhuli oleh kebanyakan kita adalah, setiap isim fa'el ada fa'el, bahkan ada maf'ul, dan setiap isim maf'ul ada naib fa'el. Bahkan juga masdar.

Saya ulang. Setiap ISIM FA'EL ada fa'el, bahkan ada maf'ul, dan setiap ISIM MAF'UL ada naib fa'el.

Mudoof dalam contoh, khaliqu s-samawaat adalah isim fa'el, dan mudoof dalam contoh, nasrullah adalah isim masdar.

Memang. Khaliqu s-samaawaat boleh dimaknakan dengan li. Pencipta bagi langit. Begitu juga dengan nasrullah boleh dimaknakan dengan min. Pertolongan daripada Allah.

Tetapi, apabila lafaz mudoof ini berasal daripada fe'el, ia membawa makna tambahan. Membawa makna tambahan inilah yang selalu kita abaikan. Ia membawa makna fa'el, dan membawa makna maf'ul.

Oleh kerana itu, khaliqus- samaawaat membawa makna maf'ul, yang bererti, pencipta langit, dan langit itu maf'ul. Kita dapat lihat mudoofun ilaihi dalam tarkib idofi ini menjadi maf'ul. Faelnya mana? Fa'elnya tak dinyatakan kerana sudah maklum.

Begitu juga dengan nasrullah. Ia membawa makna tambahan 'fa'el'. Pertolongan Allah ini membawa maksud - Allah menolong, dengan Allah dalam lafaz tersebut adalah fael, dan bukan maf'ul.

Kembali membincangkan lafaz hafizullah, mengapa salah dan perlu ditukar?

Selalunya, apabila kita mendengar perkataan jaga, dan kita mendengar perkataan Allah, lantas kita mengandaikan bahawa - Allah itu penjaga, dengan Allah adalah fa'el. Tetapi, hakikat bahasa adalah lebih daripada itu. Adakah tidak mungkin, dari pandangan bahasa, apabila kita menemukan lafaz jaga, dan lafaz Allah, maka ia bermakna Allah itu dijaga, dengan Allah adalah maf'ul?

Adakah kemungkinan yang saya sebutkan ini, tidak pernah berlaku dalam bahasa, hasil kerana kesilapan tarkib?

Lantas saya perlu menegaskan, bahasa dalam tarkib dua lafaz ini, iaitu jaga dan Allah, Allah mesti di tempat fa'el, dan tidak boleh di tempat maf'ul. Kerana ia dilarang. Allah mesti bermakna fa'el, iaitu penjaga, dan bukan bermakna maf'ul, iaitu dijaga.

Masalahnya, lafaz hafizullah, memaparkan Allah di tempat fa'el atau di tempat maf'ul?

Oleh kerana ia adalah tarkib Idofah, maka perhatikan mudoofnya. Mudoofnya adalah hafiz, isim fa'el. Dan Allah berada di tempat maf'ul. Kita akan memaknakan tarkib ini menjadi - Penjaga Allah. Soalnya, adakah betul dan wajar kita mengatakan bahawa Allah itu ada yang menjaganya?

Perhatikan tarkib khaliqu s-samaawaat, dan lihat mudoofnya - khaliq. Pencipta. Bermakna, pencipta langit. Jadi, dalam lafaz hafizullah - penjaga Allah!

Lihat sedikit perbezaan dalam tarkib - hafizu l-Quran, bermaksud, penghafaz al-Quran, dengan al-Qran adalah maf'ul.

Saya menyatakan begini kerana saya menyedari bahawa, isim fa'el, apabila diidofahkan, ia akan berhajat kepada maf'ul dengan hajat yang sangat kuat. Tetapi tidak berhajat kepada fa'el. Berbeza dengan isim masdar. Isim masdar apabila diidofahkan, ia berhajat kepada sama ada fa'el, atau maf'ul jika ia mempunyai maf'ul.

Lihat contoh nasrullah. Nasrun adalah masdar. Dan Allah dalam tarkib ini berada di tempat fa'el. Cuba tukar kepada Naasirullah. Ia akan bermakna penolong Allah, dengan Allah di tempat maf'ul!

Bukti nasrun kadang-kala berhajat kepada fa'el, dan berhajat kepada maf'ul, adalah contoh berikut. Innallaha nasru l-mukminiin. Nasru l-mukminin, dengan lafaz mukminin berada di tempat maf'ul. Berbeza dengan nasrullah. Ia berbeza kerana lafaz nasrun itu sendiri, bertindak seolah-olah fe'el, dan bukan masdar.

Sekiranya anda faham konsep ini, saya rasa anda akan mengatakan dengan yakin bahawa - lafaz hafizullah adalah sesuatu yang ditolak kerana terlarang!

Bagaimana mahu betulkan? Biar saya berikan cadangan.

Pertama, tukarkan hafizullah kepada - al-Hafizullah. Bezanya cuma menambah 'al'. al-Hafizullah adalah tarkib bukan idofah, sebaliknya adalah tarkib sifat mausuuf. Cuma sifat berada di depan. Atau boleh juga diikrab sebagai badal atau atof bayan, dengan lafaz al-Hafiz adalah nama Allah, dan lafaz Allah menjadi atof bayan atau badal dalam tarkib ini.

Kedua, cadangan pembetulan yang boleh dicadangkan adalah - hifzullah. Kekalkan konsep tarkib idofah, tetapi ubah mudoofnya. Jadikan ia isim masdar. Hafizullah ditukar kepada hifzullah. Hifzullah akan menjadikan lafaz Allah itu sebagai fa'el dalam tarkib ini.

Saya mohon ampun dan maaf, andai apa yang saya sampaikan kurang disenangi. Tetapi demi apa yang saya tahu, ia salah, dan perlu ditukar.

Dengan semua yang sebenarnya sangat 'simple' kerana cuma perbincangan idofah, saya selalu teringat ekstrimis yang masuk ke bidang agama dan sering menimbulkan kekacauan, mentarjih konon ini betul dan salah, sejauh mana pemahaman mereka dalam bahasa Arab, sedangkan perbincangan bahasa sudah begitu dalam, apatah lagi kalau masuk dalam bidang-bidang yang lain. Mereka itu, tahukah ini semua?

10 comments:

Abu Akhfash Al-Iskandarani (abuakhfash@gmail.com) said...

Zaki, kalau boleh tuliskan contoh-contoh @ misal-misal dalam tulisan jawi. Bagi aku ia lebih mudah untuk difahami berbanding jika dirumikan.

Abu Akhfash Al-Iskandarani (abuakhfash@gmail.com) said...

Aku sependapat dengan ko, mabruk kerana dapat menjelaskannya dengan tepat.

Anonymous said...

tengok lah bila akan bertukar...

Anonymous said...

assalamualaikum.. sekadar memberi pendapat.. rasanya dah lama artikel ni di paparkan.. sethun lebih.. hari ni baru saya baca.. oleh kerana kalimah hafizullah ni sering kali terdengar.. dan ramai ibu bapa menamakan anak2 mereka dengan nama ni.. andai kata salah, kenapa tiada ulama2 menegahnya terlebih dahulu (sekadar pengetahuan saya).

bagi saya la.. hafizullah di sini bukan dengan bacaan haafizullah, isim fael dengan makna penjaga Allah.. tetapi ianya di baca dengan

Anonymous said...

sambungan.. tetapi ianya di baca dengan hafiizullah.. apa yg kita maklum hafiiz.. atas wazan fa'iil.. buleh membawa makna fa'il atau maf'ul..sebagaimana rojiim pada isti'azah membawa maksud roojim atau marjum, maka hafiiz membawa maksud haafiz atau mahfuz.. maka hafiizullah di sini dengan makna mahfuzullah.. dengan terjemahan melayunya dijaga Allah.. sama2 kita berbincang..

MZP said...

Baiklah. Saya juga nak belajar. Boleh saudara/i contohnya hafiiz (ya selepas fa) yang bermaksud maf-'uul? Saya nak satu contoh sudah memadai. Seingat saya, hafiiz adalah wazan fa-'il bukan maf-'uul.

Saya juga tahu, wazan fa-'iil, (ya selepas ain) ada kalanya bermakna fa-'il dan ada kalanya bermakna maf-'uul. Seperti lafaz qotiil (ya selepas ta) bermaksud maf-'uul.

Kedua, ayat yang diterjemah saudara/i ketika saudara/i kata hafiiz bermaksud mahfuuz, saudara tulis (terjemahan melayunya - dipelihara Allah)

Istilah dipelihara Allah, ia bererti, dipelihara oleh Allah. Takkah saudara perasan bahawa, Allah berada ditempat Fa-il? Sebab, yang memelihara adalah Allah.

Ayat melayu kita jangan keliru. Saya bagi contoh.

Ali makan, dengan ayat, dimakan oleh Ali. Sama atau tidak? Ali dalam dua dua ayat adalah fa-il.

Berbeza dengan bahasa Arab. Dipelihara yang saudara maksudkan, adalah berada pada sighah majhul, atau sighah isim maf-uul. Ia berhajat kepada Naib Faiel. Tahukan bahawa naib fa-il asalnya bukanlah fa-il, tetapi asalnya maf-uul?

Jadi, saya juga dengan rendah diri masih mencari sebab-sebab lain kalau hujah saya salah. Kalau ada hujah yang lebih kuat, boleh sampaikan.

Dan satu lagi. Istilah perkataan hafiiz bukan istilah khas atau nama bagi sesuatu makhluk. Setahu saya. Lain kalau kita kata, hafazatullah. Kerana hafazah adalah nama Malaikat. Kalau tak salah saya. Jadi, hafazatullah bererti malaikat bagi Allah.

Oleh kerana idoofah membawa erti sama ada MIN, atau LI, dan bagi sesetengah ulamak, FI, dalam contoh hafazatullah, bererti malaikat Allah. Dan dalam contoh min, seperti yang saya buat dalam tulisan di entri.

Tapi, hafiiz bukan istilah kecuali nama bagi Allah. Ikut hukum, ia adalah idofah. jadi, ia bukan badal. Atau bukan juga atof bayan. Juga bukan na-at. Bukan sifat. Jadi, makna yang tinggal cuma, makna fa-el dan maf-uul, dan hujah saya, seperti yang saya nyatakan dalam entri. Wallahu Aklam. (bi l-ain)

Anonymous said...

patutla aku tgk zmn skrgni yg mne nama2 ala2 hafizullah ni perangai mcm setan...rupe2nye mak bapa dia salah kasi nama dia la plak.. kesian tul la... nila akibatnya klw mak bapak tjuk pandai...konon2 nk muliakan nama si anak tp lain lak jd nye... aku syorkn mane2 nama hafizullah ni spy bw2 la mgucap jgnla tjuk lagak bagus sgt...las2 suma mnsia xampunkn dosa

MZP said...

Saudara belum membaca rentetan daripada entri ini, iaitu Hafizullah, bagaimana boleh ditakdirkan betul.

Seperkara lagi, tulisan saya dalam entri ini adalah mengenai kajian bahasa. Kalau mengenai perangai manusia itu bukan fokusnya.

hafizullah said...

Asslamualaikum... nk tanya, klu ejaan jawi nama hafizullah tu macam ni,محمد حفظ الله ???betul ke x?? and then klu nama saya Mohd Hafizullah camna lak??

MZP said...

ejaan hafizullah begini

حفيظ الله