Wednesday, September 27, 2006

Bolehkah Dikira Sedihnya?

Seorang kawan dipukau. Kerja arab. Duitnya hilang. Ramadan inilah. Dan rasa tidak bermaya menyelusup ke seluruh tubuhnya, menjalar dari badan hingga ke kaki, hingga dia tidak percaya, tenaganya rasa hilang tiba-tiba.

Dengan saki baki kekuatan yang tinggal, dia berjaya balik, tetapi membawa juga rasa tidak percaya bercampur sedih. Bukan sikit. Banyak. Hilang belanja kadar sebulan belanja. Dia termanggu. Nasib baik berjaya pulang.

Menyatakan semua orang Arab itu baik itu tidak mungkin, kerana berapa ramai orang-orang Malaysia di tanah air yang sama juga belangnya. Bunuh. Rompak. Rogol. Maka, tidak mustahil juga di sini berlaku perkara yang sepertinya berlaku. Kecurian. Dicuri. Dipukau. Bagaimana rasanya? Bolehkah dikira sedihnya?

Dia membuka cerita dan mengisahkan. Ramadan-ramadan pun ada juga yang menjadi setan. Syaitan kena tangkap, tapi pemukau aka penyamun atau kootiu t-toriik alias pencuri ini masih lepas. Entah apa penjahat itu guna, tapi bila sedar-sedar saja beratus-ratus wang sudah hilang.

Betul. Orang lelaki memang susah nak menangis. Tapi sedih tetap ada. Entahlah. Sedih sudah sebati bingung dan akhirnya membuahkan hampa.

Sunday, September 24, 2006

Ramadan Tahun Ini

Ramadan datang lagi. Beberapa ketika dan detik lagi. Dan debar dalam hati selalunya sama. Masih pekat dengan rasa takzim; barangkali kerana takzim di sini adalah pada Ramadan kurang pada Syawal, menjadikan hati tebal dengan rasa rindu.

Begitupun, sendiri masih harap dapat melayan Ramadan kali ini lebih baik dari kali yang dulu. Itu harap dan doa. Rindu pada tarawih, rindu pada hangatnya suapan buka di sebelah muka-muka
a'rabiy, atau mengira langkah ke maa-idatur-rahman, mengambil bahagian iftaar, tak lupa juga pada dingin pagi yang bercampur kantuknya sahur.

Kalau berebut tempat di masjid dan bersesak-sesak hingga ke jalan raya, inilah masanya. Tikar dibentang hingga ke jalan raya. Jalan yang tiga lorong menjadi dua, tetapi tidak rasa janggal kerana arab pun ada sebelah sama. Kalau mahu dengar tilawah dan ceramah bersipongang, inilah masanya. Kalau mahu gamat dari seluruh masjid, kiri kanan depan belakang, inilah pun masanya juga. Dan semua gema, tilawah, sesak, tikar, jalanraya, dingin, membawa rindu dan kenangan Ramadan tahun dulu menjelma di minda untuk Ramadan tahun ini. Bagaimana Ramadanku tahun ini.

Friday, September 22, 2006

Negara Pasir

Di negara pasir yang kering kontang ini, tiada yang lebih indah dari melihat hujan. Langit menjadi gelap di depan matamu, bunyi rintik memenuhi telinga, memanggil-manggil rindu supaya berdenyut-denyut di dalam hati, kemudian kau membilang, bilakah kali terakhir aku melihat hujan?

Tetapi juga, di negara pasir yang kontang kering ini juga, segala keindahan yang dibawa hujan pantas pergi, matahari kembali terik dan cahaya menghapuskan kegelapan di dada langit, membawa engkau semula ke dunia realiti, bahawa hujan telah pun berhenti lagi.

Wednesday, September 13, 2006

The Meaning

What's the meaning of gather people's love,
Do the right thing,
then you be loved,
Do the horrible,
the you be hated.

No matter you try,
keep gather people's love,
you might catch once,
then lose again.

The meaning of gather it,
because you keep giving it.

Monday, September 11, 2006

Gomenosai

I don't have enough sleep yesterday so I can't stay awake. I slept so long for more than hours I used to sleep before, and let hours useless for nothing. Then, when I wake up, it's already quiet because it's midnight already.

Although I plan many things for today, but since I slept to much, it is nothing than do nothing. Sincerely, I had a lot to do, and it should begin without any delay.

But, I do think to take a bath for rethink because it's too late for now. It's feel some uncomfortable, so I don't know which decision I should choose. Any way, I felt sorry even for myself for wasting so much times and do nothing. Gome

Saturday, September 09, 2006

Accomplish Duties

Yesterday, I don't have many things to do, not more than take my time watching movie and poorly, only take few minutes reading books. Maybe, those movie I had were merely problem to me since I had to clear it (it mean, deleting it) from my computer. I always lost my attention to what i'm suppose to do, I mean, reading books and writing pricious things.

Yet, I think that all that would be clearly soon, so I must manage my work to be done soon. I wonder if it would took much more time, but it always make me tired, and on the other hand, happy to.

Have a nice day then.

Friday, September 08, 2006

Ikrab Dua Lapis

Ikrab Dua Lapis.

Pertama, ana bukanlah orang yang paling hebat untuk mencipta apa-apa, mahupun menerangkan apa-apa. Kedua, ana juga tidak pasti, adakah ini kali pertama ana membincangkan tajuk ini. Ketiga, ana ingin kongsikan dengan antum semua.

Ide ikrab dua lapis, adalah satu ide yang timbul ketika mendalami kitab Nahu di tahun satu. Ana rasa, ide ini timbul hasil pertembungan corak pengajian nahnu penuntut Melayu yang berbeza dengan corak pengajian pengaji berbangsa Arab.

Dan mungkin juga, ide ikrab dua lapis tidak wujud dalam mana-mana kitab Bahasa Arab, tetapi timbul di sini, kerana bagi ana, ia dapat merapatkan jurang antara konsep ikrab nahnu sebagai ajnabi (orang asing) dengan realiti ikrab bangsa Arab itu sendiri.

Jika antum berada di tempat ana, adalah tidak sukar membuktikan bahawa, ramai juga di kalangan penuntut berbangsa Arab sekalipun, tidak mengetahui ikrab. Tetapi, dengan darah mereka sebagai Arab, sekiranya mereka berusaha, mereka mampu sampai ke dasar pemahaman yang lebih dalam daripada apa yang mampu nahnu sebagai ajnabi capai.

Begini. Ana cuba membawa antum mendalami erti ikrab dalam lapis pertama, dari kaca mata nahnu sebagai.... Lagi

Diagihkan ke blog bahasa Arab

Thursday, September 07, 2006

Ikroob Dua Lapis

Ikrab Dua Lapis.

Pertama, ana bukanlah orang yang paling hebat untuk mencipta apa-apa, mahupun menerangkan apa-apa. Kedua, ana juga tidak pasti, adakah ini kali pertama ana membincangkan tajuk ini. Ketiga, ana ingin kongsikan dengan antum semua.

Ide ikrab dua lapis, adalah satu ide yang timbul ketika mendalami kitab Nahu di tahun satu. Ana rasa, ide ini timbul hasil pertembungan corak pengajian nahnu penuntut Melayu yang berbeza dengan corak pengajian pengaji berbangsa Arab.

Dan mungkin juga, ide ikrab dua lapis tidak wujud dalam mana-mana kitab Bahasa Arab, tetapi timbul di sini, kerana bagi ana, ia dapat merapatkan jurang antara konsep ikrab nahnu sebagai ajnabi (orang asing) dengan realiti ikrab bangsa Arab itu sendiri.

Jika antum berada di tempat ana, adalah tidak sukar membuktikan bahawa, ramai juga di kalangan penuntut berbangsa Arab sekalipun, tidak mengetahui ikrab. Tetapi, dengan darah mereka sebagai Arab, sekiranya mereka berusaha, mereka mampu sampai ke dasar pemahaman yang lebih dalam daripada apa yang mampu nahnu sebagai ajnabi capai.

Begini. Ana cuba membawa antum mendalami erti ikrab dalam lapis pertama, dari kaca mata nahnu sebagai penuntut Melayu. Ikrab adalah tanda yang boleh dikenalpasti dalam sesuatu ayat yang akan menzahirkan nilai makna ayat tersebut. Dalam kata lain, memahami ikrab akan membolehkan nahnu mengetahui bukan sahaja makna ayat secara jelas, tetapi secara dalam dan tepat.

Secara ringan, ada baiknya nahnu menilai ikrab pertama sebagai, tanda yang nampak, dan boleh dikesan, dan kadang kala, tanpa mengetahui makna setiap lafaz dalam ayat pun sudah cukup untuk membolehkan nahnu mengikrab sesuatu ayat. Ikrab lapis pertama memberikan nahnu sebagai ajnabi peluang mengikrab kepada ikrab yang betul, dengan berdasarkan tanda-tanda yang ada, yang membantu nahnu mengikrab sesuatu ayat.

Pemudah bicara, ada baiknya perhatikan contoh.

أكلت كثيرا

Dibaca dengan [ akaltu kathiiran ]

Ikrab lapis pertama yang ana maksudkan adalah, memerhatikan tanda dan dalil yang ada, di mana dalil dan tanda ini sudah membantu nahnu mencapai ikrab yang betul. Akaltu adalah fe-‘el, dan ta dhamir sebagai fa-‘el, dan ia adalah fe-‘el muta-‘addi yang memerlukan maf-‘ul. Maka, kathiran adalah maf-‘ul. Ini adalah tanda-tanda yang terdapat dalam ayat, di mana tanda-tanda ini membantu nahnu untuk menjejaki ikrab yang betul bagi ayat.

Sekiranya antum mengikrab ayat sebagai – fe-‘el, fa-‘el dan maf-‘ul, maka ikrab ini sebenarnya sudah betul. Tetapi bagi ana, ini adalah ikrab lapis pertama.

Jarang-jarang penuntut bangsa seperti nahnu yang ana lihat membincangkan lapis ikrab yang lebih dalam. Maksud ana, ikrab dua lapis. Menerangkan lapisan kedua ikrab, adalah berdasarkan kepada konsep kedua, bahawa orang Arab, sebagai penutur asal adalah orang yang seharusnya lebih hampir kepada pemahaman yang paling betul. Maksud ana, si fasih di kalangan Arab, adalah lebih hampir kepada faham, lebih dari si fasih dari kalangan ajnabi.

Berdasarkan konsep ini, maka kelebihan orang Arab adalah, mereka memahami makna kalimah itu dahulu, lebih awal dari memahami ikrabnya. Maksud ana, walaupun tanpa menguasai ikrab, dengan hanya mengetahui makna kalimah, mereka mampu memahami maksud ayat.

Perhatikan. Nilai lapis ikrab yang kedua adalah pada nilai makna, bukan semata-mata tanda. Dan lapis ikrab pertama adalah pada tanda semata.

Ayat yang sama. Akaltu kathiran. Sekiranya nahnu melihat makna ayat ini, [aku makan banyak], dan kemudian nahnu melihat ikrab yang dinyatakan seperti di atas, iaitu, fe-‘el, fa-‘el dan maf-‘ul, nahnu akan mendapati ada sesuatu yang tidak kena dengan ikrab.

Perkara yang pelik adalah, yang dimakan [maf-‘ul] adalah perkataan [banyak], sedangkan hakikat sebenar benda yang dimakan bukanlah [banyak], tetapi [makanan]. Maksud sebenar ayat ini bukan [aku makan banyak] tetapi [aku makan –makanan- yang banyak ]

Kenapa? Kerana hakikat sebenarnya dimakan adalah makanan, dan banyak adalah sifat yang menggambarkan sifat makanan itu. Maka, secara teori, ayat sebenar adalah seperti di bawah.

أكلت طعاما كثيرا

Tetapi, lafaz [makanan] dalam ayat dimahzufkan kerana barangkali umum mengetahuinya, maka tiada hajat mengulangsebut dalam ayat. Barangkali juga, untuk meng-umum-kan benda yang dimakan, bukan terhad kepada makanan. Bukankah boleh dan harus sekiranya nahnu mentakdirkan bahawa, aku makan –kayu- yang banyak? Tetapi, ia kurang sesuai dengan situasi ayat. Atau halnya.

Lebih-lebih lagi, lafaz khatiran yang bererti [banyak] ini, bukanlah isim zat yang memungkinkan ia dimakan, tetapi adalah isim sifat, yang berfungsi menjelaskan isim zat. Contoh, tinggi adalah isim sifat, Ali adalah isim zat.

Inilah maksud ana dengan lapis kedua ikrab. Berfungsi meneliti makna selangkah lebih jauh, bukan semata-mata dengan mengetahui tanda dan dalil, walaupun tidak dinafikan bahawa kedua-duanya sangat penting dan membantu nahnu memahami sesuatu nas ayat dengan maknanya yang paling tepat. Mungkin contoh yang ana bagi adalah terlalu mudah. Harap antum memahaminya. Selamat memahami.

Pretty Good, Huh?

Forgive me for not being able to update this blog for a very long time.

In the very beginning, I had no body to guide me writing in English, until the day I ask my friend, Saufiah, to overlook my writing skills. Then, I found another friend for the same duty, such as Suhaibah, Marina and others.

About last thirteen days or more, I downloaded ‘one piece’, a very popular cartoon adventure which contains more than 400 series, (but I only get 275 sequences) and pay some attentions so I can at least have some new words. The word (that might be use for public speaking, such as moron, brat) could be found here, in these series.

More than having fun, I also had chances to remember some new words I used to see more than once. Pretty good, huh?

Uslub Dialog dan Fakta

Saya baru menyedari perkara ini beberapa ketika lepas. Sebelum itu, baik saya mengimbau beberapa perkara yang saya lalui beberapa minggu ini.

Saya menonton beberapa siri kartun dengan terjemahan Inggeris, menyebabkan saya secara tiba-tiba mempunyai sedikit keyakinan untuk membuat dialog bahasa Inggeris. Dengan keyakinan yang sama, saya cuba menulis entri di blog bahasa Inggeris, tetapi saya gagal, tersangkut-sangkut, dan terasa payah. Mengapa?

Tiba-tiba, teori ini muncul dalam kepala, barangkali memerlukan sedikit pemastian sejauh mana benar tidaknya.

Kebolehan berbahasa, seperti mana yang saya selidiki, mempunyai banyak tahap, bahkan dalam setiap tahap, mempunyai beberapa cabang. Memberikan gred kemampuan bahasa juga tidak sempurna hanya memandang kepada satu bahagian, tetapi memerlukan beberapa kali pengiraan pada setiap cabang.

Kembali dahulu kepada soalan. Saya merasakan, sebab kegagalan itu adalah kerana cerita-cerita yang saya tonton adalah dialog, bukan fakta. Maksud saya, uslub. Dengan perbezaan uslub – dialog dan fakta – menyebabkan keyakinan untuk berbual, tetapi gagal untuk menulis dengan baik. Dalam blog, entri yang cuba ditulis adalah beruslubkan fakta, atau ayat penyata, bukan dialog atau perbualan. Dalam konteks yang sama, kelemahan bertutur bahasa Arab bukan berpunca kerana tidak hadir kuliah, atau tidak membaca kitab, tetapi kerana kurangnya dialog yang masuk dalam telinga.

Imma berbual secara langsung dengan bahasa Arab, ataupun mendengar, menonton dan melihat cerita-cerita berdialog Arab.

Kitab-kitab kuliah secara terus terang, adalah ayat penyata dan fakta, bahkan sekiranya ada dialog, ia adalah dalam kadar yang sangat sedikit.

Saya, barangkali dengan sedikit kecacatan pendengaran yang membentuk sikap malas mendengar, mengakibatkan semakin kurangnya dialog yang masuk dalam telinga, kerana enggan banyak komunikasi. Tetapi, cerita yang berdialog Arab juga sangat kurang.Di tangan saya, cuma ada beberapa cerita seperti Maryam dan Ashabul Kahfi.

Saya mengkaji perkara ini selama setahun, dalam tahun tiga ini. Maksud saya, sambil mencuba praktikalnya secara sedikit-sedikit. Barangkali, selepas terleka dua tahun lamanya, baru saya mencari cara baru dalam pengkajian bahasa ini. Tapi, masih sangat lemah dan banyak kekurangan.

Antara perkara yang saya dapati dalam kelemahan bertutur adalah, pertuturan memerlukan kepada pengetahuan bunyi, dan bunyi akan kembali kepada pengetahuan baris. Itu pertama. Bermakna, mengetahui ya-ha-ra-ba bermaksud lari, memungkinkan anda memahami makna, tetapi, tidak memungkinkan anda tahu bunyinya, dan tidak memungkinkan anda tahu bagaimana menyebut dan menggunakannya. Maksud saya, bertutur dengannya.

Itulah yang terpapar dalam kitab. Hanya huruf tanpa baris. Ini sebenarnya menyebabkan pelajar faham maksud ayat, tetapi gagal menuturkannya.

Kedua adalah apabila baris bagi satu-satu kalimah, memungkinkan dibaca dengan dua tiga empat lima enam bunyi. Atau lebih. Bahkan, wazan dalam bahasa Arab ada banyak, tetapi tidak semuanya sesuai untuk semua jenis mauzun. Bermaksud, pengajian Saraf adalah penting, tetapi membaca kamus demi merujuk baris juga adalah sangat penting. Lihat saja, tidak semua fe’el boleh diwazankan dengan semua jenis wazan. Apatah lagi, dengan perbezaan baris, makna juga akan bertukar.

Saya pernah mencadangkan kepada seorang kawan ide pembacaan kamus tetapi dia sambil tersenyum menanyakan – mengapa, buat apa?