Thursday, April 30, 2009

AKAD

Saya diminta untuk mewar-warkan mengenai projek Antologi AKAD. Intipati dari e-mel Abang Nazmi, saya paparkan di sini. Masih berwaktu.

Antologi Karya Adabuna (Akad) I: Cerpen

Nama projek: Antologi Karya Adabuna (Akad) I: Cerpen

Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

Peserta: Cerpenis yang sedang atau telah mendapat pendidikan sama ada peringkat menengah, diploma, sarjana muda, sarjana atau doktor falsafah serta pendidikan madrasah di negara Arab atau Timur Tengah.

Genre: Cerpen

Jumlah: Dua (setiap cerpenis dibenarkan menghantar maksimum dua buah cerpen)

Butir lanjut:-
1. Cerpen tidak terkeluar daripada sastera Islam dalam pengertian yang luas serta tidak lari daripada syariat Islam.

2. Cerpen sebaik-baiknya menggunakan latar negara di Timur Tengah tetapi watak utama hendaklah watak orang Malaysia. Sekiranya menggunakan watak utama sebagai bangsa asing seperti masyarakat Arab, watak sampingan hendaklah watak orang Malaysia dengan syarat kewujudan watak itu turut mendominasi plot dan penceritaan. Hal ini supaya cerpen tidak terkeluar daripada konteks sastera kebangsaan.

3. Panjang cerpen antara 1,800 hingga 3,000 patah perkataan.

4. Hak cipta kekal di tangan pengarang dan urusan membabitkan kontrak dengan penerbit hanya akan dibuat selepas cerpen diterima dan penerimaan itu dimaklumkan kepada pengarang.

5. Cerpen yang dihantar sama ada karya yang baru atau yang sudah tersiar di media tetapi bukan karya yang dihantar untuk hadiah dan peraduan penulisan yang belum diumumkan keputusannya. Cerpen yang dihantar untuk hadiah atau peraduan tetapi tidak tersenarai sebagai pemenang dan tidak dibukukan oleh penganjur, boleh dikirimkan untuk Akad I: Cerpen.

6. Naskhah dikirim kepada Mohd Nazmi Yaakub melalui e-mel bukunotakaki@ yahoo.com bersama-sama surat akuan penyerahan manuskrip.

Jadual gerak kerja
Tarikh tutup: 15 Mei 2009
Selesai edit: 31 Mei 2009
Naskhah dikirim kembali kepada pengarang untuk persetujuan edit: 5 Jun 2009
Naskhah dikirim kepada penyelenggara: 10 Jun 2009
Serahan manuskrip kepada DBP: 15 Jun 2009

Pastikan anda menyertai Adabuna sebelum menghantar bahan. Hubungi Abang Nazmi [bukunotakaki].

5 comments:

Amermeftah said...

Ah, watak mesti org Malaysia, bosanlah...

Amermeftah said...

Maaflah ana nak cakap lagi, apa maksud dalam konteks sastera kebangsaan? Apakah maksudnya mesti berkaitan dengan rakyat Malaysia walaupun berlatar bukan Malaysia?

Mohd Zaki M Noor said...

dari apa yang saya faham, sesuai dengan konteks sastera kebangsaan tu maksudnya, supaya karya itu bergelar karya rakyat Malaysia, jadi barulah disuruh watak dalam cerita ada orang Malaysia. Kalau semua watak bukan orang Malaysia, nak gelar karya Malaysia tak jadi. Mungkin itu rasanya maksud, tapi bukanlah bermaksud tak boleh masukkan mengenai orang lain.

dalam konteks sastera bagi saya, dari apa yang saya faham, ada juga yang bergelar sastera dunia. tu mungkin lebih longgar syaratnya. tapi saya tak berapa pasti.

Bosan tak bosan, bagi saya, akan kembali kepada cerita. tak bosan dan bosan ada di mana-mana saja.

Amermeftah said...

Ya, bosan ada di mana-mana, tapi apa yang saya tengok, kalau cerita-cerita berkaitan orang Malaysia, pelajar-pelajar di sini cuma akan menyempitkan cerita saja.

Cuba ustaz baca tulisan-tulisan Paulo Coelho, agaknya dia sastera dunia. Dia asal dari Brazil, menetap di Paris tapi latar cerita-ceritanya di Sepanyol, Maghribi, Mesir, Lubnan, Romania, Slovenia, London...

Alang-alang, harap boleh komen pada tulisan ana, cuma nak tahu tahap sendiri, ana rasa ini tak lari dari konteks sastera kebangsaan

http://petaijeruk.blogspot.com/2009/05/baktan-babi.html

Mohd Zaki M Noor said...

sempat nanti saya beri komentar. masa ini agak sibuk sedikit