Friday, June 30, 2006

Dua Sistem Operasi

Akhirnya, saya berjaya memakaikan dua operating system dalam satu hard disk. Ini kejayaan pertama setelah beberapa kali usaha.

Saya patut kata semacam kebetulan. Drive C mengandungi window, dan apabila saya set up Linux Suse 9.3, saya letakkannya di drive E. Sebelum set up, saya sembunyikan boot daripada hard disk dan menentukan boot daripada CD ROM sahaja.

Linux Suse 9.3 ini memang direka agar dapat menyesuaikan diri dengan sistem Window. Ia boleh membaca kewujudan Window bahkan menyediakan pilihan kepada saya sama ada mahu memasuki Window atau memasuki Linux. Itu kerana saya set up window dahulu. Kemudian baru set up Linux.

Apapun, ia telah berjaya. Tahniah untuk diri sendiri.

Thursday, June 29, 2006

Ada Dua, Kan?

Selalunya bila kecewa barulah keluar madah yang memujuk diri.

Penat itu ada dua. Satu, penat yang muncul bila tenaga diri susut teruk, atau bila minda letih letai. Waktu penat begini ubatnya adalah rehat. Pun begitu, penat yang begini amat membanggakan. Sungguh. Cuma, kalau menepati keinginan ia akan menggembirakan.

Dua, penat apabila baru sikit bekerja, atau baru secubit usaha, atau baru semeter langkah, atau baru seminit gigih, atau baru seminit tumpu, lalu penat. Penat ini bukan rehat ubatnya. Ubatnya adalah usaha lagi.

Kerana itu, beberapa detik kebelakangan ini, saya mudah penat. Baru semuka baca, letih. Baru semeter jalan, letai. Baru seminit usaha, lepak. Kemudian berhenti. Kemudian rasa ia sungguh tidak membanggakan. Kemudian cari alasan.

Penat itu ada dua, kan?

Linux Dan Saya

Linux Dan Saya.

Seorang dua kawan bertanya apa lebihnya Linux berbanding Window lalu saya katakan saya tak tahu. Seorang jahil seperti saya dalam bab ini tidak patut cakap banyak kerana ia akan menonjolkan kejahilan lagi dan lagi. Bila kelihatan jahil, kita rasa malu. Bukankah kita mudah rasa malu bila kelemahan diketahui orang, lalu kita akan dengan sedaya upaya menutupnya?

Tetapi, saya tak peduli.

Linux yang berada di depan mata saya banyak yang kurang. Banyak fail gagal dibuka. Fail audio seperti lagu, cerita, klip, video, rakaman, yang pelbagai format seperti avi, ram, mp3, dat, mpeg, swf, wmv, hanya sebahagian saja berjaya dibuka. Yang lain saya tak tahu macam mana.

Begitu juga dengan sebahagian besar fail yang asalnya berpaksikan sistem dan aplikasi window, gagal dibuka. Nasib baik Suse 9.3 ini boleh buka microsoft office.

Terlebih dahulu saya katakan, sebenarnya bukan tidak ada cara bagi mengatasi masalah yang saya sebutkan. Barangkali bagi membuka fail-fail tersebut saya memerlukan software tambahan tetapi saya tidak tahu mahu cari di mana. Dan lebih tepat adalah kerana kejahilan saya barulah masalah ini terjadi.

Paling jelas, apabila saya berjaya menaip tulisan Arab dalam word, tetapi apabila melayari web bahasa Arab seperti aljazeera tulisan gagal keluar. Yang ada cuma kotak-kotak. Jadi, di mana silapnya?

Begitu juga apabila menggunakan Linux, saya tidak menjumpai 'sharing' dan 'network' menyebabkan saya terperangkap sepenuhnya sendiri seorang diri. Yalah. Sistem lain. Kalau semua guna window dan saya guna linux, apa ke jadahnya mahu masuk ke sistem orang lain dengan ilmu serendah ini.

Pun begitu, adalah tidak adil mengatakan Linux banyak kekurangan. Kerana apa? Kerana saya menilainya dengan kaca mata window. Kerana saya menyimpan fail-fail yang menyokong window. Memanglah linux tak boleh buka. Cuba terbalikkan dalam beri penilaian sekali lagi. Bagaimana kalau saya bawa cd linux, dan saya mencuba cd linux itu di dalam komputer windows, bukankah windows juga gagal membacanya? Jadi, ia sama, bukan?

Oleh kerana itu, menilai lebih atau kurang perlu dengan kaca mata sebenar. Nak tahu,kena guna dua-dua.

Pernah kawan saya menyatakan, window syarikat besar. Kerana itu juga, musuhnya ramai. Musuh yang ramai akan buat macam-macam, seperti virus, spyware, dan windows mengalami musuh-musuh ini. Cuba terbalikkan fakta ini dan pakaikan pada Linux. Berapa pula musuhnya?

Window menguasai hampir semua komputer di dunia, dalam peratusan yang sangat besar. Kerana itu, banyak program dibangunkan oleh 'sukarelawan' yang menyokong windows. Kerana itu kita menjumpai lambakan program yang serasi dengan sistem window. Terbalikkan fakta ini pada Linux. Sistem operasi linux tidak ramai pengguna menyebabkan kurang 'sukarelawan' yang mahu menciptakan program yang serasi Linux. Di sini kita akan lihat ketidakadilan apabila kita sendiri berat sebelah menghukumnya tanpa periksa.

Apapun, saya sedang mencubanya. Ia satu kejayaan juga.

Wednesday, June 28, 2006

Menghurung Gula

Sudah lama tidak menconteng blog ini dengan tulisan, biar saya lepaskan tiga das sekaligus. Biarpun kalau tidak tepat sasaran dan kena betul batang hidung, dapat sipi-sipi pun kira baik juga. Atau paling kurang membesarkan kebarangkalian 'mungkin tepat sasaran'.

Bukan saya benci mahu menulis tetapi akibat dengan tiba-tiba dan tidak semena-mena dikerumuni si anak-anak dara yang menempel-nempel macamlah saya ini diberi lesen oleh Tuhan kahwin sampai sepuluh orang sekali. Kalau ada urusan kerja, pertanyaan, barangkali saya jawab juga tetapi kalau bunyinya macam nak mengurat saya jadi bosan dan tak senang, tak selesa.

Ishaq, kawan saya memerli - ala, kalau perempuan tak cantik mulalah merungut-rungut itu ini dan bila yang lawa-lawa boleh pula simpan diam-diam. Cakap sajalah pilih bulu!

Saya ketawa. Jahat betul kawan saya yang memerli tak agak-agak dan kadang-kadang bila difikir-fikirkan macam betul dan serasanya macam ada harapan kena di batang hidung hingga jadi merah menyala macam badut sarkas. Nampak macam cantik teori itu.

Saya kata, yalah. Tetapi kalaupun dibuat bini tidaklah sampai berpuluh-puluh bahkan cuma empat itu maksimum adanya. Bahkan macam mustahil pula bunyinya sebab ada ke perempuan zaman sekarang yang boleh pakai konsep poligami dan bermadu? Rasa macam perempuan yang berfikiran macam itu hampir-hampir pupus lagi-lagi dalam zaman perempuan asyik nak hak sama rata sekarang ini.

Lagipun, memang saya ini jahat, tetapi, betul, bila dikerumun kita rasa rimas. Kalaupun saya ini semut yang menghurung gula yang manis-manis, tetapi bila ditimbus gula alamat mati lemaslah saya

Mazhab Tarjih

Anda kan orang pandai yang sampai terlebih-lebih ilmu. Kalau rasa terlalu melimpah ruah ilmu tak tertakung di dada hingga kerja asyik mentarjihkan itu betul dan ini salah, apa kata mari datang Mesir. Kalau berani menyalak menjerit di tanahair jadi jaguh kampung kurang terbukti kepandaian, sebaliknya nampak macam takut-takut. Saya lainlah. Saya memang tak pandai dan penakut, ilmu pun sikit.

Marilah ke sini. Kat sini banyak. Ada yang tak baca Bismillah dalam Fatehah, ada yang baca, ada yang duduk tahiyat dengan bermacam-macam ragam, marilah tarjihkan mana yang betul, dan cakaplah pada mereka, bahawa yang lain itu salah.

Sebagai ketua mazhab tarjih di tanahair, atau pun sebagai pengikut kuat dan fanatik anda bukan saja berpeluang mentarjihkan begitu banyak perkara, bahkan saya boleh bagi lagi kitab-kitab yang punya banyak pendapat untuk anda tarjihkan. Kitab fiqah, kitab syariah, kitab lughah, kitab tauhid, kitab usul, kitab tafir, kitab hadis, kitab tarikh sirah, kitab nahu dan macam-macam lagi. Saya memang jumpa banyak pendapat, dan anda sebagai pengasas mazhab tarjih bolehlah tarjih dan katakan mana yang betul, mana yang salah.

Eh. Bukankah anda yang cakap, yang betul cuma satu. Yang lain semua salah. Dan yang anda tarjihkan adalah betul. Itu, bukankah anda yang cakap?

Kalau saya lainlah. Kalau berbeza pendapat dalam perkara yang dibenarkan, macam masalah boleh solat jamak atau tidak, dengan Syafieyah dan lain-lain mengatakan boleh tetapi Hanafiyah kata tak boleh, saya akur hujah dua-dua. Dua-dua ada hujah walaupun saya guna salah satu saja. Saya tidak pandai seperti anda yang boleh tarjih ini betul dan yang lain salah.

Walaupun Hanafiyah tak wajibkan baca Fatehah dalam solat, saya tak kata solat mereka batal, kerana mereka berdalil dan kita berdalil, barangkali cara memahami dalil saja tidak sama. Bukankah ma akrama boleh dimaknakan dengan satu - tidak memuliakan, dua - alangkah mulianya, dan tiga - apa yang dia muliakan?

Pun juga saya tak kata solat orang Syafieyah ini batal dan Hanabilah itu sah kerana orang Syafieyah sujud tak kena hidung.

Eh. Saya sudah menjadi seperti anda yang suka sangat tarjih-tarjih ini. Ilmu saya tak banyak seperti anda ibarat langit dengan bumi, apatah lagi kalau bandingkan ilmu saya dengan Imam Nawawi macam bumi dengan matahari diganda seratus ribu kali ganda lagi. Ah. Apa yang saya tulis ni.

Kawan-kawan. Kalau salah tolonglah betulkan apa yang saya merepek ni, atau kalau kurang tepat tolonglah tepatkan, ya. Saya bukan ahlinya.

Cuba Zikir....

Saya tahu, bukanlah sesuatu yang baik asyik mengomen orang, tetapi sekiranya anda terasa saya minta maaf dan janganlah naik marah berang kemudian persetankan apa yang saya hendak tulis.

Istilah 'pakai bila suka' adalah sesuatu yang kurang molek dalam hubungan sesama manusia. Bunyinya saja sudah melambangkan langsung tidak menghargai orang lain. Saya katakan ya, jika hubungan lelaki dengan lelaki, atau dipanggil ukhuwah islamiyah, atau hubungan perempuan dengan perempuan. Masalah yang utama dan sering orang salah faham - bagaimana kalau hubungan lelaki - perempuan?

Apakah perlu saya mensyarahkan bahawa hubungan lelaki perempuan ada bertaraf halal, ada pula yang 'halal bersyarat', dan kalau silap gayanya tentulah menjadi sesuatu yang dilarang dan perlu dielakkan.

Lalu apa ke jadahnya anda memaksa saya menjadikan hubungan yang 'halal bersyarat' itu tiba-tiba menjadi halal mutlak, bebaskan pergaulan, pakai bila suka dan 'bila tidak suka' atau bahasa mudahnya pakai setiap masa, atau barangkali lebih tepat bukan istilah pakai bila suka tetapi istilah pakailah setiap masa dan ketika.

Em. Berat dan memeningkan istilah halal bersyarat dalam konteks hubungan lelaki perempuan. Pakailah istilah lebih mudah macam ikhtilat, dan dengan sebab berlaku ikhtilat, maka ikhtilat terbahagi dua. Satu dibenarkan, satu dilarang. Ikhtilat yang dibenarkan itulah halal bersyarat.

Saya ini bukan pandai sangat, tetapi apa yang saya tahu, syaratnya adalah - ambil sekadar perlu. Kalau tidak perlu sampai jumpa, telefon memadai, maka dengan telefon. Kalau mesej sudah memadai, tiada hajat untuk dengar suara, maka mesej sudah memadai.

Ambil sekadar perlu. Kan mirip-mirip dengan bunyi, pakai bila suka. Eh silap. Pakai bila perlu. Itu lebih betul.

Kalau keperluan yang dicatatkan adalah keperluan kerja, tak perlu melampau pada yang peribadi. Kalau keperluan itu adalah pertanyaan dan ketidakfahaman, tak perlu melampau pada mengenali pekerti dan hati budi. Kalau keperluannya adalah tunjuk ajar dan ilmu, tak perlu meleret-leret pada tunjuk baik, tunjuk suka dan tunjuk ada.

Oh ya. Ada istisna-at (pengecualian) yang lain juga macam hubungan khitbah yang disebut orang Melayu sebagai tunang, risik. Bertanya peribadi, perangai barangkali perlu dalam hubungan yang macam ini. Tetapi saya bukan tunang sesiapa hingga perlu dirisik macam itu. Adakah salah saya kelihatan - pakai bila suka, eh silap, pakai bila perlu - di mata sesiapa?

Dalam banyak hal, saya suka tujukan pada diri. Jadi, pakailah bila perlu. Kalau tak berjaya buat 30 hari sebulan, 28 hari sebulan. Cuba zikir, bila perlu, bila perlu, bila perlu...

Tuesday, June 27, 2006

Linux, The Other O.S

Linux, one of the top operating system after windows. That why I need to learn how to master it. It is not because I no more using Windows but since it cost free for it's 'open source', what about give it a try?

I just learn myself how to add rss feed to Linux setting called Akregator 8, so I begin to add some of my favourite website into it, so then I can read it without opening the page. Since it better much and more than keep typing the website address once after another, and even more than have to wait for nothing because the server is slow (sometime).

It is not good to praise Linux too much this time. I should say that - in some cases, window still have more credit than Linux. Maybe Linux supporter is much less than window.

Then by now.

Monday, June 26, 2006

23 - Aku Yang Belum Berjiwa Pejuang

Saya tidak pasti bila mengarangnya, tetapi sekitar di tahun ketiga di perantauan.

Sajak : Aku Yang Belum Berjiwa Pejuang
Oleh : Mohd Zaki M.Noor

Aku yang belum berjiwa pejuang,
Bila diuji susah lantas lemah.

Aku yang belum berjiwa pejuang,
Bila di persimpangan jalan lantas bingung.

Aku yang belum berjiwa pejuang,
Bila ditimpa bencana lantas sedih.

Aku yang belum berjiwa pejuang,
Bila dicabar sesuatu lantas ragu.

Aku yang belum berjiwa pejuang,
Bila diberi nikmat lantas lupa.

Aku yang belum berjiwa pejuang,
Bila digoda kesenangan lantas hanyut.

Aku yang belum berjiwa pejuang,
Bila diherdik cerca lantas pilu.

Aku yang belum berjiwa pejuang,
Bilakah mahu menafikan semua itu?

Tidak Ke Mesir

Apabila adik saya menyatakan bahawa dia tidak jadi sambung belajar di Mesir dan mengatakan dia akan sambung belajar di UIA sahaja, saya lantas teringat ayah. Kerana saya faham benar perangai ayah, barulah saya sengaja 'tidak mengambil keputusan S.P.M', sengaja 'tidak mengisi borang U.P.U' bahkan sengaja menjadikan alasan itu ini supaya terelak mengisi borang U.P.U.

Dalam apa-apa hal, tindakan ayah bukanlah suatu kesalahan, begitu juga saya.

Antara ayat yang saya selalu dengar bila keputusan S.P.M saya diwar-warkan - ini kalau mohon U.I.A ni boleh dapat ni. Begitu juga kata-kata - sijil S.P.M ni laku dua tahun. Ala, isi saja borang, nanti kalau dapat baru fikir hendak ke mana.

Bahkan setelah sijil STAM saya keluar dengan keputusan yang agak cemerlang, usikan ayah suruh masuk ke universiti dalam negara masih berlanjutan. Ide suruh isi dulu baru fikir saya ketepikan kerana saya sudah tetapkan target saya kala itu.

Saya tidak menafikan hak adik saya memilih mahu masuk universiti mana, ini pilihannya juga, peluangnya juga, bahkan, apabila keputusan dibuat, penyesalan harus dijauhi. Lagipun sekarang masih ada masa. Boleh fikir. Bertindaklah selayaknya.

Kerana itu, saya yang kebetulan bekerja dalam tahun peperiksaan STAM, (kerana saya pelajar persendirian, bukan calon sekolah) dan bekerja juga pada tahun menunggu keberangkatan, langsung menyimpan wang dan dengan wang itulah saya jadikan tambang. Kerana saya tidak mahu ayah merungut kononnya saya menghabiskan duit membeli tiket kapal terbang.

Saya suka kalau anda orang yang terbuka fikiran membandingkan bayaran pendaftaran masuk ke universiti dalam negara dengan kos tiket kapal terbang. Kemudian bandingkan kos sara hidup di sini dengan kos sara hidup di universiti dalam negara. Tetapi alasan ayah cuma satu, universiti dapat pinjaman, luar negara biaya sendiri, saya lantas senyap kerana di situ saya kalah hujah.

Dalam banyak segi, saya hormat ayah. Hormat sesuatu yang tidak boleh hilang, sekalipun bertentangan hujah.

Linux, Menuju Ke Destinasi

Ini sepatutnya entri pertama sejak saya menyembunyikan diri.

Mari bicara tentang Linux. Saya sudah sekian kali mencubanya. Kali pertama sejak memiliki Linux Suse 9.3 yang di 'copy' dari Ustaz Rozlan, kemudian mencuba Mandriva yang di 'copy' dari Ustaz Najib. Waktu itu, saya tidak tidur sepanjang malam setelah memformat 'hard disk' beberapa kali dan melakukan 'setup os' lima kali lebih. Hingga ke subuh. Akhirnya, kembali menggunakan 'window'.

Masalah utama adalah, kebanyakan kerja saya memerlukan Word dan menghadapi kesukaran sekiranya menggunakan Linux.

Ya, ia tertangguh beberapa ketika, sebelum saya mendapat idea menggunakan dua 'os' (operating system) dalam satu 'hard disk' (dalam bahasa Melayu, hard disk dipanggil cakera keras, kot) Menggunakan dua 'os' dalam satu 'hard disk' melalui hampir 10 percubaan, dengan kesemuanya gagal. Saya tidak tahu di mana silapnya, bahkan bertanya juga beberapa orang tetapi jawapan masih buntu. Mungkin silap saya tidak memahami 'motherboard' (lauhatu l-um) dengan sempurna, atau ada silap-silap yang lain.

Maksud saya, menggunakan os window dan os linux.

Bukan saya tidak menggodam internet membaca artikel tetapi saya tidak berapa faham. Maka, projek tertangguh hingga saya menghasilkan idea baru - dua os dalam dua hard disk, satu setiap satu.

Dan sekarang, jangan tanya di mana entri ini ditaip kalau bukan dengan os Linux...

Manhumi Ilm
1. Demi mengatasi masalah 'masih belum serasi' dengan Linux untuk proses taip menaip, caranya adalah menyalin apa-apa fail dot doc dan menukar isi dan namanya. Jadilah fail word. Sebab Linux Suse 9.3 ada Openoffice yang boleh baca Word dan Microsoft Office yang lain.

Friday, June 16, 2006

My New...

This day, should be one of my happiest day in these three years. Because, I just bought a new watch. The better one from the last before. Which cost two hundeds and twenty five pounds Egypt. Casio. Made in Japan, I think. But cased in China. Sold at Egypt.

My first year study here, I wore a watch. It was a gift from my two friend. But it stayed my side for a year and no more. For the second's year studies, I borrowed my friend watch during the examination. And for the third year, I have a handphone which serve me at the same place.

Why don't buy a new one early?

There are many reasons. I don't know where I can get the cheapest one with the best performance. Always, the better cost more. And the cheaper is more risky to damage. I just cannot decide.

Ah. Forget it. Just happy and good luck