Gagau Sesuatu Dari Blog Ini? Taip!

Loading...

:: Makluman Terkini ::

Aa-khiru t-Tahdiits: 11 Julai 2009

Tukarkan Blog Ini Kepada PDF Dan Save

:: Mengenai Saya ::

Penulis Itu Pemikir

e-mel:
mohd.zaki.m.noor [at] gmail.com

google talk :
mohd.zaki.m.noor

Nombor I.D Blogger :
06057847504967089679

yahoo messenger :
mohd_zaki_m_noor



Akaun HSBC Saya
HSBC : 311-862189-025

:: Antologi Cinta Dan Rona Kinanah ::

:: Antologi Khali Kota Fustat ::

:: Antologi Khali Kota Fustat ::

:: Tukar Latar ::

:: Sasaran / Target ::

  • SSSN
  • An-Naasikh Wa l-Mansuukh
  • Pro 1
  • Rahmatu l-Ummah Fil -ikhtilaafi l-A-immah

:: Jejak Saya ::

Cerpen
Air Mata Tumpah Lagi :: Dewan Siswa, Julai 2005
Sinar Bintang Merdeka :: Berita Harian, Ogos 2005
Baru Empat Suku :: Remaja, Oktober 2006?

Sajak
Demi Sungguh-Sungguh :: Dewan Siswa, Januari 2006
Dalam Sepuluh Yang Kugelar Cinta :: Dewan Siswa, Julai 2006
Andai Kupunya :: Berita Minggu, 27 Ogos 2006?

:: Usia Laman Ini Dalam Hari ::

Laman ini dibina pada 30 Ogos 2004

:: Terima Kasih Kerana Menjadi Pengunjung Yang Ke ::

 

:: Penghargaan ::

:: Mereka Yang Tidak Seharusnya Dilupakan Sepanjang Pembikinan Blog Ini :: Amiza Khusyri :: Ubaidillah Alias :: Almarjan Yusuf :: Faezatul Herda :: Kak Nisah :: Amli :: Salha :: Suriana :: Norazlin :: Kelambu :: Para Pembaca & Pemikir :: Mereka Yang Mengenali Saya Walaupun Saya Tidak Mengenali Mereka :: Dan Untuk Anda, Siapa Lagi? ::

Buku Di Atas Rak

  • Nostalgia Padang - Dzul Karnain Ithnain
  • Lukisanmu Lukisanku - Omar Rasib
  • Manikam Kalbu - Faisal
  • Tuhan Manusia - Faisal
  • Cempiang Jalan - Antologi Cerpen HSKU
  • Jalan Jauh Ke Ramallah - GKLN
  • Kawin-Kawin - Azizi Hj Abdullah
  • Imam - Abdullah Hussain
  • Menterjemah Bintang - Suhaimi Hj Muhammad

Apakah Cara Perhubungan Terbaik Dan Paling Selamat Bagi Anda Ketika Mahu Menghubungi Saya?

Kumpulan Tulisan

Arkib Bulanan

Sunday, July 12, 2009

Yang Kuadukan

O Tuhan yang kuadukan
luluh hati
pada segunung emas di tangan orang
dan segenggam pasir di tangan diri
tapi bila kupandang agung nikmat-Mu
pada nafas, pandang dan dengar
baru kusedar pembendaharaan-Mu
teranugerah sudah.

O Tuhan yang kuadukan
pilu diri
pada ceteknya tahuan diri
dan lautnya arifan si lain
lalu gugurlah segala kenamaan
ketinggian dan kebanggaan
tapi bila kupandang tulus makrifah-Mu
baru kusedar tiada hujung capaian
dan setitis kurniaan ilmu
sudah terhingga syukurku.

O Tuhan yang kuadukan
sengsara diri
pada terbatasnya capaian
sempitnya laluan
sedikitnya kegembiraan
tapi bila terkenangkan Pengasih-Mu
kembalilah besar harapanku
dan dalam doaku.

Saturday, July 11, 2009

Akidah, Bukan Feqhiyah

Saya dapat peluang untuk menulis entri baru setelah agak lama terhalang oleh keadaan.

Saya pernah membaca sebuah novel, yang merupakan pemenang sebuah pertandingan sastera, dan kerananya penulis diangkat dengan kenamaan tertentu. Saya memilih untuk tidak menyatakan secara jelas, kerana saya fikir, 'apa' lebih penting daripada 'siapa'. Seterusnya saya fikir, keceburan agamawan penting dalam semua bidang, supaya mereka dapat menyemak apa yang berada di khalayak.

Bahawa penulis dalam novel tersebut menyatakan sebuah hadis yang diterjemah mengenai umat Nabi Muhammad yang terpecah kepada 73 golongan, satu di dalam syurga dan bakinya di dalam neraka, lantas menyatakan pemahamannya mengenai hadis tersebut bahawa - satu golongan itu, setelah dikaji ulamak adalah golongan mazhab Hanafi.

Kefahaman ini adalah salah. Itu hakikat pertama. Bacalah apa yang ditulis Hujjatu l-Islam wa Barakatu l-Anam, Imaamuna al-Ghazali ketika memuji Tuhan di ayat pertama dalam kitab al-Iqtisod fi l-I'tiqood, yang berbunyi (setelah diterjemahkan) - Segala puji bagi Allah yang memilih kumpulan Haq dan Ahli Sunnah dari kalangan hamba-hamba pilihan-Nya, lalu mengkhususkan mereka - daripada segala firaq (golongan yang 73) - dengan ciri-ciri kelembutan dan anugerah...

Saya juga rakan yang lain sabit memahami bahawa pecahan kepada 73 bukanlah pecahan berdasarkan feqhiyah, tetapi pecahan berdasarkan akidah. Inilah hakikat kedua. Kerana yang membezakan Muslim dan bukan Muslim, adalah akidah, bukan feqhiyah. Maka adalah sangat jauh memahami bahawa, salah satu dari mazhab feqhiyah ini (dan menurut pendapat penulis ia adalah mazhab Hanafi) adalah masuk syurga dan bakinya (iaitu mazhab Syafii, dan lain-ain mazhab feqhiyah) adalah masuk neraka. Yang benar, golongan yang dimaksudkan adalah golongan ahli Sunnah wa l-Jamaah, tak kira Syafii-kah dia, atau Hanafi-kah dia, atau lain-lain, dengan pegangan akidah yang sama.

Kefahaman ini, daripada sejumlah kefahaman menyimpang yang saya dapati, adalah kefahaman paling pesong dan bahaya. Oleh kerana penulis mempunyai nama dan tidak bermakna atau berkeuntungan melukakan, saya tidak menyebut. Apa yang lebih pnting, fahaman ini, tidak kira di mana ia dijumpai, haruslah difahami silap salahnya. Itu hakikat ketiga.

Nabi menggunakan lafaz 'ummati' di dalam hadis, dan bukannya lafaz yang lain. Ini hakikat keempat. Dan dalam hadis yang lain, sebelum Baginda wafat, bahkan sebelum itu lagi, Baginda kerap menyebut mengenai ummatnya, bahawa kefahaman yang kita petik adalah; Sahabat itu sahabat, dan umat itu umat.

Nabi menyatakan bahawa 72 golongan yang lain adalah di dalam neraka, itu hakikat kelima. Ia bererti 'keberadaan di dalam neraka', dan bukannya 'kekekalan di dalam neraka'. Dalam hadis yang lain, saya petik maknanya, bahawa Allah memerintahkan agar mereka yang mempunyai Iman di dalam hatinya walau sekecil manapun, agar dikeluarkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga. Mereka dihukum kerana kesalahan, dan diampunkan kerana iman. Itu hakikat keenam.

Saya berpesan, agar tanyalah kepada ahlinya, sebelum meyakini untuk menulis apa-apa. Itu hakikat ketujuh. Saya sendiri bertanya kepada mereka yang mempelajari dalam bidangnya ketika menulis sebuah cerpen mengenai solat. Dan saya meminta, agar penganjur haruslah meletakkan sebuah ruang untuk pengadil khas, jika novel itu menyentuh disiplin ilmu tertentu, maka rujuklah kepada ahlinya, tak kira apa, perubatan, hukum hakam, dan apa juga. Ini hakikat kelapan. Apalah erti sebuah karya, atau apalah erti sebuah pertandingan yang memenangkan sebuah karya; yang hakikatnya pesong dari disiplin ilmu yang benar, kemudian diangkat dan dijulang. Bukankah itu mencmarkan nama baik pertandingan itu sendiri?

Saya tidak mentakhrij hadis yang saya nyatakan, kerana keterbatasan peralatan ketika menulis. Namun, semua hadis tersebut sangat masyhur dan makruf. Saya fikir adalah kewajipan saya menyatakan kesalahfahaman ini.

Friday, July 10, 2009

YKC | Antara Yang Penghabisan

Ini entri pendek. Alhamdulillah. Saya kira, dari bulan 10 tahun lepas hingga ke bulan 7 tahun ini tidak sampai setahun, tetapi duit modal YKC telah kembali. Bahkan sebahagian besar untung telah dikutip. Saya bersyukur kerana banyak perkara berjalan lancar, walaupun sebahagian perkara sangat leceh dan lembab. Dalam hal ini, banyak perkara boleh dimuhasabahkan, tetapi yang paling penting bagi saya, adalah mengambil iktibar.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat, juga membantu dari yang sekecil-kecilnya hingga yang sebesar-besarnya. Hingga kini, baki belum terjual, atau belum dipastikan sama ada terjual sekitar 200 unit daripada 970 unit lebih kurang. Masih boleh didapati di Pejabat PMRAM dan Hewi PMRAM, pada Mior @ Hanri, dan di DPMI (Iskandariah). Manakala Di DPM Dumyat, BKAN Kelantan dan Shoubra, juga di Markaz Tibb Saidina Zainab saya tak belum pastikan baki terkini berapa. Atau pada wakil saya di Malaysia.

Dapatkan segera sebelum kehabisan.

Saturday, June 20, 2009

Iltizaamiiyah | Juga Yang Benar Dua Atau Lebih

Saya suka bercerita mengenai iltizaamiiyah. Ini mungkin ada kena mengena dengan mantik, tapi perbahasan kali ini adalah mengenai beberapa perkara berkaitan dan maksud di sebalik maksud.

Menerangkan maksud kalimah mungkin lebih mudah begini. Kita baru lepas satu peperiksaan yang agak mencabar kesusahannya, lalu berkata kepada kawan kita , "soalan hari ini aku dapat jawab semuanya."

Adakah kita cuma memaksudkan bahawa soalan itu dapat dijawab (kerana barangkali kita mengajinya), atau kita memaksudkan lebih daripada itu, bahawa 'saya adalah seorang pelajar yang pandai'.

Maksud yang pertama itu kita panggil mutoobaqah iaitu bertepatan lafaz dan maknanya, adapun makna kedua itu kita panggil iltizaamiiyah, iaitu makna bukanlah makna yang terkandang lafaz, tetapi makna luar yang dimaksudkan oleh kalam.

Tidak syak di sini, bahawa dilalah mutoobaqah adalah makna sabit, dan kita tidak boleh lari daripadanya. Dan dilalah iltizaamiyah adalah makna yang boleh disabitkan, sekiranya kita mengakuinya, atau ada qarinah yang mensabitkan tanpa nafi.

Memahami hakikat ini penting, kerana banyak perkara hukum berkaitan lafaz terkandung dalam dua perkara ini. Dalam perbahasan ilmu Islam seperti usul feqh dan qawaid pun ada perbahasan mengenai niat dan lafaz.

Saya menyeru supaya kita belajar untuk bersikap rendah diri dan tidak mengeluarkan kenyataan seperti - yang benar di sisi Allah itu cuma satu - sebaliknya belajar memahami bahawa ilmu kita adalah sangat cetek; untuk dikira layak membandingkan ilmu diri dengan ilmu Tuhan itu mustahil, apatah lagi untuk mendakwa kita tahu maksud Tuhan, bahawa yang benar di sisi-Nya cuma satu. Walaupun ya, 'yang betul cuma satu' itu berlaku pada beberapa kes seperti Tuhan itu satu, Allah itu sajalah Tuhan, tetapi mengatakan ia melebar pada semua perkara adalah tidak beradab.

Serendah-rendah kalam manusia bagi saya boleh boleh memaksudkan dua makna dalam satu kalam, dan kedua-duanya betul, apakah mustahil Tuhan memaksudkan dua atau lebih, lalu keempat-empat mazhab berkemungkinan semuanya betul, bukan hanya salah satu saja yang betul. Lagipula, selepas kalimah betul (sohih) ada kalimah asoh (lebih sohih), ada zahir dan ada azhar.

Saya fikir, kalam sebegini adalah sangat bahaya. Kerana itu saya membantahnya. Fahami maksud ini, dan kita tidak berani untuk mendakwa hanya satu tafsir adalah betul, dan bakinya adalah salah.

Saya pernah mendengar guru saya, Syeikh Dr. Hasan As-Syaafii mengulas mengenai hal ini, dan berkata: kita tidak menghukum perkara yang kita tidak tahu.

Thursday, April 30, 2009

AKAD

Saya diminta untuk mewar-warkan mengenai projek Antologi AKAD. Intipati dari e-mel Abang Nazmi, saya paparkan di sini. Masih berwaktu.

Antologi Karya Adabuna (Akad) I: Cerpen

Nama projek: Antologi Karya Adabuna (Akad) I: Cerpen

Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

Peserta: Cerpenis yang sedang atau telah mendapat pendidikan sama ada peringkat menengah, diploma, sarjana muda, sarjana atau doktor falsafah serta pendidikan madrasah di negara Arab atau Timur Tengah.

Genre: Cerpen

Jumlah: Dua (setiap cerpenis dibenarkan menghantar maksimum dua buah cerpen)

Butir lanjut:-
1. Cerpen tidak terkeluar daripada sastera Islam dalam pengertian yang luas serta tidak lari daripada syariat Islam.

2. Cerpen sebaik-baiknya menggunakan latar negara di Timur Tengah tetapi watak utama hendaklah watak orang Malaysia. Sekiranya menggunakan watak utama sebagai bangsa asing seperti masyarakat Arab, watak sampingan hendaklah watak orang Malaysia dengan syarat kewujudan watak itu turut mendominasi plot dan penceritaan. Hal ini supaya cerpen tidak terkeluar daripada konteks sastera kebangsaan.

3. Panjang cerpen antara 1,800 hingga 3,000 patah perkataan.

4. Hak cipta kekal di tangan pengarang dan urusan membabitkan kontrak dengan penerbit hanya akan dibuat selepas cerpen diterima dan penerimaan itu dimaklumkan kepada pengarang.

5. Cerpen yang dihantar sama ada karya yang baru atau yang sudah tersiar di media tetapi bukan karya yang dihantar untuk hadiah dan peraduan penulisan yang belum diumumkan keputusannya. Cerpen yang dihantar untuk hadiah atau peraduan tetapi tidak tersenarai sebagai pemenang dan tidak dibukukan oleh penganjur, boleh dikirimkan untuk Akad I: Cerpen.

6. Naskhah dikirim kepada Mohd Nazmi Yaakub melalui e-mel bukunotakaki@ yahoo.com bersama-sama surat akuan penyerahan manuskrip.

Jadual gerak kerja
Tarikh tutup: 15 Mei 2009
Selesai edit: 31 Mei 2009
Naskhah dikirim kembali kepada pengarang untuk persetujuan edit: 5 Jun 2009
Naskhah dikirim kepada penyelenggara: 10 Jun 2009
Serahan manuskrip kepada DBP: 15 Jun 2009

Pastikan anda menyertai Adabuna sebelum menghantar bahan. Hubungi Abang Nazmi [bukunotakaki].

Thursday, March 12, 2009

Sejak Bila

Wahai Nabi yang berselawat padanya ibadah
memberi salam kepadanya adalah ibadah
sejak bilakah mengingatimu adalah bid-'ah
sedangkan melihatmu adalah nikmat
mencium tanganmu adalah rahmat
hanya kerna hidup sezaman denganmu
dan beriman dengan agamamu saja
sudah membezakan dengan baki umat Muhammad.

Wahai Nabi yang mencintainya adalah ibadah
mempertahankannya adalah ibadah
sejak bilakah meraikannya adalah bid-'ah
sedangkan air liurnya adalah pemadam api neraka
dan beriman padanya adalah tiket ke syurga
hanya kerna bergelar umat
dan beriman padanya
sudah menjadikan kita sebaik-baik umat

Wahai Nabi yang menziarahinya adalah ibadah
dan menolongnya adalah ibadah
sejak bilakah menyambutnya adalah bid-'ah
dan meraikan raja, pembesar adalah taat
sedangkan melihatnya dalam mimpi
- apatah lagi di depan mata -
takkan dapat disamar syaitan.

Wahai Nabi yang segala mengenainya adalah kemuliaan
segala sifat, jasad padanya adalah ketinggian
air dari celah jarinya lebih baik
hatta dari telaga zamzam
tingkah lakunya menjadi sunnah
dan tidak pula laku selainnya menjadi haram
kata-katanya menjadi dalil
dan tidak pula kalam selainnya menjadi sampah
kecuali dengan dalil dan ta'lil, atau sebab dan qarinah
sejak bilakah meraikan manusia terbaik
- bahkan makhluk termulia, hingga Jibril itu di bawahnya -
adalah bid-ah dah dosa

Wahai Nabi yang segala sifatnya adalah teladan
segala akhlaknya adalah pedoman tuntutan
insan termulia tapi tak mencitakan tahta
manusia terangung tapi tak minta dijunjung
bukan kerana tidak layak - bahkan!
Tapi jiwa tawaduknya, tumitnya bengkak dalam qiam
rasa hambanya, walau sebaik-baik ciptaan Tuhan
sejak bilakah wahai Nabi junjungan
menyambutnya dan membesarkanmu
adalah bid-ah dan kecelakaan

Wahai Nabi yang turun dari pangkat dan kenamaan
semata-mata kerana mahu perjanjian Hudaibiah
menjadi perjanjian ditandatangan
sejak bilakah sahabat yang enggan dan mempertahan kenamaanmu
dikira maksiat dan disuruh taubat
takkan!
Kerana mempertahan dan membesarkan Nabi itu bukti
tanda mereka cinta kasih, walau pangkat itu Nabi tidak peduli
sejak bilakah meraikan kelahirannya adalah bid-ah terlarang
bukankah segala-gala mengenainya adalah kenamaan yang terjulang

Wahai Nabi yang agung - sebagai Nabi dan utusan
tidak pernah kami membesarkanmu - dengan kebesaran Tuhan
apakah kebanggan yang kami dapat pakai
kalau bukan kerana menjadi umatmu
apakah kenamaan yang kami dapat saksi
kalau bukan beriman kepadamu
Di depan Tuhan - tidak bertambah keagungan-Nya
walau manusia beriman
Di depan Tuhan - tidak berkurang keagungan-Nya
walau manusia ingkar
Di depan Tuhan - kalau tidak kerana bergelar umatmu
apakah yang kami dapat bernilai?
Sejak bilakah membesarkanmu dan menyanjungimu
menjadi bid-ah dan kesesatan

Wahai Nabi yang namanya adalah tertinggi
sifatnya adalah termulia
akhlaknya adalah terpuji
kelahirannya adalah terrahmat
hijrahnya adalah tertauladan
kalamnya adalah termukjizat
zahirnya adalah terindah
batinnya adalah tersuci
lakunya adalah terpandu
Lantas kerana kesucian - kau tak minta dirai
Lantas dengan rendah hati - kalammu tak minta dicatat
Lantas bersama tawaduk - apakah kau minta disanjung
tapi kami inilah umatmu yang dosa - kau dilupakan
tapi kami inilah umatmu yang derhaka - kau sampai pernah dikartunkan
bukan kernamu tapi kami - hingga ada kau direndah-rendahkan
sejak bilakah menyanjung, mengingati, merai kelahiran
- walau ia cuma cebis, tipis, berkali; kami cuba
- agar jangan langsung hingga terlupakanmu
dikira bid-'ah dan tertolak
mengapa tidak disimbol pula sebagai cinta dan ingat?

Wahai Nabi yang kami simpulkan segala jenis perasaan
gembira dengan kelahiranmu, kebenaranmu, pengutusanmu
marah dengan Musyrikin mengejimu, mendustaimu, mencacimu
ketawa dengan khabar syurgamu, bidadarinya dan janji Tuhan
bangga dengan berada bersamamu, hidup di sampingmu, bergelar umatmu
berang dengan kafirin mengkartunimu, memperlekehmu, membohongimu,
sedih dengan pemergianmu, kehilanganmu, tidak berpeluang bertemumu;
sejak bilakah pada peristiwa kelahiranmu
kami diminta melawan fitrah ketika mahu menyemai fitrah
merai dan bergembira - dengan kelahiranmu,
kerana kami juga akan berang, menangis dan duka bila tiba masa dan ketikanya
kalau tidak, bagaimana kami bergelar bila disebut namamu.

Wahai Nabi yang sejarawan berbeza mengenai tarikh lahirmu
itu selisih mereka bukan silapnya kamu
belum campur dengki musuh atau memang kerana ceteknya ilmu kami
atau kerana jahiliahnya bangsamu, ia bukan salahnya kamu
Bukankah kerana pengutusanmu - yang bermula dari kelahiranmu
masyarakatmu menjadi bangsa berilmu dan kenal tarikh
kenal tulisan dan kenal tahqiq bahkan tausiq
lalu kejahilan tarikh itu bukti bahawa kau lahir di zaman yang gelap
untuk membawa cahaya dan menerangi alam.
Sejak bilakah, mengingati, menyambut kelahiranmu
- yang selepas kelahiran barulah kau diutuskan -
dikira bid-ah dan dolalah

Wahai Nabi yang kami berasa hina kerana ketinggianmu
dan hampirnya Engkau di sisi Tuhan
- walau hairan tetapi masih wajar dan logik -
tapi kami berasa bangga bergelar umatmu
menjadi umat kepada Nabi utusan terbaik terangung sepanjang zaman
pintakan kami sabat kukuh dan padu mempertahankan
segala-gala mengenaimu
walau ia bermula dengan usaha sekecil ini atau itu.

Tuesday, February 24, 2009

Lorong Seorang Penulis : Dari Ma'-din Yang Kugali

Ia sungguh mengembalikan memori. Yang lebih penting lagi adalah, maksud dan tujuannya sampai. Itu lebih utama. Yang kita kutip dari mana-mana sumber yang kita temukan. Dari orang yang kita kenal berpengalaman, lebih awal makan garam, dan sudi berkongsi. Yang kita cedok dari hati, agar boleh sampai ke hati, atau yang kita timba dengan akal, agar lebih kukuh di akal. Sebuah catatan perkongsian bersama semua penulis Mesir, baik yang masih bertatih atau yang telah berasa letih, untuk yang kontang punca atau kabur jalan; sebuah catatan dari A Ubaidillah Alias, seorang yang kita panggil guru atau kawan atau sahabat atau abang, atau apa saja. [Klik untuk besarkan]








Monday, February 23, 2009

Dua Buah Buku

Saya jarang 'amat dan sangat' melakukan amalan 'salin dan tampal' (copy-paste) di blog ini. Kebiasaannya saya akan tulis sendiri. Tapi entri ini adalah satu salin dan tampal mengenai dua buah buku dari guru Quran kami, Syeikh Abdul Azim bin Sya'ban bin Sultan Hafizohullahu Ta'ala. Saya ada sertakan beberapa maklumat berkenaan berserta pautan asal tempat ambil.

BUKU PERTAMA

Nama kitab: AL-AZAN AS-SYAR'IY AS-SOHIH KAMA YAJIBU ADA'UHU

CETAKAN PERTAMA 1430 H / 2009 M
I.S.B.N. 977-17-6494-2
(154 mukasurat)

oleh : Syeikh Abdul Azim bin Sya'ban bin Sultan Hafizohullahu Ta'ala

Pembaca pruf:

1) Prof. Dr. Athiyyah Mustofa Muhammad Husain
Pensyarah Jabatan Dakwah dan Thaqofah Islamiyyah,
Universiti Al-Azhar As-Syarif .

2) Prof. Dr. Muhammad Fuad Syakir
Pensyarah Jabatan Bahasa Arab dan Dirosat Islamiyyah,
Universiti 'Ain Syams .

Harga senaskhah : LE 8 ( LAPAN JUNAIH SAHAJA)

MENARIK DI DALAM :
- Syarat menjadi muazzin dan adab-adabnya
- Bagaimana melafazkan kalimah azan dengan baik?
- Makna-makna di sebalik setiap lafaz azan
- Kisah hidup Penghulu Para Muazzin SAYYIDUNA BILAL BIN ROBAH radhiallahu 'anhu
- Apa yang berlaku kepada AZAN di akhir zaman?
- Makna di sebalik mengapa azan dilaungkan oleh orang yang bukan nabi...
- Ikuti kisah Sayyiduna Sa'ied al-Musayyab ..tabi'ie yang teguh pendiriannya
- Tatatertib Imam dan Makmum
- ADAB-ADAB KE MASJID DAN BERIKTIKAF DI DALAMNYA
- kisah Imam Zainul Abidin Sayyiduna Ali bin Al-Husain bin Ali bin Abi Tolib
- Nabi kita S.A.W. pernah membersihkan masjid..dan banyak lagi....
Jadikan ia hadiah istimewa ketika pulang musafir ke tanah air buat ibu bapa,sahabat handai dan sebagainya.

CEPAT.....TUNGGU APA LAGI....EDISI TERHAD.....!!

Untuk tempahan Mesir bermula dari 10 naskhah ke atas
(KAHERAH, ZAQAZIQ, TANTA, DAMANHUR, DUMYAT, MANSURAH, SYIBIN EL-KOM, ISKANDARIYAH)

sila hantarkan NAMA PENUH dan NO.TELEFON anda BESERTA JUMLAH KITAB YANG DIPESAN kepada: Syafiq


BUKU KEDUA

Nama kitab: GHIZA RUH AL-INSAN... MUDAWAMATUHU 'ALA TILAWATIL QURAN

CETAKAN PERTAMA 1430 H / 2009 M
I.S.B.N. 977-17-6493-4
(266 mukasurat)

oleh : Syeikh Abdul Azim bin Sya'ban bin Sultan hafizohullahu ta'ala

Pembaca pruf:

1) Prof. Dr. Nasr Fareed Muhammad Wasil

Mantan Mufti Republik Arab Mesir,
Pensyarah Dirasat 'Ulya,Universiti Al-Azhar As-Syarif,
Anggota Majma' Buhus Islamiyyah
Anggota Majma' Fiqhi, Robitoh Alam Islamiy,Makkah al-Mukarramah.

2) Syeikh Muhammad Ibrahim Abdul Bai'th al-Husaini al-Kittaniy Pakar Bidang Hadis, Iskandariyyah.

Harga senaskhah : LE 11 ( SEBELAS JUNAIH SAHAJA)

MENARIK DI DALAM :
- Wirid AL-QURAN
- Wasiat malam-malam ibadah kepada malam-malam seterusnya
- Debat antara langit dan bumi
- Makhraj huruf....(ilmu Tajwid)
- Waqaf Sayyidina Jibril alaihissalam( mesti tahu )
- Cara-cara Waqaf dan Ibtida ( amat penting )
- Adab penuntut ilmu.... ( amat penting )
- Sembahlah ALLAH seolah-olah kamu melihatNYA...
- Perbuatan munkar manusia terhadap AL-QURAN dan ayat-ayatnya
( isu panas )
- Tangisan pohon tamar....
- Kisah Kuttabul-qaryah(pondok tahfiz al-Quran) dan suasana majlis Perayaan Khatam AL
-QURAN dalam masyarakat muslimin Mesir sekitar tahun 30-40-an (pengalaman penulis)
- AL-QURAN di khemah-khemah kematian.....
- Wasiat dan nasihat kepada para pembaca dan guru AL-QURAN....dan banyak lagi....

Lagi best:
-Kitab ini sebahagian besar kalimahnya sudah berbaris..untuk memudahkan pembacaan...
-Kata orang mesir: " el-kitab da, kullu maqolah fihi , yenfa' khutba youmel- gum'ah...ya reeiit .. kullul-khutoba' 'arfeeeenuh...ya rabb!"

maknanya:" kitab ini, boleh dikatakan semua tajuk di dalamnya sesuai dijadikan khutbah Jumaat.....Kalaulah para khatib mengetahuinya...ALANGKAH BESTNYA....perkenankanla YA ALLAH..!

Jadikan ia hadiah istimewa ketika pulang musafir ke tanah air buat ibu bapa, sahabat handai dan sebagainya.

CEPAT.....TUNGGU APA LAGI....EDISI TERHAD.....!!

Untuk tempahan Mesir bermula dari 10 naskhah ke atas
(KAHERAH, ZAQAZIQ, TANTA, DAMANHUR, DUMYAT, MANSURAH, SYIBIN EL-KOM, ISKANDARIYAH)

sila hantarkan NAMA PENUH dan NO.TELEFON anda BESERTA JUMLAH KITAB YANG DIPESAN kepada: Syafiq

Thursday, February 19, 2009

Terima Kasih Dan Sembilan Kali

Catatan ringkas ini adalah untuk kenang-kenangan, juga sebagai ucap terima kasih kepada insan-insan yang membantu saya berpindah rumah, untuk kali kesembilan di tahun keenam saya di sini. Untuk ahli bait Fahami Shukri kerana memberi izin tumpang barang selama ini - Malik, Zulkarnain, Fahmi dan Firdaus; kepada Razi yang tolong pandu kereta, Hairi yang memberi masa untuk kereta dipinjam, kawan-kawan yang tolong punggah dari bawah ke atas, dari ardiah ke suthu l-imarah; nama-nama yang saya tidak dapat sebutkan. Jasa kalian tidak dapat saya balas dengan selayaknya, semoga Allah membalas dengan yang lebih baik dan utama, bahkan berlipat kali ganda.

Mengenangkan hal ini, selalu saya terfikirkan insan-insan yang jauh bernasib baik tidak perlu sampai berpindah-pindah hingga berkali-kali, merasai keselesaan hidup tanpa perlu berasa susah hati, itu bahagian mereka, dan mungkin ini bahagian saya. Semoga Allah mengampuni saya dan merahmati sebanyak-banyaknya.

Tuesday, February 10, 2009

Selepas Ma'-rad 2009

Ini sepatutnya dikirim jauh lebih awal, tapi memandangkan saya tidak dapat online selalu, maka tertunda.

Ma'-rad telah tamat. Saya akhirnya berjaya memberanikan diri meminjam duit dari ibu dan ayah untuk membeli kitab, hajat yang saya tahan bertahun-tahun lamanya. Bahkan sejak tahun pertama ketibaan ke bumi Anbiak ini. Sejak dulu pun beli bertahan-tahan, dan rasa selalu tidak puas.

Dengan izin-Nya, saya dapat membeli sunan sittah dan sahih-sahih juga mu'-jamu kabir; beberapa mukjam yang penting seperti maqayis lughah, tahzib lughah, kamus muhiit, mu'-jamu l-ain, munjid dan maurid termasuk yang mar-ii; beberapa kitab lughah seperti khosois, aljana d-daani, muzakkar wa mu-annas li ibni anbaarii, al-insof fi masaa-ili l-khilaaf; beberapa kitab rujukan feqah seperti murghni li -bni qudaamah, muwaafaqaat, subulu s-salam, nihayatu l-muhtaj, murghni l-muhtaj, i-'aanatu t-toolibin, ifaadatu s-saadati l-'umad, al-ijma'; juga beberapa kitab usuluddin seperti ibanah, tahafut falasifah, tahafut tahafut, tuhfatu l-asyraf; serta kitab-kitab lain seperti tafsir ruuhu l-ma-'aani, muqaddimah ibnu khaldun, faslu l-maqal li -bni rushd, tarikh tobari, maqasid falasifah, mukh-khu l-ibaadah.

Pun begitu, masih terlalu banyak yang saya ingin miliki, tetapi peruntukan sudah habis. Sebetulnya, saya berada di antara dua manhumaan; pelahap dunia atau ilmu, yang ditandai oleh nilai objektif dan subjektif dari subjek yang sama - kitab. Semoga Allah melorongkan saya dan kita semua ke arah kebaikan, disungguhkan dan ditetapkan azam juga dikelulikan niat yang ikhlas kepada-Nya tetapi tamak kepada ilmu dan pengetahuan; Dialah yang berada di sebalik setiap tujuan.

Dan kini, bila sudah kesempitan duit, barulah terfikirkan duit belanja harian, tetapi malu sebab sudah meminta banyak, bagaimana mahu meminta lagi?