Tuesday, February 05, 2013

Di Sini Bermulanya : 1 : Alam Baru

Alhamdulillah, pada 7 April 2012, saya selamat bertunang dan pada 15 Disember, saya selesai diijabkabulkan dengan pasangan tercinta, Nurulain binti Md Noh, seorang lulusan Universiti Kebangsaan Malaysia. Dia kebetulan bertugas lebih kurang sebulan lebih awal dari saya. Majlis di tempat keluarga perempuan pada 16 Disember dan di tempat keluarga lelaki pada 25 haribulannya. Bersyukur sangat-sangat kerana begitu ramai yang hadir, terutamanya guru-guru yang saya hormati. Semuanya saya pohonkan doa, almaklum ketidakmatangan diri menghadapi pelbagai perkara boleh mengkelamkabutkan, menggundahgelanakan. Alhamdulillah, hajat saya mendapat doa dari sekelian yang saya hubungi tercapai, itu benar-benar menggembirakan.

Alhamdulillah, memang keributan sedikit di awal-awal melalui alam berumahtangga, tetapi itulah, sabar, tenang, berfikir beberapa puluh langkah ke hadapan, belajar memahami perasaan pasangan dan kehendaknya, adalah antara kunci yang perlu ditekuni, diamali. Seperti mana ujaran guru saya, Ustaz Fuad, "pandai saya mencari isteri yang penyabar", banyak menginsafkan saya, terutama terhadap kegopohan saya dalam perkara. Beliau insan yang hebat. Saya bersyukur mengenalinya.

Untuk isteri tercinta, abang doakan Tuhan meliputi kita sentiasa dengan rahmat-Nya. Amiin.

4 comments:

NunAlifNunAlif said...

Alhamdulillah, rasanya tak terlambat nak ucap, Selamat pengantin baru Ustaz Zaki & pasangan :)

Semoga menjadi keluarga yang sakinah mawaddah warrahmah..Ameen Ya Rabb..

Najwa Najihah said...

Ustaz, moga berbahagia hingga ke syurga, dilimpahi mawaddah dan rahmah. Barakallahu lakuma. =)

aqilah azam said...

mabrouk angah.. moga berkekalan hingga ke syurga amin, maaflah tak dpt hadir. :)
kirim salam kak nurulain

basyasyahude said...

BAARAKALLAHU LAKUMA WABAARAKA 'ALAIKUMA WA JAMA'A BAINAKUMA FI KHAIR.. Alfu Mabruk buat Zaki dan Nurulain. Semoga diberkati dan bahagia hingga ke syurga.