Thursday, February 28, 2008

Pembentangan Penulisan Kreatif Tanta Bersama Kak Nisah

Insya-Allah, biiznihi wa 'aunihi, Kak Nisah Haron akan membentangkan tips-tips penulisan cerpen kepada calon-calon penulis daripada kalangan siswa Tanta pada 28 haribulan Februari ini, melalui konferens YM, bermula pada 8 malam waktu Malaysia bersamaan 2 petang waktu Mesir. Pembentangan penulisan kreatif selama sekitar sejam setengah (kurang atau lebih) adalah anjuran Unit Penerangan dan Penerbitan Tanta.

Nisah Hj Haron atau lebih mesra dengan panggilan Kak Nisah, adalah penulis sepenuh masa, dan merupakan bekas peguam, banyak mengendalikan bengkel dan pembentangan seputar penulisan kreatif, dan terutama cerpen. Boleh dilawati di alamat ini.

ID: alazhari_tantawi (sekiranya tiada pindaan)

Friday, February 15, 2008

Feed Dalam Blog, Web Dan E-mel

Majalah: SUKEJ
Edisi: 111
Kolum: Rungan IT
Genre: Artikel
Terbitan: Ogos 2007
Feed dalam blog, web dan e-mel.
Oleh Mohd Zaki M.Noor

Kewujudan jurnalis (blogger) di Mesir semakin berkembang biak. Terutamanya penggendali blogspot. Ruangan IT akan membawa anda kepada beberapa perkara yang menarik di dalam blogspot, dan daripada beberapa laman lain yang ada kaitan dengan feed. Semenjak 10 November 2006, blogger telah menaiktaraf blog daripada beta kepada new blogger, dan memuatkan satu sistem baru yang memudahkan anda untuk menambah feed ke dalam blog.

Katakan anda mempunyai blog, dan anda seorang yang suka membaca. Kawan anda; Ahmad, Ali, Abu, Nizam, Saleh, kelima-limanya mempunyai blog. Oleh kerana itu, setiap hari anda akan membuka kelima-lima blog mereka dan membacanya. Tetapi, mereka tidak mengemaskini entri mereka setiap hari. Ada yang agak kerap, dan ada yang jarang-jarang. Jadi, adakalanya apabila membuka blog mereka, anda dapati tiada entri baru, dan adakalanya ada. Ada masanya pula, anda tak perasan ada entri baru dan terlewat membacanya.

Tak bolehkah apabila mereka membuat entri, lantas anda mengetahuinya, walaupun tanpa perlu membuka blog mereka?

Penulis mahu memperkenalkan sistem feed yang ada dalam blogger. Dengan mengambil feednya, anda akan mendapati bahawa, setiap kali mereka membuat entri baru, tajuk entri itu akan muncul di blog anda. Kelima-limanya. Bagaimanakah caranya supaya anda dapat meletakkan feed blog mereka di blog anda, dan secara automatik, apabila mereka membuat entri, tajuk entri akan muncul di blog anda?

Pergi ke Template – Page element. Klikkan pada [add page element ] dan pilih [feed] Katakan blog Ahmad adalah [http://ahmad.blogspot.com], maka masukkan feed url sebagai [http://ahmad.blogspot.com/atom.xml]. Anda perlu menambah atom dot xml di belakang nama blog ahmad. Teruskan ke langkah seterusnya. Anda akan dapati blog anda sudah memiliki tajuk-tajuk entri yang ada di blog Ahmad. Lakukan langkah yang sama untuk baki empat blog yang lain, dan hasilnya akan muncul benar-benar di depan mata anda.
Dengan ini, setiap kali Ahmad membuat posting dan entri, tajuk entrinya akan terpapar di blog anda secara automatik.

Dengan ini, anda takkan terlepas lagi membaca entrinya, dan anda juga tidak perlu pergi dari satu blog ke satu blog untuk mengetahui ada entri baru atau tidak. Hanya apabila anda menyedari ada tajuk baru muncul di ruangan feed yang anda tambah tadi, barulah anda melawat blog mereka.

Tidak semua web dan blog mempunyai feed. Kebiasaannya web-web berita mempunyai feed. Setting default untuk blogger juga membenarkan feed, seperti yang penulis terangkan tadi. Kalau anda memasukkan feed dari Berita Harian (contohnya seperti bahagian Berita Dunia - http://www.bharian.com.my/m/BHarian/RSS/rss?mysec=Dunia), maka setiap hari tajuk-tajuk berita akan muncul di blog anda.

Akan tetapi, cara yang ditunjukkan di atas menghadkan kepada lima tajuk feed sahaja. Bermakna, hanya 5 tajuk berita saja akan muncul. Sekiranya anda mengambil feed daripada Berita Harian contohnya, maka banyak lagi berita yang tercicir, kerana penghadan yang dilakukan oleh blogger kepada lima. Sesetengah orang mahukan seberapa banyak tajuk berita muncul di blog mereka.

Antara cara yang boleh digunakan adalah dengan menggunakan laman-laman tertentu, seperti www.tickermyfeed.com di mana laman ini menolong anda menciptakan feed untuk laman yang anda kehendaki. Caranya, adalah dengan memasukkan url feed Berita Harian ke ruangan url, dan mengklik generate code. Anda akan mendapat kod yang dihasilkan oleh blog ini. Ambil kod tersebut dan tampalkan ke blog anda dengan cara pergi ke Add Page Element, pilih HTML/Java Script dan tampalkan kod yang anda dapati tadi.

Ada banyak lagi cara untuk anda mengesani entri-entri baru daripada blog-blog sahabat anda tadi. Bahkan cara yang saya akan perkenalkan ini lebih istimewa kerana ia bagaikan menghimpunkan semua entri daripada semua blog yang anda tambah (add). Katakan anda mahukan feed daripada 10 orang, maka, semua tajuk entri dari 10 orang itu akan muncul. Sebenarnya bukan saja tajuk entri, tetapi isi entri sepenuhnya. Entri-entri yang anda belum baca akan bertanda ‘unread’, dan entri yang sudah dibaca bertanda ‘read’. Perkhidmatan yang saya maksudkan adalah Google Reader.

Google Reader adalah satu perkhidmatan di bawah Google. Mulakan dengan mendaftar di alamat (http://www.google.com/reader). Setelah proses mendaftar siap dilakukan, barulah anda boleh menambah feed daripada web dan blog yang anda kehendaki. Klik tambahkan subscription (add subscription) dan memasukkan url di situ. Contohnya, masukkan (http://ahmad.blogspot.com), atau masukkan url daripada aljazeera (http://www.aljazeera.net/Portal/RSS/RSS-Portal.xml) dan semua tajuk entri Ahmad dan tajuk-tajuk entri aljazeera muncul di situ. Bahkan anda boleh membaca isi entri secara penuh. (Nama Ahmad dan blognya adalah rekaan saya) Dengan ini, anda bukan saja tidak perlu membuka dari satu blog ke satu blog yang lain, bahkan anda tidak akan keciciran walau satu entri yang ditulis sahabat anda, walaupun terlewat membacanya.

Sekiranya anda mempunyai e-mel Gmail di http://gmail.com, anda juga boleh memaparkan tajuk entri dari blog dan web ketika sedang membaca e-mel. Cuma pemaparan tajuk entri adalah secara rawak, dan cuma satu entri pada satu kali papar. Ia muncul di bahagian atas inbox anda. Sekiranya anda memiliki e-mel Gmail, pergi ke bahagian setting di bahagian atas kanan, kemudian pergi ke tad [web clips]. Di situ secara automastik telah dimasukkan beberapa feed daripada beberapa laman. Anda boleh membuang semuanya, dengan mengklik remove.

Untuk menambah feed anda sendiri, pergi ke ruangan [Search by topic or URL] dan masukkan alamat feed. Contohnya, (http://ahmad.blogspot.com/atom.xml). Kemudian klik search. Kemudian klik add. Dengan begitu, anda telah dapat menambah feed blog Ahmad ke dalam e-mel Gmail anda. Tajuk-tajuk entri Ahmad akan dipaparkan di bahagian atas inbox secara rawak, dan akan bertukar-tukar setiap kali e-mel anda refresh, atau membuka lain-lain fungsi dalam e-mel Gmail.

Semoga perkongsian terhad ini memberikan faedah kepada semua pembaca dalam mengenali feed di dalam blog, web dan e-mel. Selamat mencuba.

Sembang-Sembang KKF

Sembang-Sembang KKF, Khali Kota Fustat.

Khali Kota Fustat merupakan sebuah antologi gabungan kerjasama Adabunis dalam Komuniti Adabuna. Antologi ini diselenggarakan oleh Saudara A Ubaidillah Alias, dengan menghimpunkan beberapa penulis melalui beberapa buah cerpen. Secara hampir tepat, antologi ini adalah antara usaha-usaha pertama untuk menggalakkan penulisan kreatif di Mesir.

Sebuah pertemuan maya dibuka kepada semua, penulis, pembaca, penggiat dan penggemar sastera Melayu. Maklumat pertama adalah seperti berikut:

Tarikh: 16 Februari 2008
Masa: 3.45 petang waktu Mesir / 9.45 malam waktu Malaysia.
ID YM : al_jantanie

Sila add id ini, dan pastikan anda mempunyai bersama mikrofon dan speaker atau head phone untuk bercakap dan mendengar.

Saudara Ubaidillah bersetuju melebarkan program ini kepada sembang-sembang sekitar penulisan kreatif, pengalaman, nasihat dan perkongsian ide.

Wednesday, February 13, 2008

Tahniah Untuk Ustaz Ahmad

Tahniah dan syabas untuk Ustaz Ahmad Yusuf yang telah selamat menyelesaikan master dengan munaqasyahnya baru-baru ini, 11 Februari lalu, dengan takdir mumtaz ma-'a tausiah bi t-toba' wa tadaul baina l-jaami-'aat. Saya mengucapkan tahniah lagi dan ucapan rasa bangga dengan kejayaan beliau. Semoga keberkatan Tuhan sentiasa tercurah dan berkekalan.