Tuesday, May 30, 2006

English Paper Test

Tomorrow will be my English Paper Test. For the third year examination. It's about less than twelve hours from this entry writing. Eventhough, I'm still not well-prepared for it, and the hardest part should be the swith language part; translating plural sentences from English to Arabic, and of course, from Arabic to English too.

Then by now. I have to catch this 'less than 12 hours time' preparing this subject. So and go on. Bye.

Saturday, May 27, 2006

Leadership - The Three Types Of Leader

It had been a long time since I wrote before.

Leadership - The three types of leader.

There are three of them. One who is focused to produce targets whatever it costs. The other who has doing nothing but having nice behaviour and being respected, and the last one who has power to rule and to be obeyed, eventhongh he do nothing with it.

The first one is a machine. Due to produce and there is no hand of feelings in its work. The second one is a role model, and the third is a war commander.

The best leader I thought it could be - the one who gather all these three to mix in himself - productive leader, followed by it generous and behaviour, and also has power to rule.

Until next time.

Sunday, May 21, 2006

Selamat Hari Guru

Saya ditegur seorang kawan yang mengetahui terlalu banyak tentang diri saya, semalam. Barangkali teguran-teguran itu adalah teguran biasa yang lazim, tetapi ia sangat banyak bersangkut paut kepada diri. Saya ingin berterima kasih walaupun tanpa daun keladi.Ke nak tanam sekejap?

Saya masih ingat saat saya mula berdebat dengan seorang guru Matematik di darjah 5, kemudian sekali lagi di darjah enam. Memang. Berdebat akan buatkan kita rasa hebat, tetapi percayalah, saya rasa bersalah yang amat-amat sekarang.

Juga untuk guru-guru yang saya bersikap kurang ajar - berdebat, mempertikai, mempersoal, menganggap diri lebih hebat, menegur, melawan - saya tulis dengan sepenuh hati, meminta maaf dengan benar-benar. Kalau mampu saya tarik balik semua sikap dan kelakuan itu, saya akan tarik. Tetapi, ia akan kekal di situ menjadi satu parut bahawa saya berbuat salah pada kalian.

Maafkanlah anak murid yang bersikap kurang ajar ini satu masa dulu. Bahawa, tanpa tunjuk ajar kalian tiadalah saya dapat mengutip sekian banyak ilmu sekaligus, tetapi alangkah jahatnya saya kerana dalam ketika itu masih mahu berlagak dan meninggikan hidung...Kekesalan apakah yang saya patut bayar, tetapi saya mahu meminta maaf yang benar-benar, sekarang.

Saya melambatkan ucapan Selamat Hari Guru, kerana percaya, Hari Guru itu kelmarin, semalam, esok, lusa, tulat, langkat, dan sampai bila-bila.

Mohd Zaki
Manhumi_ilm

Oh ya. Aplikasi dari nasihat kawan saya, saya terpaksa tutup ruangan komentar dan shoutbox di blog. Sebarang komentar, respon, dan apa jua sila hubungi saya di emel tertera. Kesulitan amat dikesali. Saya terpaksa menutupnya atas sebab-sebab tertentu. Harap maklum.

Wednesday, May 17, 2006

Tersiar

Sajak Demi Sungguh-Sungguh, tersiar di Dewan Siswa Edisi Januari 2006. Terima kasih kepada Syafiq Zulakifli kerana memaklumkan kepada saya. Juga kepada Editor Dewan Siswa.

Tersiar


Sajak demi sungguh-sungguh, tersiar dalam Dewan Siswa Edisi Januari 2006.

Saturday, May 13, 2006

Sedikit Pembetulan

Saya jadi malas berkongsi fikrah baru-baru ini. Em. Tak apa. Abaikan.

Apabila pembaca tersilap faham maksud entri saya sebelum ini, saya lebih suka menyalahkan diri kerana kelemahan diri. Kerana bagi saya, tulisan paling baik adalah tulisan yang mempunyai isi paling berat, tetapi paling mudah difahami. Ya, Jundullah telah siap dicetak, bahkan sudah ada di pasaran. Maksud saya, di Mesir. Dapatkan!

Judul : Jundullah; Menyelusuri Pengetahuan Para Pejuang Rabbani
Judul Asli : Jundullah Thaqafatan.
Penulis : Sa'id bin Muhammad Dib bin Mahmud Hawwa
Tahqiq & Terjemah : Muhammad Masnur Hamzah
Editor / Muraja'ah : Mohd Zaki M.Noor
Design Cover : Mohd Jupri Ngadinon
Atur Huruf : Asmuni Hasbullah
Terbitan : Adiiba Centre

Nombor Katalog Dalam Terbitan : 8614/2006
ISBN : 977 - 17 - 3221 - 8

Wednesday, May 10, 2006

Jundullah


Beberapa hari yang lepas, saya menerima sebuah buku hasil tangan Ustaz Masnur Hamzah, atau lebih mesra dipanggil Kang Masnur. Buku itu berjudul [ Jundullah – Menyelusuri Pengetahuan Para Pejuang Rabbani ] merupakan separuh daripada sebuah buku asal terjemahan yang bertajuk [ Jundullah, Thaqafatan wa Akhlaqan ]. Dan saya, diminta untuk menyemaknya.

Terjemahan Kang Masnur adalah terjemahan ke Bahasa Indonesia. Dan saya diminta memurnikan bahasanya supaya lebih mesra pembaca Melayu. Word sepanjang 170 muka surat dengan tulisan sekecil saiz 10 sudah cukup memberi gambaran betapa panjangnya terjemahan ini. Ini baru separuh buku. Belum sebuah buku penuh.

Menukar kepada bahasa Melayu perlu memenuhi beberapa syarat. Antaranya, tidak lari daripada maksud sebenar penulis asal buku tersebut. Bahkan, perlu memahami Bahasa Indonesia sekaligus mencari padanannya dalam Bahasa Melayu. Juga, apabila penterjemah punya identiti terjemahan peribadi, kerana beliau amat menitikberatkan cara beliau sendiri.

Pengalaman menyemak Suara Kampus Edisi Johor sepanjang 60 muka surat [atau biasanya 58 sahaja] word sudah begitu memenatkan sedangkan ia bukan 60 muka surat penuh. Ada gambar, ada hiasan, ada kartun, ada kata-kata hikmah, dengan tulisan bersaiz 12, apatah pula kalau 170 muka surat dengan saiz 10!

Sebenarnya, saya belum sempat menyemak penuh seratus peratus kerana tuntutan masa yang sangat terhad. Lebih tepat, kerana tekanan peribadi juga. Bahkan, perlu saya jelaskan, bahawa saya tidak mengubah terjemahan penterjemah sesuka hati tetapi ‘mencadangkan’ terjemahan kepada beliau. Terpulang beliau mahu mengambilnya atau mengabaikannya begitu sahaja. Kerana, beliau menyatakan ketegasan terhadap beberapa bentuk ejaan Melayu yang melarikan langsung bunyi asal Arab. Kerana itu, beberapa kalimah anda akan lihat masih mengekalkan bentuk tertentu.

Perlu juga saya tegaskan, saya berada di pihak pembantu, dan ia bukan hasil kerja saya. Ia hasil titik peluh penterjemah seratus peratus. Saya merasa tidak layak diletakkan nama sedangkan usaha yang tidak seberapa. Jadi, berilah penghargaan penuh kepada yang empunya usaha. Sedikit hari lagi, insya-Allah, buku ini akan menemui anda semua. Selamat membeli dan membaca.

Tuesday, May 09, 2006

Mari Membaca Kalau dan Kalau Oleh Ishaq Hanis

Ishaq Hanis, kawan alias anak buah saya, mengutuk menulis tentang saya setelah saya mengganggu tidurnyabercerita sebelum tidur macam ayah bercerita pada anak. Ish, saya hanya boleh tersenyum terkedu membaca perlinya itu.

Monday, May 08, 2006

Super Blogger

Saya mempunyai banyak blog. Bahkan membuat blog untuk mengumpul artikel, cerpen dan sajak, walaupun tulisan-tulisan saya bukanlah bermutu sangat. Tetapi ia hasil titik peluh dan ia perlu dihargai. Namun, blog ini masih menjadi blog utama saya.

Mengagumi Nazmi, saya juga mahu menulis secara satira
tetapi tak pandai. Sangatlah lemah. Jadi, saya buat sesuka hati saya saja. Itu belum masuk minat saya terhadap design blog.

Apapun, ide untuk membuat blog
dalam bahasa Arab adalah sangat penting bagi saya. Bermula dengan minat menerangkan ilmu Bahasa Arab saya yang sikit melompat kepada menulis secara telus dalam Bahasa Arab secara penuh, hinggalah ide mencipta blog berasaskan audio. Agak-agak, kalau saya menulis dalam Bahasa Inggeris ada bakat tak?

Thursday, May 04, 2006

Insane @ Majnun @ 6e3yMHbIN

Saya bukanlah seorang yang normal, tetapi tidaklah bermaksud saya ini paranormal gila. Kerana gila adalah sebuah kebencian bagi sesiapa sahaja.

Pernahkah anda melihat situasi ini? Seorang gila dimarahi oleh seorang siuman dengan kata-kata- Kau gila! Orang gila itu menempik kembali- Aku tak gilalah!

Anda orang yang siuman lantas menyatakan bahawa si gila itu gila. Itu anda. Kerana anda siuman. Anda berada di dunia siuman. Tetapi pernahkah anda terfikir, betapa orang gila itu, di dunia gila itu, menganggap anda adalah gila dari pandangan matanya?

Jadi. Siapa yang gila sebenarnya? Anda atau dia?

Anda dan doktor-doktor sakit jiwa itu semuanya siuman. Semuanya satu spesis. Dalam satu dunia yang sama. Dunia siuman. Kerana itu anda menuduh si gila itu gila. Tetapi kalau anda di dunia orang gila, dan sama spesis dengan orang-orang gila itu, barangkali andalah yang menuduh doktor-doktor sakit jiwa itu sebagai gila!

Jadi. Siapa yang gila sebenarnya? Anda atau si gila itu?

Oh. Tiba-tiba saya terasa, bahawa sayalah yang gila kerana membawakan topik yang mengarut ini. Ya, anda boleh katakan begitu. Anggaplah saya ini gila. Itu lebih baik, daripada saya menganggap, bahawa anda adalah yang gila sebenarnya.

Persoalan inilah yang membuatkan saya sakit kepala. Kerana, apabila saya menganggap sesuatu yang 'lain' daripada apa yang selalu manusia kebanyakannyaseluruhnya anggap, saya menuduh diri saya dengan gelaran itu. Dengan gelaran itu. Bahawa, sayalah yang gila sebenarnya. Kerana sungguh, saya rasa sedih dan tidak sampai hati untuk menganggap yang sebaliknya bahawa - Andalah yang gila sebenarnya.

Saya berperang dengan emosi dan fikiran sendiri sambil menangis dalam hati- Kenapalah aku segila ini?

Surat Sumpah Bahawa Saya Ini Siuman
1. Pening sudah hilang.
2. Masih siuman.
3. Anti publisiti

Monday, May 01, 2006

My True Friend

Poem : My True Friend
By : Zaki Marzuki

I'm your friend,
the best one,
the only one,
when there is no friend,
for the ugly you.

Better we sit together,
Counting the star,
Until dawn,
And forget about being friend,
With the rubbish me.

Give me the pearl,
You stole yesterday,
From the garden of,
My true heart.

But,
I always wish that,
The shining of that,
Pearl of friendship,
Will curse you become,
The real friend of mine.

AL's Footnotes:
1. Zaki Marzuki is my pen-name.