Saya sedikit kecewa bila mengetahui CDRK belum dicetak pun sebaik saya tiba di Kaherah. Penat jadi berganda dengan khabar ini, menukarkan bingung kepada malu bila teringatkan saya mempromosi kawan-kawan minta beli dan baca.
Pencetakan terhenti dan saya perlu mencari pencetak lain. Belanja yang saya peruntukan untuk pencetakan jadi abu yang ditiup angin. Kalau mahu teruskan cetak, kena cari syarikat lain. Tak sangka, bila saya sangka saya sudah sangat lancar menguruskan semuanya ikut masa, ketentuan membantut saya di titik ini. Kena tukar jalan yang lain.
Maafkan saya kerana terlewat cetak, entah untuk kali keberapa. Dan maaf kerana tak dapat bagi tarikh yang pasti.
Soalan yang saya sering tanya, apa mahu buat kalau rasa kecewa begini?
Blog adalah sebuah diari yang besar. Untuk mencari sejarah yang dilupa, rasa yang dikambus, hala yang diukir. Untuk mengimbau setelah menyimpan, untuk muhasabah setelah memadam
Tuesday, March 27, 2007
CDRK Tidak Diterbitkan Mengikut Waktu Sasaran
Kumpulan Tulisan:
Catatan Perjalanan,
Luahan Rasa,
Sastera
Sejenak di Mansurah
Saya baru kembali dari Mansurah, untuk pembentangan kertas kerja cerpen (yang sangat ringkas) juga membengkelkan 3 cerpen (sekadar mampu). Berasa sangat lega kerana turut dibantu oleh dua adabunis yang lain, Najwa dan Zainab. Terima kasih kerana membantu.
Oleh kerana masa yang diperuntukkan sangat pendek (entah patut rasa lega atau kurang selesa, kerana persiapan saya juga ala kadar tetapi bila bercakap terjadi lancar) maka tidak banyak yang dapat saya sampaikan dalam masa sependek itu. Cuma saya berharap, pembentangan pada pagi itu difahami, dan tema-tema cinta selepas ini bolehlah diganti pula kepada tema-tema lain yang padan dengan keilmuan seorang siswa.
Namun, masa senggang saya bersama Ishaq Hanis dipandu Amir ke maktabah, asalnya cuma mahu meneman Ishaq mencari CD, tetapi bertukar kepada sama-sama membeli beberapa kaset. Ah, tangan gatal betul. Kebetulan terjumpa Albi s-soghiir (Qalbi s-Soghiir) oleh Masyari Rasyid, matan alfiah Ibnu Malik yang didendangkan juga satu kaset nasyid lagi.
Ketibaan saya di Mansurah satu hari sebelumnya menyempatkan saya memperkenalkan hawausyi Mansurah yang saya banggakan kepada Ishaq. Senyum sekali. Tak tahu Ishaq suka atau tidak, tapi perut kenyang, alhamdulillah.
Saya masih menunggu e-mel ketiga-tiga peserta yang menyertai bengkel saya untuk saya invite ke grup Adabuna. Kalau anda membaca ini, tolong respon segera pada saya melalui e-mel.

Friday, March 23, 2007
Iyyaakum Wa l-Ghuluu Fi d-Diin
Cerpen saya - Sinar Bintang Merdeka - yang menembusi Berita Harian ada menyelitkan nilai taqiyyah dalam penceritaan. Lalu seorang pembaca memberi komen dan mengatakan - hai, macam ada unsur syiah je?
Sebenarnya waktu itu saya kurang jelas dengan maksud kata-katanya. Setahu saya, saya merujuk isi penceritaan benar-benar dari dalam teks sejarah yang saya pelajari. Memang itulah hakikatnya, dan saya bukan mereka-reka. Cuma mereka watak, dan menyusun plot dan latar. Tetapi perkara yang benar-benar berlaku sepanjang zaman itu saya masukkan kepada penceritaan saya secara kreatif.
Hakikatnya, taqiyyah bukan hanya ada pada syiah saja. Dalam cerpen itu jadi bukti, pendokong-pendokong daulah abbasiyah juga memakai sikap yang sama. Jadi, jangan mengisbatkan satu sifat kepada satu-satu kelompok tertentu saja, kalau ia juga ada pada kelompok yang lain. Itu satu penilaian yang tak adil.
Kerana itu juga, kalau seseorang mencintai ahli bait dan memujinya, janganlah dia dituduh syiah. Walaupun benar syiah mengagung-agungkan Saidina Ali dan memujinya, tetapi dia dalam masa yang sama, mengkafirkan sahabat. Maka ini baru dipanggil syiah. Kalau saya mencintai ahli bait dan memujinya, tapi dalam masa yang sama, saya mengiktiraf sahabat dan kebenarannya, takkan saya digelar syiah?
Saya katakan, salahkah kalau saya mahu memuji ahli bait, Saidina Ali, Hassan dan Hussin? Apa selama saya hidup di atas dunia, saya tak pernah memuji kawan-kawan saya yang ilmunya lebih hebat dari saya? Apa selama udara masuk dalam paru-paru ini saya tak pernah memuji cikgu-cikgu saya yang thaqafahnya dalam meluas? Apa tak pernah saya memuji ulamak-ulamak yang saya kagumi ke-allaamah-an mereka?
Tapi, bila saya mahu memuji ahli bait lantas saya dicop syiah. Ini pakai pertimbangan akal yang mana satu? Akal hasad, akal dengki, akal ta-'assub, atau akal apa? Janganlah jadi orang yang sempit fikiran, konon nak berwaspada tapi tatorruf, ghuluu, melampau batas. Berhentilah melampaui batas.
Sebab itu saya tak pelik bila FT dituduh syiah ketika dia membantai Wahabi. Iyyakum wa l-ghuluu fi d-diin.

Thursday, March 22, 2007
CDRK - Nantikan Kemunculannya, Mac Ini
Cinta dan Rona Kinanah (CDRK) adalah sebuah antologi cerpen dan sajak. CDRK memuatkan sejumlah 16 cerpen dan 10 sajak. CDRK mempersembahkan 9 cerpen dan 2 sajak yang telah berjaya menembusi suratkhabar dan majalah tanahair, manakala yang selebihnya merupakan karya-karya segar yang terpilih. CDRK menghimpunkan 8 penulis lelaki dan 7 penulis perempuan, dengan 13 orang daripadanya adalah penulis Mesir dan 2 penulis Jordan. CDRK adalah hasil tangan mahasiswa dan mahasiswi Universiti Al-Azhar, Mesir, Universiti Mu'tah dan Universiti Of Jordan, THK Jordan. CDRK mengungkap pelbagai tema dan persoalan dan merupakan contoh rujukan kepada penggiat seni sastera dengan latar belakang pengajian agama.
CDRK mendapat sentuhan kata pengantar Mohd Nazmi Yaakub, dipadukan bersama kata penyusun Amiza Khusyri Yusof. CDRK turut diserikan oleh blurb hasil tangan Zaid Akhtar dan Norizan Muslim.

Jangan Cepat Terasa Hati
Boleh berfikir panjang bukan semestinya perkara paling baik. Kadangkala, ia buat saya sakit kepala, pening, susah hati. Bahkan, memikirkan sesuatu perkara dalam beberapa lapis makna, padahal orang cuma faham makna satu lapis. Selebihnya adalah sia-sia. Kadangkala merasa sakit hati kerana fikir jauh sangat, padahal ia langsung tak terlintas dalam maksud pihak kedua.
Bukan bermaksud saya cuba berlatih benda ini. Cuma itulah fitrah. Seorang yang dibesarkan sejak kecil yang tidak dapat mendengar percakapan orang lain dengan jelas lalu dimarah, diherdik, diejek, dikatakan pekak; sebabnya cuma satu - kerana tak mendengar dan bertanya lagi dan lagi. Hattakan dalam keluarga.
Saya masih ingat kena marah apabila disuruh ambil barang, tapi nak buat macam mana, saya cuma dengar suku kata terakhir saja. Katakanlah disuruh ambil baldi dan cuma mendengar 'di', kalau anda seorang budak sekecil itu kena marah bila bertanya lagi dan lagi, dan kena marah juga kalau tersalah ambil sebab tak dengar, bolehkah anda bayangkan rasanya?
Kerana itu, sejak kecil saya tak suka mendengar. Saya suka mengelakkan diri dari orang. Kerana mendekati orang bererti saya kena mendengar. Dan kegagalan mendengar akan menyebabkan saya dimarah. Dan atas sebab yang sama, saya menjadi gemar dan suka mendengar sesuatu sambil lewa. Bila orang cakap saya akan buat tak berapa nak layan. Supaya orang itu jadi malas nak berbual dengan saya, dan saya terselamat dari tersilap dengar atau dimarahi.
Oleh kerana itu, saya terdidik mengabaikan telinga saya sejak kecil. Saya belajar menggunakan mata dan memahami maksud orang dengan semata-mata gaya, riak muka, gerak bibir, biah dan suasana, kedudukan masa dan tempat. Tapi adatnya, banyak tekaan saya tak betul, walapun sebahagiannya tepat.
Oleh kerana itu juga, saya belajar sendiri di sekolah. Maksud saya, saya lebih gemar belajar sendiri. Lagi-lagi kalau suara cikgu tak kedengaran. Ataupun sebenarnya, saya menggunakan tenaga yang lebih dari orang lain, semata-mata nak mendengar. Kemudian cepat mengantuk dan terlelap dalam kelas. Atau saya akan abaikan saja apa yang cikgu saya ajar, dan belajar sesuka hati saya. Bila difikir-fikirkan, saya sangat bersalah. Tapi itulah kelemahan yang menjadikan saya berfikiran sebegitu.
Bukan itu saja. Oleh kerana tak mendengar dengan baik, saya banyak menafsir dengan mata, meneka mulut orang, kerana dah tak dapat dengar dengan baik. Membaca riak orang. Bahkan lebih lagi. Kadangkala saya cuba membaca fikiran orang dan perasaan orang. Cuba meneka padahal kadang-kadang tak betul pun.
Sikap ini pun tak bagus. Sebab, kadang-kadang, saya terlalu memikirkan benda yang orang lain tak maksudkan pun. Mungkin kerana sebab yang sama, saya jadi sangat sensitif, terasa hati, mudah makan hati, cepat tersinggung. Bila memikirkan sesuatu yang sebenarnya tidak wujudpun saya jadi sibuk, padahal orang lain sangat tenang kotak fikirnya.
Dan bila sibuk kotak fikir, saya cepat penat. Bila penat, saya jadi tak terfikir dan mengabaikan benda yang sebenarnya penting. Saya jadi malas nak ambil tahu perkara-perkara sekeliling, tak bersikap peka pada persekitaran, dan memetik kalam seorang kawan - tenggelam dalam dunia sendiri.
Saya juga tahu sikap itu semuanya tidak elok. Tapi itulah yang terdidik sejak kecil, dan agak sukar mengubahnya. Dalam hati memang nak dengar, apa boleh saya buat? Dalam hati memang tak mahu cepat terasa hati, tapi apa saya boleh buat dengan jiwa sesensitif ini. Dalam hati memang ada perasaan nak rapat dengan orang, tapi apa boleh saya buat, bila asyik tak jelas dan kemudian jadi segan nak bertanya.
Kadang-kadang, saya terfikir juga, bahawa berfikir banyak sangat juga tak bagus. Terasa hati banyak sangat pun tak bagus. Melukakan perasaan dan fikiran sendiri tak bagus. Maafkan saja, tasamuh saja, lapang dada saja. Tapi sungguh, dalam hati, luka tetap ada.
Kerana itu, saya menangguhkan pencetakan CDRK sekian lama. CDRK adalah antologi kedua di bawah projek Komuniti Adabuna. Pertama di bawah Ubaidillah dengan tajuk, Khali Kota Fustat (KKF), dan yang kedua, di bawah seliaan saya. Terus terang, saya tangguhkan kerana beberapa 'orang'. Tapi dalam hati rasa marah atau apa-apa juga sudah lama tak ada. Yang lepas itu lepas, menjadi kos lepas.
CDRK adalah kependekan dari Antologi Cinta dan Rona Kinanah. Insya-Allah, 23 Mac ini siap cetak. Jangan lupa beli ya?

Tuesday, March 20, 2007
Populariti Tidak Membuktikan Kualiti
Saya terserempak seorang kawan di Masjid Azhar beberapa minggu lalu. Dipendekkan, dia bermujamalah dengan saya secara mubaala-ghorh. Katanya tentang saya, 'pakar komputer PMRAM'. Lantas membuatkan saya ketawa, sungguh-sungguh, dari dalam hati hingga apa yang boleh dikenal dari zahir; tetapi sungguh bukan mengetawakan dia tetapi mengetawakan hakikat dan realiti dunia.
Secara terus terang, saya cuma tahu sedikit. Dalam apa bidang pun tahu sikit. Kalau nak kata handal bahagian hardware, ada seratus bahkan lebih orang yang lebih tahu dari saya di Mesir ini; Zamzam, Hasbullah, Azli. Kalau dikatakan mantap dari segi design, ada beratus-ratus lagi lebih mantap dari saya dan semuanya ada di Mesir; Faiz, Asmuni, Fadli. Kalau dikatanya tahu lebih pasal blog dan HTML, ada lagi yang jauh lebih handal hingga karang buku membina web peribadi; saya kurang ingat namanya. Kalau dikatakan tahu software dan progam komputer, ah, berapa banyak saja yang saya tahu. Koleksi program pun dah lama tak bertambah. Apatah lagi kalau bincang pasal PHP, saya tak tahu apa sangat dan sangat jauh kalau nak dibandingkan dengan Ustaz Ahmad dan Anas.
Jadi, saya adalah orang yang paling awal akan tertawa apabila mendengar hakikat ini. Hendak dikatakan pakar? Ah, nanti saya akan digelakkan. Tetapi, bukan itu fokus tulisan ini, tetapi mengkaji sebab dan nilai sebenar kepakaran, dan di mana letak duduknya penilaian manusia.
Memahami hakikat ini, saya tiba kepada satu kesimpulan. Bahawa saya bukan seorang pakar kerana masih terlalu ramai yang lebih pakar. Sebahagian nama yang saya sebut itu baru cuma orang Johor, belum lagi orang negeri lain. Kesimpulan kedua adalah, barangkali kerana saya baru lepas membentang kertas kerja mengenai design teks dan gambar dalam bengkel design dan blog yang lepas menyebabkan kata-kata ini. Atau dikenali atas sebab ini. Lalu keluarlah kata-kata yang demikian.
Nilai 'dikenali' tidak semestinya membuktikan kualiti. Seorang yang dikenali popular tidak semestinya adalah orang yang paling hebat antara semua. Menjadi terkenal ada beberapa jalan. Menggunakan media, menonjolkan diri, banyakkan menyumbang, dan lain lain, tetapi realitinya, ia tidak semestinya menjamin kualiti dan kepakaran.
Kerana itu, kalau seorang pemain bola dijulang-julang namanya tidak memestikan ia orang yang paling hebat. Mungkin cuma kuasa media menguasai khalayak, dan khalayak tidak ada pilihan lain melainkan mendengarnya. Kalau seorang mufti jadi terkenal dengan keadaannya banyak menonjolkan diri, ia tidak semestinya bermakna dia paling hebat dibanding mufti-mufti yang lain. Hattakan kalau seorang ulamak digelar sebagai ketua majlis ifta' di dunia pun tidak memestikan dialah ulamak paling besar abad ini.
Mungkin kita tak cukup awas dengan pepatah orang tua-tua; ikut resmi padi, makin tunduk makin berisi. Atau kita kurang sedar dengan sirah ulama ulama dulu, semakin berilmu makin tawadduk. Atau kita kurang celik dengan hakikat dan realiti bahawa seorang yang terkenal tidak semestinya yang terhebat.
Ada artis yang sangat popular dan menang anugerah populariti berkali-kali, padahal tidak pernah membuat lagu sendiri pun ketika itu. Ada pemain bola yang dijulang-julang namanya dalam liga-liga tapi apabila membuat sepakan penalti pun berkali-kali gagal dan sangat mengecewakan. Itu kerana, populariti tidak membuktikan nilaian kualiti.
Apabila Dr Yusuf Qardawi mendapat kedudukan dan tempatnya di muka dunia, itu tidak membuktikan bahawa dialah ulama nombor satu dalam dunia. Walaupun tidak dinafikan, dia mempunyai ilmu yang banyak, tetapi ia tidak semestinya membuktikan kealimannya berada di kedudukan paling atas. Apakah kita tak menyedari kemungkinan bahawa ada ramai lagi orang yang jauh lebih alim daripada beliau.
Bayangkan anda berada di dalam sebuah kelas, di mana A adalah anak murid kesayangan guru anda. Dalam apa-apa pertandingan, guru selalu menaikkan A untuk ke depan dan mengabaikan anda. Ya, A memang hebat, tetapi itu tidak membuktikan dia lebih hebat dari anda. Hakikat populariti adalah sebegini. Mereka yang dinafikan peluangnya akan kelihatan sangat jauh di bawah, dan mereka yang diangkat pula kelihatan sangat tinggi. Padahal, tidak mustahil ia adalah sebaliknya.
Dalam dunia yang mengajar nilai populariti dan keterkesanan masyarakat manusia kepadanya, kita akan menyedari hakikat ini. Betapa mata manusia mudah tertutup dan melupakan sesuatu yang lebih kualiti lagi. Tiba-tiba teringatkan kisah saya tadi. Terasa sangat-sangat mahu ketawa.

Friday, March 16, 2007
Menyertai Adabuna?
Kalau ada sesiapa berminat menyertai adabuna, maksud saya, di kalangan siswa-siswi Mesir, cuba hubungi saya secara e-mel. Kalau ramai dan sekira-kira layak dibuatkan satu bengkel khas, saya akan cuba aturkan. Menjelaskan maksud, penulisan genre kreatif. Kena lepasi bengkel dulu baru boleh sertai. Atau mungkin kena hadiri satu dua aktiviti sastera dahulu. Saya mahu lihat kesungguhan anda.
Dan ya, hanya melalui e-mel. Wasilah yang lain saya tidak setuju buat masa ini. Biar ringkas dan padat. Saya mulakannya sekarang.
Kalau ada adabunis yang kurang setuju, boleh maklum saya terus.

Thursday, March 15, 2007
Khatam Quran
Semalam alhamdulillah, ramai juga yang datang walaupun ramai yang tak datang. Mungkin sebab maklum sehari sebelum, jadi putus maklumat kat mana-mana. Lama dah tak khatam. Malamnya pula ramai yang datang, nasib baik boleh tampal mana yang kurang.
O ya. Firdaus pun potong kek ke 25 dalam hidup.
Allahumma aslih lanaa dunyaana l-latii fiihaa ma-'aashuna, waj-'ali l-hayaata ziyaadatan fi kulli khoirin, waj-'ali l-mauta roohatan lanaa min kulli sharr.

Wednesday, March 14, 2007
27 - Bakal Pejuang Yang Kehausan
Dikarang ketika di tahun ketiga atau keempat di perantauan.
Sajak: Bakal Pejuang Yang Kehausan
Oleh: Mohd Zaki
Bukankah kau yang
menempatkan cintamu
pada peti harapan
lalu kauhanyutkan
ke muara takdir?
Bukankah cinta
yang kau hanyutkan itu
tiba ke destinasi qada'
lalu dikutip masuk
ke mahligai ketentuan?
Bukankah kau yang
berlari mengejar cinta
yang kaucampakkan
ke peti harapan
ke muara takdir?
Bukankah cintamu
yang memaksamu menangis
menghibai pemergian
cinta yang keputusan?
Bukankah kau yang
menerjah mahligai yang memutuskan
cintamu, yang mengharu-birukan
jiwamu, tapi kembali kaudakapi
cintamu,
untuk kau susukan,
bakal pejuang yang kehausan?
Sajak: Bakal Pejuang Yang Kehausan
Oleh: Mohd Zaki
Bukankah kau yang
menempatkan cintamu
pada peti harapan
lalu kauhanyutkan
ke muara takdir?
Bukankah cinta
yang kau hanyutkan itu
tiba ke destinasi qada'
lalu dikutip masuk
ke mahligai ketentuan?
Bukankah kau yang
berlari mengejar cinta
yang kaucampakkan
ke peti harapan
ke muara takdir?
Bukankah cintamu
yang memaksamu menangis
menghibai pemergian
cinta yang keputusan?
Bukankah kau yang
menerjah mahligai yang memutuskan
cintamu, yang mengharu-birukan
jiwamu, tapi kembali kaudakapi
cintamu,
untuk kau susukan,
bakal pejuang yang kehausan?
Terjemah
Sepemerhatian saya, untuk menterjemah, kita perlukan sekurang-kurangnya beberapa kemampuan. Pertama, menguasai i'-rob, kerana i'-roblah yang akan menjelaskan letak duduk makna secara tepat. Manakah yang menjadi 'a-mil dalam ayat, dan yang mana menjadi ma'-muul. Bahkan i'-roblah yang akan menjelaskan nilaian bahasa yang sepadan dengan uslub yang ada dalam bahasa Arab tadi.
Kedua, menguasai kalimah, atau mampu mencarikan maknanya. Di sini tharwatu l-alfaz kita akan diuji. Atau kita mampu membuka kamus dan memahaminya. Bahkan, di sini juga memerlukan kita menguasai mustalahat sekiranya berkaitan. Mustalah dalam seni-seni ilmu yang berbeza memerlukan penguasaan mustalah dalam erti kata yang betul.
Ketiga, menguasai bahasa sekunder. Iaitu, sekiranya kita menterjemah ke bahasa Melayu, kita mestilah menguasai bahasa Melayu dengan baik. Atau sekurang-kurangnya, dapat memberikan makna yang adil semasa menterjemah. Tidak mengurangkan maksud penulis asal, dan tidak menambah sesuatu yang dia tidak maksudkan.
Keempat, kebijaksanaan memilih manhaj penterjemahan. Kadangkala, ada beberapa lafaz yang memerlukan ayat yang panjang untuk menjelaskannya. Oleh kerana itu, sekiranya ia disertakan dalam baris yang sama, maka ia akan menjadikan perenggan tersebut 'panjang berjela' semata-mata untuk menjelaskan makna satu kalimah tadi. Maka, antara cara yang boleh digunakan adalah dengan mengekalkan lafaz tersebut dalam bunyi asalnya, dan memberikan nota kaki sebagai penjelas.
Begitu juga, dalam sesebuah ayat yang kompleks, seperti terlalu panjang, atau mempunyai banyak syarat dan jawab syarat, atau syarat dan jawab syarat saling bertindih-tindih; maka ayat sekompleks ini biasanya sangat menyukarkan penterjemah di dalam usahanya untuk memberikan makna yang adil, dan pada masa yang sama, memberikan terjemahan yang mesra pembaca. Kadangkala, konsep pengulangan boleh dilakukan dengan meletakkan kurungan sebagai pemudahcara, juga supaya mesra pembaca.
Itu cuma sebahagian panduan. Banyak lagi akan boleh kita dapati sekiranya lama dalam bidang ini, seperti memberikan keutamaan kepada subjek untuk disebut dahulu berbanding predikatnya, atau menyusun semula ayat, supaya lebih mesra pembaca, tetapi tidak menyalahi maksud asal penulis.
Itu sepemerhatian saya. Dengan ilmu yang masih sikit, dan bahasa yang masih lemah.

Subscribe to:
Posts (Atom)