Catatan ringkas ini adalah untuk kenang-kenangan, juga sebagai ucap terima kasih kepada insan-insan yang membantu saya berpindah rumah, untuk kali kesembilan di tahun keenam saya di sini. Untuk ahli bait Fahami Shukri kerana memberi izin tumpang barang selama ini - Malik, Zulkarnain, Fahmi dan Firdaus; kepada Razi yang tolong pandu kereta, Hairi yang memberi masa untuk kereta dipinjam, kawan-kawan yang tolong punggah dari bawah ke atas, dari ardiah ke suthu l-imarah; nama-nama yang saya tidak dapat sebutkan. Jasa kalian tidak dapat saya balas dengan selayaknya, semoga Allah membalas dengan yang lebih baik dan utama, bahkan berlipat kali ganda.
Mengenangkan hal ini, selalu saya terfikirkan insan-insan yang jauh bernasib baik tidak perlu sampai berpindah-pindah hingga berkali-kali, merasai keselesaan hidup tanpa perlu berasa susah hati, itu bahagian mereka, dan mungkin ini bahagian saya. Semoga Allah mengampuni saya dan merahmati sebanyak-banyaknya.
2 comments:
Entri penghargaan memang membuatkan mereka yang dihargai keterharuan (betulkah tatabahasa perkataan itu?).
Sayalah orang yang tak pernah merasa penatnya berpindah rumah. Alhamdulillah. Semoga kita semua sentiasa tabah.
terima kasih dan sama-sama
Post a Comment