Baru-baru ini ada beberapa sahabat menamatkan zaman bujangnya, dan secara tiba-tiba juga, persoalan ini terbit dari mulut seorang kawan, lalu mencetuskan beberapa poin di dalam kepala. Sebetulnya, sudah lama ia bersarang di kepala saya, sejak dulu, mengenai keputusan bahawa ucapan pengantin "saya terima nikahnya" adalah tidak boleh kerana "nya", tidak seharusnya mendahului nama, kerana "nya" adalah kata ganti nama, dan tidak wajar kata ganti nama datang sebelum nama.
Jika benar pelarangan ini adalah kerana hujah bahasa, maka saya secara terang adalah tidak bersetuju dengan menggunakan hujah bahasa juga. Sebetulnya, konsep kata ganti nama tidak boleh mendahului nama boleh difahami dengan mudah dalam penerangan begini. Kalau kita katakan, "dia pergi ke sekolah. Ahmad menaiki basikal", maka dia dalam ayat tersebut, bukanlah Ahmad. Berbeza dengan kalau kita mengatakan, "Ahmad pergi ke sekolah. Dia menaiki basikal," maka dia dalam ayat ini adalah Ahmad.
Lalu dalam keadaan ini, jelas bahawa kata ganti nama, tidak boleh mendahului nama, kerana ini akan menyebabkan ia berbeza orang. Ia betul. Namun, dalam lafaz akad, walaupun secara zahir ia sama dengan contoh di atas, namun hakikatnya, ia berbeza. Ini kerana, lafaz akad pengantin didahului oleh lafaz akad kadi, iaitu, aku nikahkan dikau dengan si fulanah binti fulanah hingga akhir ayat. Maka, apabila pengantin mengatakan aku terima nikahnya; "nya" dalam ayat itu sudah didahului oleh nama pengantin perempuan, dan ini menepati konsep nama disebut dahulu sebelum kata ganti nama.
Oleh kerana ini, nama disebut oleh kadi, kata ganti nama disebut oleh pengantin, kemudian nama perempuan yang disebut semula oleh pengantin adalah atof bayan, atau badal, dan tiada yang kurang atau cacat dalam pemahaman ini.

No comments:
Post a Comment