Saya tidak ingat bila saya mendengarnya secara tepat, tetapi rasanya beberapa tahun lalu. Ketika mendengar sebuah tazkirah dari seorang sahabat, al-Fadhil Us Hasan al-Hafiz, mengenai pengalamannya berdepan dengan seorang budak/remaja yang ada masalah dari sudut syariah, kalau tak silap saya malas solat begitulah. Sudah dinasihatkan tetapi semacam tiada kesan. Lalu apa yang beliau cuba adalah membawa cerita mengenai Tuhan, membawa kesedaran bertuhan kepada remaja itu. Dia tidak bawa nasihat tentang syariah seperti masa kebiasaan nasihat yang biasanya orang akan berikut. Menurut pengalaman beliau, perlahan-lahan remaja itu mula solat dan masalah itu berjaya selesai.
Saya tidak mentahkik cerita ini, tetapi tsiqah saya pada beliau cukup untuk saya mempercayainya. Lagipula ia adalah pengalaman kejayaan yang mengispirasikan. Jujur saya akui, ia tertanam dalam ingatan saya bertahun-tahun lamanya. Mungkin aspek kejayaan itu ada lagi yang tidak diceritakan, seperti wibawa si pembawa nasihat atau mungkin tekniknya atau lain-lain, tetapi hal semacam ini benar saya katakan melekat di fikiran saya.
Lalu di situlah dibentukan kesimpulan berdasarkan hipotesis dan dapatan beliau, bahawa masalah dalam hal berkaitan syariah (feqh/ibadah lahiriah) ini penyelesaiannya dan ubatnya adalah kesedaran bertuhan, atau nasihat yang membawa responden kepada mengingati tuhan. Maka, kalau itulah penyakit dan ubatnya, bagaimana pula dengan masalah berkaitan akhlak. Di sinilah pula saya merenung.
Saya kira, secara hipotesis dan dapatan sejauh usia saya berlalu ini, ubat bagi masalah akhlak pula, adalah kesedaran diri akan kewujudan Nabi kita, Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallah. Apabila kesedaran tentang Nabi itu wujud dalam diri, dan membawa diri kepada keagungan Nabi, mengenali Nabi, akan menyelesaikan pula masalah akhlak. Namun ini hanyalah buat fikiran yang saya tak pernah kumpulkan dapatan ujian. Mungkin ada ujian itu secara tidak langsung, tetapi tidak saya rekodkannya. Mungkin hipotesis hanya kekal sebagai hipotesis.
Saya fikir, ia benar. Kerana saya memang pernah melihat mereka yang mencaci atau merendah-rendahkan Nabinya memiliki akhlak yang bermasalah. Tetapi seperti yang saya nyatakan, ia tidaklah sampai kepada himpunan data keberkesanan. Sudah tentu saya memang ada memperkenalkan nabi kepada murid-murid secara keseluruhannya, tetapi tidak pula diuji secara langsung kepada mereka yang bermasalah akhlaknya lalu dikumpulkan data keberkesanannya.
Kemudian dari satu fikiran membawa pula saya kepada fikiran yang lain. Jika kesedaran bertuhan dan nasihat yang mengenalkan tentang Allah menjadi ubat masalah berkaitan Syariah, dan kesedaran terhadap kewujudan Nabi kita dan keagungannya pula menjadi ubat kepada masalah berkaitan Akhlak, maka apa pula ubat bagi masalah enggan beriman (Masalah Akidah). Fikiran saya pula membawa kepada ucapan ahli hikmah (saya kira) yang bermaksud: Siapa yang mengenal dirinya, maka dia kenal tuhannya.
من عرف نفسه فقد عرف ربه
Kesimpulanna
1) Adapun Kenal Tuhan dan sedar diri bertuhan akan menyelesaikan masalah berkaitan syariah.
2) Kenal Nabi dan memulialan Nabi, adalah penyelesaian kepada masalah Akhlak.
3) dan Kenal hakikat diri yang lemah, adalah penyelesaian kepada masalah Akidah.
Bermaksud, masalah berkaitan dengan akidah (enggan beriman) perlukan ubat iaitu kesedaran tentang kejadian diri, dan nasihat yang mengenalkan manusia terhadap dirinya. Mungkin boleh dipanggil Sains pada zaman kita ini. Inilah fikiran 3 hipotesis kepada 3 masalah utama manusia.
3) "Kenal diri" membawa kepada penyelesaian masalah keimanan (menyelesaikan masalah berkaitan Tauhid, iaitu enggan beriman),
Hanyalah hipotesis yang berbaloi dibukan dibuktikan.
No comments:
Post a Comment