Sunday, June 01, 2008

Bendul Dan Dua Sayap

Banyak kali orang bertanya kepada saya tentang kahwin, tetapi penanya yang paling saya terkenang adalah nenek saya sebelah emak. Tentulah, saya tak berahsia hajat saya hatta kepada nenek, dan didengari ayah dan mak, mengenai keinginan saya beristeri lebih daripada satu. Juga, tak berahsia dengan kawan-kawan, dan rata-rata yang pernah berbual dengan saya tentang hal ini akan saya khabarkan mengenai cita-cita ini.

Dan tak perlulah mempersoalkan respon mereka; mak terpinga, nenek mengata jangan, abah tersenyum, dan kawan-kawan majoriti kata, yakah? Berkahwin lebih daripada satu adalah cita-cita saya sejak saya di menengah lagi, dan saya tak menyatakan majoriti perempuan akan bersetuju, dan tentulah, mereka dengan pelbagai hujah dan pendapat. Memperdebatkan hal ini adalah panjang dan berpanjangan.

Bila bercerita mengenai kahwin, tentulah di dalam kepala saya muncul wajah mak dan ayah. Kerana, saya tak kira boleh berkahwin dalam tempoh belajar, walaupun dulu pernah memikirkannya. Abang saya pada umur sebaya saya ini sudah melepaskan diri dari ditanggung keluarga, jadi saya mula memikirkan, apa layak saya meminta lebih sedangkan sudah ditanggung belajar. Saya kira, saya sudah cukup bertuah kerana kesanggupan keluarga sebesar ini.

Kerana saya belum mungkin boleh kahwin, maka saya tak bercadang mencari setakat ini. Lagipun, belum tentu saya mudah menjumpakan dua orang sekaligus. Saya memang serius dalam hal ini, dan saya pernah membuktikan keseriusan saya mengenai cita-cita ini, hatta pada orang yang pernah saya suka. Tetapi biasalah, perempuan akan menolaknya. Itu pilihan mereka, dan ini pilihan saya. End story.

Walaupun saya tak faham kenapa orang mengatakan berkahwin dua susah, kerana dalam logik fikiran saya, mana lebih mudah, ada dua penolong atau satu? Yang menjadikan susah adalah apabila kedua-dua isteri mengambil pendirian bermusuh dan membenci. Kalaulah digantikan dengan mawaddah dan wi-aam, hormat dan murah hati, saya percaya kesusahan sukar wujud. Memanglah dalam hidup, susah itu lazim, tetapi ia berlaku pada yang satu juga pada yang dua. Itu logik saya, dan mungkin pada orang tertentu ia tidak logik dan sebagainya.

Saya berharap, dengan kadar yang tinggi, tidak dijadikan alasan atau bendul yang mesti dilangkahi adik-adik yang sudah habis belajar bahkan bekerja. Kalau mahu mendahului saya membina rumah dan tangga, silakan, saya sangat-sangat alukan. Buat masa ini, prioriti saya adalah pelajaran yang masih belum tamat. Memikirkan hal kahwin akan menyebabkan saya serba salah pada mak dan ayah yang menanggung, dan saya akan berusaha untuk mengurangkan bebanan mereka dengan berjimat semampunya.

Itulah fikiran saya sekarang ini. Kerana itu saya pernah berasa susah hati ditanya soalan-soalan begini; bila nak kahwin, dah ada calon ke belum, kenapa tak mencari; kerana semua soalan ini akan memunculkan wajah mak ayah saya dan mengulang-ngulang kata-kata mereka berkali-kali. Tetapi kerana memahami soalan ini adalah dalam kelompok soalan 'manis-manis mulut', atau jenis soalan 'senda-gurau-usik', maka saya memahaminya sebagai soalan 'suka-suka' yang tak perlu diambil serius.

Apatah lagi saya masih kebudak-budakan. Masih suka bermain-main, dan tak yakin lagi boleh memimpin keluarga. Nantilah. Bila tiba masanya, saya sudah matang, sudah boleh hidup berdikari dan tidak menyusahkan keluarga, bolehlah memikirkan hal ini dengan lebih dalam lagi. Tetapi, ini untuk saya. Mungkin orang lain, lain pula kiranya. Dan untuk perempuan, terutama adik saya, sangat-sangat patut segeralah kahwin dalam usia muda.

5 comments:

hanif_m_noor said...

waa.................................................................


p/s: hahaha....

Anonymous said...

wah..bagus lah difikirkan soal kahwin.. ada plan.. kahwin dua? serius tue pendirian sedara ni...

MZP said...

Hanif: :D

Attie: hm, serius ke? Bukan ke bila orang sebut; 'berbincang sesuatu yang serius' lalu difahami sebagai 'berbincang tentang kawin?" Mungkin sebab kahwin itu serius, dan serius itu kawin? Jadi tak timbul kawin satu atau dua, ia tetap serius, betul tak?

huhu (menjawab sambil mengelak)

Anonymous said...

ye.. memang kahwin perkara yang serius.. ada je jawapanya.. guna penaakulan mantiq lak tue..huhu..pi mai pi mai tang tu..kalau tak faham maaf ye.

Anonymous said...

membaca entri ni buatkan saya tersenyum sendiri....teringat selang 4 atau 5 minggu yang sudah,malaysia kecoh dengan seorang pakcik nak bernikah kali ke-4 dgn direstui semua isterinya,namun tak dapat kebenaran mahkamah kerana pendapatan yang kurang....masa tu saya balik dari pasar ikan dgn mak dan bapak....mak baca tajuk tu dlm suratkhabar....entah kenapa...ringan mulut saya pagi tu untuk bertanya...'kalau bapak nak kahwin lagi mak bagi ke??'....tergelak mak dengar soalan saya tu....lantas mak menjawab....'berkongsi barang pun susah...apalagi berkongsi bapak??'....haha...saya cuma tersengih dengan jawapan mak....namun otak ligat berfikir...dulu2 masa saka kecil...saya pernah berfikir....'tak kisah pun kalau suami saya nanti kawin banyak,lagipun kesian pada perempuan2 lain yang masih tak bersuami...perempuan kan lagi ramai dari lelaki??'....tapi tu saya yang dulu....sekarang...bila dah besar...dah tahu ertinya kasih....ternyatanya saya pun mewarisi perangai mak...saya tak kisah kalau berkongsi barang saya dengan orang,tapi saya sangat kisah kalau saya yang berkongsi barang milik orang....pening ke ayat tu??haha....entahlah....lain orang,lain fikirannya....saya tak berniat untuk komen apa2 pasa entri ustaz....cuma saja nak berkongsi apa yang terlintas difikiran saat ni...=P