Tuesday, September 09, 2008

Konferens Karya V.02 Di Pertengahan Ramadan

Konferens Karya V.02 (nama yang saya bagi) adalah konferens dengan tujuan membaca karya-karya yang baik, supaya dapat dijadikan teladan. Konferens jenis ini tidak meletakkan syarat - menghantar karya baru boleh ikut serta - seperti mana yang saya syaratkan dalam konferens jenis pertama.

Tarikhnya, 15 September 2008, jam 9-12 pagi waktu Mesir, bersamaan 3-5 petang waktu Malaysia. Konferens maya ini adalah melalui Yahoo Messenger. Anda perlu menyatakan keinginan anda untuk turut serta. Ini adalah manhaj saya, cara saya, yang saya kira pertengahan, tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut; semoga usaha ini dapat menyumbang kebaikan kepada calon-calon penulis kita.

Ketika awal menulis cerpen dahulu, saya menulis cerita mengenai diri dan kawan-kawan. Setelah mendapat pendedahan, saya ingin menulis sesuatu yang besar, untuk agama. Tetapi memahami hakikat ini saja tidak cukup. Kita perlu bukan saja pengalaman menulis, tetapi memahami bagaimana 'sesuatu kesan atau ilmu boleh dipindahkan kepada pembaca', dengan melalui cara penulisan cerita yang berkesan.

Cerpen yang terpilih untuk konferens ini adalah, Sufiyyah dan Ruhiyyah dalam Ramadan, karya Mohd Nazmi Yaakub. Sila hubungi id ym [ibnuahmad_13] untuk maklumat lanjut. Demi Ramadan yang makin dekat, berkatilah kami Tuhan.

4 comments:

Anonymous said...

yang bukan orang mesir boleh turut serta?

Fahd Razy

Mohd Zaki M Noor said...

Fahd nak turut serta? Boleh, tapi kena jadi pembantu sayalah ya, sama-sama memberi pandangan.

Orang hebat macam Fahd alangkah baik dapat memberikan tunjuk ajar pada kami-kami ini.

Anonymous said...

Kalau nak tambah meriah, boleh lah iklankan di GKLN. lebih ramai yang berkonferens, lebih pelbagai pandangan yang dapat dibincang. =)

Cerpen tu boleh baca di mana ya? Siar dimana?
Fahd Razy

Mohd Zaki M Noor said...

Cerpen itu nanti 15 haribulan akan dipaparkan di blog tertentu.

Sebenarnya konferens ini projek percubaan saja, jadi saya belum berfikir lanjut lagi.