Sesetengah orang selalu memandang rendah pada kata-kata. Barangkali dia lupa kata-kata boleh dianggap satu pertiga daripada perbuatan manusia, selain perbuatan hati dan perbuatan anggota. Apakah kita perlu menunggu sehingga sains membuktikan bahawa lafaz tertentu yang diucapkan di depan air menyebabkan bentuk molekul berubah barulah kita mempercayai kesan lafaz dan perkataan kepada segala di sekeliling kita, pada yang hissi (boleh dicapai deria) dan pada yang maknawi? Apakah kita tidak pernah terdetik bahawa jenayah zina yang dan perhubungan suami isteri yang halal dibezakan dengan satu ucapan akad penghalal, iaitu akad nikah. Bahawa dengan ucapan, pelbagai akad menukarkan hak dan milik, dan tanpanya perbuatan itu akan menjadi salah dan pelanggaran.
Mungkin sesetengah mengatakan, ia hanya pada perkataan yang ada kaitan dengan hukum dan muamalat sesama manusia sahaja, tetapi bagaimana dengan sebuah hadis yang melarang kita membuang air besar atau kecil di tiga tempat (sebagai permisalan), kerana perbuatan itu akan menyebabkan orang yang datang ke tempat itu akan mencaci maki kita kerana mereka terkena najis, berasa tidak selesa dan sebagainya. Apakah kita memandang ringan kata-kata tersebut dan kesan kata-katanya terhadap kita, saya ulang, kesan kata-kata yang diucapkan oleh mulut, dan ia adalah kata-kata laknat dari mereka yang terkena najis tadi. Seperti mana lafaznya, ittaquu mala-'in as-salasah, awasi dirimu dari 3 tempat laknat.
Kerana, ucapan bukan bererti sekadar bererti gelombang suara yang bergetar melalui medium udara, menuju ke telinga semata-mata, tetapi ucapan mengandungi sesuatu yang lebih dari itu. Doa kita juga adalah ucapan kata-kata. Bahkan kita tidak disuruh bersolat ketika mengantuk, kerana seperti yang dinyatakan, siapa tahu dia mahu meminta ampun tetapi (kerana mengantuknya) dia mencaci dirinya sendiri. Bahkan ucapan sebetulnya perlu dijaga, apatah lagi kalimah yang muncul dari mulut seorang Islam.
Tidak semestinya kalam itu adalah doa barulah kita berjaga-jaga. Seperti yang disebutkan dalam sebuah hadis menceritakan tentang kisah seorang badwi yang membuang air di dalam masjid, lalu sebahagian sahabat mencacinya, lalu Baginda menegur dan menyatakan antaranya bermaksud, bukanlah kamu diutuskan untuk melaknat. Kerana kata-kata laknat, dari mulut seorang Islam, bukan seperti tiada nilai. Bahkan sabit di dalam hadis bahawa setiap kali Baginda melaknat sesuatu kaum, maka itu dijadikan kafarah dan penebus dosa, supaya mereka tidak diazab di akhirat kelak. Cukuplah hebatnya kesan laknat di dunia, sehingga menggantikan dengan hukuman di akhirat. Begitu besarnya nilai sebuah kalam, dan ia adalah suatu yang kita lakukan setiap hari.
Kita disuruh berfikir sebelum mengucapkan sesuatu. Pepatah Melayu seperti perahu terlajak sudah cukup menyedarkan perihal penting kalam. Seorang kafir yang mengucapkan syahadah di medan perang, ucapannya itu saja sudah cukup menyelamatkan nyawanya, hartanya, maruahnya dan lain-lain. Supaya kita sedar, bahawa kata-kata, apatah lagi dari mulut seorang muslim, bukanlah bererti tiada apa-apa. Dan bahawa, kata-kata yang keji itu sebenarnya menggambarkan kekerasan hati manusia. Kerana itu, elakkan melaknat orang lain, apatah lagi jika dia seorang Islam. Kita bukanlah sebuah umat pelaknat, apatah lagi sesama kita muslim. Kerana kita adalah sebuah jasad yang satu. Kerana kita berada pada tubuh yang sama. Kerana kita adalah bersaudara.
Mungkin, kita berasa marah, geram, sakit hati, dan betul kita berhak menuntut hak untuk membalas, tetapi sesama muslim, yang lebih baik adalah memaafkan, kerana luka di tubuhnya adalah luka di tubuh kita sendiri, dan kudis yang bersarang di tubuhnya itu sebetulnya berada di tubuh kita. Kalau terus membalas luka dengan luka, kudis itu tidak akan sembuh sampai bila-bila. Kalam, lidah dan perkataan, bukan untuk melaknat, tetapi untuk mendoakan supaya berlaku perubahan.
Tidak kira siapa, selagi muslim, elakkan kata-kata laknat. Walau apa dasar dan politik, kefahaman dan tanggapan, ketahuilah bahawa syahadahnya itu sudah menukarnya menjadi kebal, bahawa nyawanya adalah haram, maruahnya adalah haram, hartanya adalah haram, dan tidak boleh dirabikkan sesuka hati. Kalaupun dia bersalah, biarlah hakim yang menghukumnya, bukannya kita. Dan kalaupun ia tidak dihukum di dunia, dan masih hidup, peluang taubat masih terbuka. Keadilan di akhirat kelak adalah mutlak, yang mana semua nikmat dunia sudah tidak berasa apa-apa bila dicelup sesaat di neraka.

No comments:
Post a Comment