Blog adalah sebuah diari yang besar. Untuk mencari sejarah yang dilupa, rasa yang dikambus, hala yang diukir. Untuk mengimbau setelah menyimpan, untuk muhasabah setelah memadam
Sunday, March 11, 2007
Bermain-Main Dengan Kod di New Blogger.
Hasil menggodeh, adalah satu dua penemuan.
Kalau nak cuba, silakan.
Monday, February 19, 2007
Syarat-Syarat Pertandingan Blog BKPJM 2007
1. Anda mestilah seorang ahli BKPJM yang sedang berada di Mesir.
2. Anda mestilah mendaftarkan diri ke http://bkpjm.itopsites.com dan menampalkan kod HTML-nya di blog masing-masing ( supaya logo pertandingan kelihatan )
3. Logo mestilah dipaparkan di bahagian atas sidebar atau bahagian-bahagian yang mudah dilihat.
4. Pertandingan berlangsung sepanjang tempoh bermula dari 1 Mac 2007 ( 2 petang ) hingga 31 Mac 2007 ( 2 petang ), dan pemarkahan akan diambil sepanjang tempoh sebulan itu. Tiada markah diambil sebelum dan selepas tempoh itu.
5. Pemarkahan dibuat berdasarkan konsep penambahan dan penolakan markah sebagaimana perincian berikut :
a) Aspek-Aspek Penambahan Markah :
- Membuat apa juga posting/entri
- Membuat posting/entri bahasa Arab dengan tulisan Arab.
- Membuat Posting bahasa Inggeris
- Melakukan sebarang perubahan kepada template dan perubahan itu berjaya.
- Menambah sesuatu kod HTML atau item pada blog, yang asalnya item itu tiada dalam template asal. Setiap satu jenis konsep layak menerima satu kadar markah tertentu.
b) Aspek-Aspek Penolakan Markah :
- Blog tidak update kerana tidak membuat posting/entri.
- Membuat posting ciplak, berasaskan copy/paste, hasil penulisan orang lain.
- Tidak membuat perenggan langsung dalam entri/posting menjadikannya satu perenggan panjang berjela.
- Posting terlalu panjang dan membosankan serta meleret-leret.
- Tatabahasa terlalu teruk dan set taip terlalu teruk.
- Posting terlalu pendek ( kurang 10 perkataan )
- Melakukan perubahan pada template tetapi perubahan itu gagal.
- Melakukan penambahan item atau kod HTML, tetapi ia gagal berfungsi.
- Penambahan item atau apa-apa konsep yang serabut dan kucar kacir secara keterlaluan sehingga kelihatan terlalu serabut.
6. Pemarkahan berkenaan template akan dibuat secara mingguan manakala pemarkahan berkenaan entri dibuat secara harian.
7. Lima Blogger yang menduduki ranking teratas dalam carta topblog bkpjm akan mandapat markah bonus. ( dinilai pada setiap hari jam 3 petang )
8. Keputusan hakim adalah muktamad .
Yang benar, Mohd Zaki.
Sebagaimana yang kelihatan, markah paling besar berada pada posting dan entri, bukan pada design template. Namun kedua-duanya mempunyai kadar markah masing-masing. Selamat mencuba.
Thursday, February 15, 2007
Bengkel Design Dan Blog
Secara terus terang, LPP BKPJM ada buat bengkel designer dan blog untuk mubtadi-in. Namun sesiapa saja dialu-alukan untuk turut serta, maksud saya, ahli BKPJM sahaja; mereka yang mahu belajar boleh ikut, dan yang sudah pakar boleh bantu-bantu lancarkan kerja. Insya-Allah, sebanyak 10 komputer disediakan, barangkali juga lebih. Di antara tenaga pengisi adalah saya sendiri dan beberapa kawan yang lain.
Target dan sasaran hanya (saya ulangi, hanya) untuk memperkenal tool asas dalam Adobe Photoshop juga beberapa setting yang dikira penting. Juga memperkenalkan tool asas dalam Microsoft Publisher dan setting yang dianggap penting. Juga memperkenalkan pembikinan blog dan beberapa setting asas dalam blogger.
Kertas kerja ringkas disediakan. Makan dan minuman disediakan. CD dibuka untuk tempahan. Bayaran makan dan minum beserta kertas kerja LE 8. O ya. Sempena penerangan tentang blog, pertandingan blog juga akan diadakan sekali lagi, dan kali ini, saya menjadi pengadilnya. Syarat pemarkahan akan lebih detil dan jelas, berdasarkan konsep tambah dan tolak markah, bukan dengan konsep pemarkahan berdasarkan peratus perseratus. Maknanya, tiada had markah tertentu.
Maklumat lanjut tentang pertandingan blog akan dipaparkan kemudian.
Wednesday, August 30, 2006
2 Tahun Di Jurnal Ini
Biar saya menulis dengan santai.
Saya tidak pernah menganggap blog semata-mata suratkhabar, sehingga isinya perlu ditatap setiap hari, bahkan bukan juga semata-mata buku ilmiah hingga isinya dijadikan bahan perbincangan, dan bukan juga semata-mata diari hingga boleh bertukar-tukar rahsia hati. Ia kompleks, ia gabungan bermacam-macam rasa, fikir, ide, tajuk, bahan, isi, isu, dan menjelma perlahan-lahan menonjolkan identiti kepengarangan individu.
Membina blog ketika di zaman saya itu, adalah sangat sukar, kerana tiada sesiapa yang datang mengajar, menunjuk, memandu. Bahkan, yang memiliki blog boleh dikira. Blog waktu itu tidak seperti sekarang, sudah banyak, berlambak-lambak; tidak popular seperti kini, dan semua itu mengajarkan saya sesuatu, waktu itu - bahawa jalan ini sangat sepi.
Waktu itu, kalau menziarah blog saya, ia tidak ada gambar, semata-mata tulisan, tidak ada bunyi atau lagu, tidak ada link, tidak ada shoutbox, tidak ada pengira pengunjung, tidak ada apa-apa melainkan bahagian utama yang berisi tulisan memanjang ke bawah. Ia tidak cantik. Kerana saya tahu, saya jahil, dan saya tak mampu menyoleknya.
Waktu itu, siapa pembaca saya, pasti imma bosan, atau sebenarnya tidak ada langsung. Kerana itu saya bertekad - biarlah tidak cantik dan kosong semata, tetapi isinya mampu menarik orang membaca, datang dan datang lagi. Isi. Itulah target saya, sebagai ganti kejahilan. Pun begitu, saya yang cuma jurnalis muda waktu itu, menulis entah apa-apa.
Saya tidak pernah berkata - kalau mahu menjadi penulis, binalah blog. Adakah anda sudah benar-benar jadi penulis dengan hanya punyai blog? Saya cuma pernah kata - binalah blog, supaya bahasa kita menjadi lancar, dan esok lusa kalau-kalau mahu menulis buku, masalah bukan lagi pada bahasa. Tulat langkat, kalau-kalau mahu menulis novel cerpen, masalah bukan lagi pada bahasa. Dan waktu itu, cuma perlu mengumpul isi, menghadap komputer, dan mula menulis tanpa perlu berhenti henti mencari perkataan yang sesuai, ayat yang sesuai, uslub yang sesuai, tanda baca yang sesuai, nama yang sesuai....
Dan itulah jalan hidup blog saya. Lancarkan bahasa.
Ada orang menggelar saya penulis, dan ada yang menggelar saya jurnalis. Sebenarnya, adakah mereka faham benar-benar, apa itu penulis, apa itu jurnalis, dan, benarkan apa yang mereka gelar?
Pun begitu, macam-macam perkara telah masuk dan menjadi cerita dalam blog ini. Dari perbincangan ilmiah, masuk kepada perdebatan hujah, beralih kepada sastera dan kritikan, bercampur ide dan pendapat, bergaul dengan hati dan perasaan, suka dan benci, hingga sampai kepada mempamerkan dari satu minat kepada satu minat saya yang lain - motivasi, psikologi, sastera, kritikan, matematik, bahasa, logikal, design, komputer, teknologi, dan lain-lain. Masih, ia adalah blog saya.
Namun, ada juga yang kurang senang saya menulis. Dengan beberapa sebab. Tetapi, kedegilan, saya, niat, dan diri, sudah sebati, dan perlahan-lahan, menampakkan identiti saya yang sebenarnya.
2 tahun. Saya akan katakan - anda tidak mampu mengenali orang hanya dengan membaca tulisannya. Anda masih sangat jauh dari memahami.
2 tahun. Bermula tanpa menentukan mana satu langkah yang pertama, kerana kita juga tidak tahu mana satu langkah yang terakhir. Tapi, saya bangga, saya juga punya blog.
Monday, August 07, 2006
Beberapa Perkara Yang Tidak Orang Ketahui Mengenai Keputusan Pertandingan Blog
Pertama, banyak hadiah terpaksa dibatalkan kerana masalah bajet. Hadiah Blog Tunas Harapan, Blog Paling Kreatif terpaksa digugurkan atas masalah ini. Tahukah anda, blog Tanjung Puteri dan blog Saudara Abdul Kahar Maslan adalah antara pemenang yang gagal mendapat hadiah mereka. Tapi nak buat macam mana, hadiah terpaksa dikurangkan.
Kedua, bilangan hadiah juga dikurangkan daripada tiga kepada dua. Tahukah anda pemenang tempat ketiga di pihak ikhwah adalah Saudara Fairuz Tamjis dan tempat ketiga bagi akhawat adalah Saudari Amelia Mustafa?
Ketiga, kerana masalah bajet juga, Hadiah Blog Terbaik mengalami perubahan, tetapi tahukah anda, bahawa sekiranya semua peserta ikhwah dan akhawat digabungkan dalam kategori ini, pemenang kategori Blog Terbaik adalah Saudari Noor Paezah dari akhawat dan bukannya ikhwah?
Keempat, tahukah anda bahawa ada seorang peserta ikhwah menarik diri, seorang peserta akhawat menarik diri, dan beberapa peserta mengubah logo pertandingan sesuka hati?
Kelima, ada tiga aspek pemarkahan demi menentukan pemenang. Isi, kreatif, dan istiqamahnya peserta menulis entri. Tetapi tahukah anda, aspek kedua memiliki markah paling besar?
Keenam, siapa pengadil? Ramai yang kata saya pengadil. Saya juga peserta, mana boleh jadi pengadil. Tahukah anda, pengadilnya adalah Saudara Najib Zainal (Iskandariah) dan Saudara Faiz Abidin (Kaherah)? Ha. Terlupa nak ucap terima kasih pada pengadil. Syukran Jazilan.
Monday, May 08, 2006
Super Blogger
Mengagumi Nazmi, saya juga mahu menulis secara satira tetapi tak pandai. Sangatlah lemah. Jadi, saya buat sesuka hati saya saja. Itu belum masuk minat saya terhadap design blog.
Apapun, ide untuk membuat blog dalam bahasa Arab adalah sangat penting bagi saya. Bermula dengan minat menerangkan ilmu Bahasa Arab saya yang sikit melompat kepada menulis secara telus dalam Bahasa Arab secara penuh, hinggalah ide mencipta blog berasaskan audio. Agak-agak, kalau saya menulis dalam Bahasa Inggeris ada bakat tak?
Friday, April 28, 2006
Pembetulan Maklumat Pertandingan AF 1
4 Pertandingan itu adalah
1. Pertandingan Blog
2. Pertandingan Design Wallpaper
3. Pertandingan Mereka Islamic Presentation
4. Pertandingan Mengarang
Semua pertandingan ini dibuka hanya untuk ahli BKPJM di Mesir. Kecuali Pertandingan Design Wallpaper. Ia dibuka juga untuk bukan ahli BKPJM di Mesir. Maklumat lanjut ada dinyatakan di ruang tepi blog ini. Harap maklum. Pembetulan kedua yang dibuat adalah - tempoh masa untuk Islamic Presentation dipindah dari 5 minit kepada (tidak lebih daripada 10 minit).
Surat Sumpah:
1. Maaf pada Unit Pertandingan kerana Setiausaha anda masuk campur banyak sangat. Maaf, ya!
2. Ada apa-apa permintaan lagi? Tunai sudah. Saya hendak tengok hasilnya.
Saturday, April 22, 2006
Pertandingan Mereka Islamic Presentation & Pertandingan Mengarang
*Masa Persembahan Tidak Melebihi 10 minit
*Tajuk Bebas(tidak menyentuh hal-hal politik atau sesuatu pihak)
*Anda boleh membina Islamic Presentation dengan tajuk seperti ( Cara Solat, Kaedah Mengambil Wuduk, Panduan Mengerjakan Haji dan lain-lain.)
*Berunsur Islam.
*Penggunaan Bebas(Power Point,Flash,Ulead dan lain-lain).
*Penghantaran Penyertaan (by Hand) dengan Drive,Disket,CD atau sekiranya failnya kecil, boleh dihantar melalui e-mel di (matanajrumiah [at] yahoo.com)
*Sila Serahkan By Hand Kepada:
Ikhwah :Ust Muhammad Saleh Bin Maskob
Akhawat :Ustzh NorAzimah Binti Azman
Pertandingan Mengarang.
*Untuk Ahli BKPJM Di Mesir
*Ciptaan Sendiri
*Tajuk Bebas(tidak menyentuh hal-hal politik atau sesuatu pihak)
*Tiada Had Penyertaan
*3 Kategori Bahasa:
Bahasa Melayu :Cerpen
Bahasa Inggeris :Poem(sajak)
Bahasa Arab :Karangan(fakta)
*Penghantaran Hasil kerja ke Emel:
Bahasa Melayu :(mohd.zaki.m.noor [at] gmail.com)
Bahasa Inggeris :(tintazahrah [at] yahoo.com)
Bahasa Arab : (al_arabie [at] yahoo.com)
*Namakan Subjek e-mel anda kepada (Pertandingan AF) demi memudahkan pengadil mengenalpasti penyertaan anda.
*Sebaik-baiknya hantar melalui attachment. Untuk Bahasa Arab, anda juga boleh menyerahkan secara by hand kepada:
Ikhwah :Ust Muhammad Saleh Bin Maskob
Akhawat :Ustzh NorAzimah Binti azman
Segala Masalah Dan Pertanyaan Sila Ajukan Kepada:
Ikhwah :Ust Muhammad Saleh Bin Maskob(010-8937725)
Akhawat :Ustzh Syariah (010-8371306)
Tarikh Tutup Semua Pertandingan Di atas Pada 14 Julai 2006
Surat Sumpah :
1. Boleh tolong promote. Sila, sila.
Tuesday, April 11, 2006
Friday, March 17, 2006
Syarat Pertandingan Membina Blog Peribadi
Berikut adalah syarat-syarat Pertandingan Blog anjuran BKPJM
1. Mestilah ahli BKPJM yang masih di Mesir.
2. Mestilah memaparkan logo pertandingan "Blog Ini Dicadangkan Untuk Menyertai Pertandingan Blog Anjuran BKPJM" sepanjang pertandingan berjalan
3. Logo mestilah diletakkan di bahagian atas atau bahagian-bahagian yang mudah dilihat.
4. Pemarkahan dibuat dari aspek isi, kreativiti dan sejauh mana blog tersebut istiqamah dalam pengisian entri.
5. Ada TIGA kategori pertandingan iaitu Blog Terbaik, Blog Paling Kreatif dan Blog Tunas Harapan. Ikhwah bertanding sesama ikhwah, dan akhwat sesama akhawat.
6. Keputusan hakim adalah muktamad.
7. Pertandingan berlangsung bermula sekarang sehingga ke majlis Malam Penyatuan Anak Johor pada bulan 7 nanti kelak. Tarikh sebenar akan diberitahu.
8. Mestilah Memaklumkan Penyertaan Anda Dengan Menghantar e-Mel Ke esukej [at] yahoo.com
9. Hadiah akan disampaikan pada malam tersebut.
10. Sila klik gambar di bawah. Ambil html yang dinyatakan dan tampalkan di blog anda supaya logo pertandingan dapat dipaparkan.
Saturday, March 11, 2006
Demam Blog Dan Jurnal.
Ia bukan suatu yang buruk. Jika satu – blog dilatih selalu sebagai tempat melancarkan kemahiran menulis, dua – tidak terlalu ghairah ‘menyolek’ dan menghias blog hingga terlupa kepentingan menulis, tiga – membawa motif yang baik dalam setiap kali penulisan, empat – menjadi ruang pertemuan dan bertukar-tukar fikiran.
Demam blog alias jurnal melanda. Dan saya, mengalu-alukan sesiapa sahaja yang mahukan khidmat pertanyaan berkenaan blog. Setakat yang saya mampu. Ini gelombang kebangkitan penulis – Jurnalis dan Bloggers.
Ini bukan sia-sia. BKPJM menganjurkan pertandingan mereka blog dan jurnal bermula sekarang hingga ke satu tarikh sekitar bulan 7. Hadiah lumayan. Tetapi, terbuka untuk siswa siswi Johor di Mesir sahaja. Setakat ini, sudah ramai yang mempunyai blog. Rasanya, kena ada paling kurang dua hadiah. Satu untuk blog terbaik. Satu untuk blog tunas harapan. Lagi banyak lagi baik.
Jika syarat sudah sempurna kelak, saya akan paparkan hasilnya.
al_jantanie
manhumi_ilm
Friday, March 10, 2006
Membuang Tanda ‘Salib’ Di Blogspot
Saya terkejut juga bila dikhabarkan seorang kawan – ada tanda salib bagi template yang saya gunakan. Mulanya saya bingung tetapi setelah meneliti betapa ada cara membuang lambang salib itu boleh, apa kata kita buangnya bersama-sama.
Saya mendapati lambang salib ini pada beberapa jenis template. Iaitu Thisaway, Thisaway Blue, Thisaway Rose dan Thisaway Green. Yang lain tak perasan pula. Sila cari dalam html blog masing-masing (Change Setting – Template) html ini.
#sidebar {
padding: 7px 11px 0 14px;
background: url(http://www.blogblog.com/thisaway_blue/bg_sidebar_arrow.gif) repeat-y 179px 0;
}
Dan buangkan alamatnya (http://www.blogblog.com/thisaway_blue/bg_sidebar_arrow.gif) supaya lambang salib tidak muncul lagi di blog anda.
Atau, demi mudah mencari, tekan kekunci ‘F’ berserta kekunci ‘Ctrl’ demi memunculkan fungsi ‘find’. Taip (arrow.gif) dan anda akan temui html berkaitan.
al_jantanie
manhumi_ilm
pengunjung: 5719
Tuesday, August 30, 2005
Mahu Ucap Apa Kalau Sudah Setahun Di Blog?
Saya masih ingat, saat ripuh sahabat-sahabat dengan Perayaan Menyambut Hari Kemedekaan tahun sudah, saya juga sedang asyik memilih baju, seluar dan barang-barang keperluan sepenujuan ke Kota Mansurah. Saya nekad. Saya mahu lunasi akhir tahun di sana.
Dan dalam seperkenalan saya dengan kota itu banyak memberi kenangan hingga menerbitkan rasa rindu dan persoalan; ke mana pula tahun ini?
al_jantanie
manhumi_ilm
Selamat Ulang Tahun Pertama,
Ke Jurnal al_jantanie
http://mohdzaki.blogspot.com
Monday, August 30, 2004
Langkah Pertama
Assalamualaikum, salam sastera ilmu. |