Monday, December 11, 2006

11 Disember 2006

Saya tidaklah pandai mahu bermujamalah dengan Arab, memujinya, mengambil hatinya, supaya kalau-kalau kena cara dan gayanya ada peluang dapat beli barang dengan harga yang murah. Saya juga tak pandai nak 'bergaduh' demi mendesaknya menurunkan harga, saya tidak tahu. Tetapi, bagi saya, memadai dan patut untuk dimulakan dengan salam, bertanya khabar yang biasa-biasa seperti eh-zaiyak, 'aamil eyh, kaifa hal, kemudian bertanya harga. Kemudian minta kurang, minta tasamuh, minta tahfidh, cadangkan harga yang kita mahu, dan kalau dia tak mahu turunkan, ucaplah terima kasih dan berlalu dengan hormat.

Mungkin tradisi senyum sebelum berlalu itu patut, mengangkah tapak tangan dan diletakkan di dada tanda kita menolak dengan cara baik, kemudian berlalu terus dengan langkah yang lapang. Entahlah. Cuma kadangkala, bila emosi saya turut sama naik dan masuk campur dalam laku, semua sopan dan tertib itu boleh hilang juga. Hem. Masih banyak yang perlu dipelajari.

O ya. 11 Disember 2006. Ia sesuatu yang penting untuk diingati, tetapi biarlah saya saja yang mengerti. Saya ucapkan selamat untuk diri sendiri.

Nandeymonai. Sagashimono. Ney?

2 comments:

Anonymous said...

Bagus cara anda menyusan tata tertib ketika diri dibawa berkunjung ke sebuah premis perniagaan. Kadang kala ianya perlu, dan kadang-kala langsung tidak diperlukan, kenapa? taukeh itu merasakan pelanggannya tiada emosi dan hanya dia ada emosi, dibelasahnya cukup-cukup harga, pelanggan mesti menerimanya. Pelanggan yang sedar, tata tertib digalakkan tinggal. Manusia awam tidak bisa puas hati akibat kekecewaan, perlu dibalas tidak puas hati agar puas hati.

Ada insan yang mengerti tarikh itu, bukan anda saja. Tanyalah sekali lagi pada diri anda, siapakah yang mengerti tarikh itu? Akan terbit jawapan sekali lagi.

Anonymous said...

komen untuk Sempena Yang Tiga

Apa yang dihiraukan dengan kata kawan-kawan anda. Itu cabaran anda menyaingi mufti itu. Kawan-kawan anda hanya menyatakan kenyataan yang menjadikan anda panas, tetapi apa tindakan mereka dalam menghalang mufti berkenaan naik tahta tau apa tindakan mereka kepada masyarakat dalam menerima mufti itu sebagai ahli fatwa umat islam di negeri itu.

Biarkan lah, dia sudah ditabalkan mufti, esok kita pula jadi mufti, apa orang lain akan kata. Mufti wahabah pula.