Wednesday, May 16, 2007

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru. Untuk semua yang mengajar saya walau secebis ilmu. Untuk yang mencarikan masa memberikan tumpuan dan perhatian, ucapan ini untuk kalian.

Air kalau dihidang
tanpa gula tiada rasa
alim walau terbilang
tanpa guru tiada bangga.

Untuk yang menjadi cikgu saya walau dengan hanya sebaris ilmu, gelar itu kekal dan dawam.

Antara jahil dengan tahu,
ada bingung di tengah-tengah,
antara ilmu dengan buku,
ada guru di tengah-tengah.

Tanpa kalian, tiadalah saya seperti yang ada di hari ini.

Lekuk batu titisan air,
Limpah sungai muntahan hujan,
Kurang ilmu rusuhlah amir,
Tiada mursyid hancurlah buldan.

1 comment:

Hisyam_Zahra said...

dawam
jahil
amir
mursyid
buldan

Hm, betullah. Kita memang terpengaruh dengan bahsa persekitaran. Lantas ia terserlah melalui karya masing-masing. Kenapa? terserah dan terpulang. Relatif. Setiap pengkarya punya hadafnya tersendiri. :)