Saya tak pernah ta'lil (give a reason) kepada ibu bapa saya dalam perkara pelajaran, kerana saya mengharapkan mereka percaya atas apa yang saya buat. Memetik kata-kata orang, "never excuse yourself to anybody, because the person who likes you never need it, and the one who dislikes you never believe it," dan sebagai tanda ihtiyat (hati-hati), au kama koola man kool.
Walaupun saya akui, dalam perkara pelajaran saya ada berbuat salah, dan saya tak menjangkakan di-i'fakkan/dima'-zurkan begitu sahaja. Namun saya percaya, saya ada berbuat perkara yang betul juga dalam sekelian banyak perkara, dan tak juga mendugakan kata-kata seperti ini dapat meng-irdokkan semua yang mendengarnya. Dan juga, saya merasakan, berusaha bersungguh-sungguh masih adalah betul, dan tidak berusaha bersungguh-sungguh adalah salah.
Tetapi sejak naik ke tahun tiga dulu, ketika ditemuduga oleh SS Mufti Johor (yang semua orang pun kena) banyak membuka mata saya mengenai hal pelajaran, juga kerana saya mendampingi seorang yang hebat dalam bidang ilmu, walaupun sekejap. Maksud saya, apabila kedua-dua insan ini membuka mata saya untuk menilai kembali cara belajar yang saya gunakan sejak di tingkatan tiga. Tentulah, ia cara yang berkesan untuk lulus cemerlang bagi standard Malaysia, dan cara yang memadai untuk lulus bagi standard Mesir. Dan tentulah, mereka yang tak faham akan bertambah tidak faham, dan saya tak punya keinginan menjelaskan semua perkara.
Sekurang-kurangnya saya rasa bersyukur kerana dicelikkan sebelum terlambat. Walaupun guru yang saya hormati telah menyematkan nasihat ini sejak dari mula dan saya menyimpannya, tetapi siapa tahu kadar pencernaan kita terhadap nasihat yang tepu dengan maslahat ini. Walaupun ia bahasa satu lapis makna, bukan ayat dengan berlapis-lapis makna, barangkali ego saya yang agak tebal dan melambatkan ia diserap masuk.
Mengubah cara belajar yang dipakai sejak bertahun-tahun lamanya bukan mudah. Keterikatan kepada satu manhaj walaupun mempunyai keistimewaan yang tersendiri apabila mahu beralih kepada manhaj yang lain memerlukan masa. Ibarat mengambil jalan lain untuk menuju ke matlamat yang sama. Kebiasaan bertukar, bahkan peribadi juga mungkin perlu disesuai semula.
Pernahkah kita menilai diri? Adakah kita pernah mendugakan bahawa ada kemungkinan, cara kita walaupun selama ini betul tetapi masih banyak kekurangan, dan ya, mengatasinya ada cara? Atau kita terlalu takut mengubah stail demi untuk tidak menjejaskan kebanggaan yang kita bina berturut-turut? Atau mungkin kita merasa sudah terlalu lewat untuk mengambil jalan lain, yang memungkinkan kita bermula semula di tapak mula?
Di sinilah atabahnya. Selagi bendul bidayah ini tidak dilangkah, selagi itulah kita melangkah masuk ke bilik yang sama. Tentulah saya tidak bermaksud anda menggunakan jalan yang salah, serong, sesat, dan yang senazirnya. Tentulah saya tidak bermaksud demikian, saya rasa anda memahaminya. Kefahaman yang sempurnya itu masih jauh dari kita, dan kita perlu berusaha.
Saya seorang yang lambat, kerana itu maafkan saya. Saya percaya saya masih memenuhi impian saya dan target saya. 'Itaabaat dan kritikan membina sentiasa saya alukan. Dan tentulah, ia perlu melalui neraca penilaian saya dahulu.
2 comments:
Abqori nampaknya agak berat untuk menyebelahi teori ini (kalau ia masih di peringkat teori). Tapi nampaknya perkara ini pernah dibuktikan. Lihat kaedah Mokhdar. Berapa ramai orang yang memang sudah pakar dalam Matematik menjadi bertambah-tambah mahir dalam bidang ini selepas mereka mengunakannya. Tak kurang juga ada mereka yang masih ditakuk lama disebabkan takut untuk menggunakan kaedah berkenaan meskipun telah terbukti kawan-kawan mereka telah berjaya. Semuanya kerana merasakan sukar untuk menukar cara lama dan takut terbuang masa andai ia tidak berjaya (itu anggapan mereka saja).
Ibubapa juga sebenarnya masih ramai tersilap mendidik anak-anak mereka. Maksud Abqori, ada sesetengah ibubapa yang apabila melihat kegagalan anak-anak mereka, sering hanya menuding jari mengatakan kegagalan untuk itu berasal seratus-peratus dari anak mereka kerana merasakan mereka telah terlampau betul dalam mendidik. Walhal hakikat adalah sebaliknya. Ada carik dan rabak dalam didikan mereka, namun mereka takut untuk mengubahnya kerana sebab yang sama, takut untuk buat semula dan risau akan keberhasilan langkah baru yang mahu diambil itu.
saya tak mahu komen terhadap komen abqari, nanti makin lari tajuk. tetapi nasib baik teori tu boleh diterima, kalau kena reject saya kena fikirkan pembetulannya, huhu
Post a Comment