Saya sebetulnya tidak bersetuju apabila semua mempergalak kempen bertutur Bahasa Arab - sejak dahulu lagi - tetapi tidak membuat langkah-langkah asas, menyebabkan kempen ini bukan saja tidak berkesan, bahkan dijauhi oleh sesetengah yang bimbang malu diketawakan.
Mari perhatikan satu analogi mudah, sebelum saya menjelaskan maksud saya dengan langkah-langkah asas. Seorang pemuda kampung yang pemalu dan tidak banyak cakap pergi ke bandar, lalu duduk menunggu bas di perhentian. Di sebelahnya ada seorang pemuda, dan dia tidak bercakap langsung kerana malu. Bila ditegur, dia cuma tersenyum. Adakah pemuda ini kita anggap tidak pandai berbahasa Melayu kerana ketidakcakapannya?
Apabila berdepan dengan orang yang tidak kita kenali, apatah lagi berbangsa asing, apatah lagi kalau pemalu, apatah lagi kalau tiada urusan, adakah kita akan bersuara dan berbual, mahupun bercakap? Dan adakah ketidaklatihcakapan dikira sebagai enggan bercakap, dan adakah ketidakbolehcakapan bererti tidak boleh bercakap?
Begitulah kedudukan psikologi yang sangat penting sebelum kita boleh bercakap. Maka, sebelum kempen bercakap dalam Bahasa Arab, kempen membuang sikap malu, dan kempen berbicara perlu ditanamkan dulu. Kalau perlu dijadikan program, jadikan program, kalau perlu jadikan taklimat, jadikan taklimat. Orang yang peramah tentu tidak bermasalah dalam level dan tahap ini, kerana mereka memang akan mudah bercakap.
Kedua, yang menjadi basis paling penting adalah, menanam kalimah. Maksud saya, ke dalam hati dan jiwa juga akal. Apakah kita mahu bercakap tanpa kewujudan kalimah dalam dada, dan apakah yang lebih mengarut lagi dari usaha ini tanpa usaha basis kedua ini? Yang saya maksudkan dengan menanam kalimah, adalah kalimah yang kita fahami maknanya dengan betul, bukan dengan rasa-rasa, agak-agak. Bahkan menanam kalimah dengan mengetahui bukan saja ejaan, bahkan sebutan. Bahkan, sedapat-dapatnya, ia pernah dicubajadikan ayat yang betul maknanya. Kerana itu, kursus dan bimbingan penanaman kata perlu diadakan dulu sebelum kempen bercakap dalam Bahasa Arab ini. Contoh, membaca kamus.
Ketiga, barulah praktikal bercakap. Barulah susur galur sebab dan musabbab bersambung dan membuahkan hasil. Kemudian barulah dikaji sekali lagi, sekiranya masih juga gagal bercakap dalam bahasa Arab dan mengapa.
Ada beberapa perkara penting lagi yang akan turut memberi kesan kepada kempen bercakap Bahasa Arab ini. Pertama, keinginan untuk mendengar kalam Arab, sama ada dari mulut Arab, atau dari mana-mana sumber seperti televisyen dan kaset. Masalah utama, apabila bukan saja enggan bercakap, bahkan enggan mendengar, dan tiada langsung keinginan untuk berbuat demikian.
Kedua, adalah sikap menguji kalimah yang kita rasa kita tahu, dan melihat reaksi dari Arab itu sendiri. Melihat sudut adakah ia betul digunakan, adakah kalimah itu mesra telinga mereka, adakah betul sebutannya, dan adakah ia difahami seperti yang kita fahami. Ketiga, adalah sikap cinta kepada bahasa Arab, dan punya keinginan mempertingkatkan kekualitian penguasaan masa ke semasa.
Itulah pandangan saya mengenai hal ini. Semoga ia memberi faedah kepada semua.
5 comments:
(^_^)soudesune... kalau kita tak suke sesuatu bahasa , camne nak cinta kan nyer yeah .. huhu. -stuck- (-_-)
:D
Salam. Saya banyak bersetuju dengan tulisan ini. Untuk saya, perkara utama adalah kecintaan kita dan 'kegilaan' kita terhadap bahasa itu sendiri. Itu faktor penting.
Kedua, benar, kita harus meletak asas yang akan membantu kita.
Membuang malu itu penting dan tak ramai yang kuat melawan perasaan ini. Sangat penting untuk kita menanam berani dlm diri.
Ketiga, ilmu memang didapati dengan panjangnya masa. Tidak blh terburu-buru(Tapi kita memang susah bersabar). Ramai yang terlupa untuk jadi pendengar yang baik sebelum boleh menjadi penutur yang mahir.
(Sebenarnya sgt tak sabar utk mahir dgn bahasa alQuram ini :( )
amin, semoga ditunaikan segera
http://aleasmktd08.blogspot.com/
jauh gak tembak api jenis nih..kena muqarrar lagi la gayanya!
Post a Comment