Macam-macam terjadi pada bulan Ramadan lepas. Ada yang menyedihkan, dan ada yang menggembirakan. Ada yang baik, ada yang kurang baik. Beberapa orang meninggal dunia, dari yang 'alim hingga pada kaum keluarga. Kemudian jam saya pula hilang. Hari terakhir puasa, ketika berbuka di Maidah Rahman sebuah masjid, selipar saya pula hilang. Itu semua memberi pengajaran yang macam-macam. Sehingga ada yang berkata; hai baru sekejap syaitan lepas, dah ada yang jadi pencuri! Mungkin ada yang pinjam kemudian terlupa.
Tapi yang seronok adalah bersolat Hari Raya di Masjid al-Azhar, melihat duyunan manusia, lelaki perempuan, sehingga Faiz mengingatkan ketika kami mahu keluar dan bersesak-sesak; ha; beginilah lebih kurang masa nak ke Rau-dhah! Malam raya kami bertakbir ramai-ramai beratus-ratus kali; tidak sempat capai target, jadi saya sambung pula di Arma, tidur di sana, kerana keesokkan, pagi-paginya, mahu bertolak awal-awal ke Masjid al-Azhar. Kata Faiz, sunat pergi jalan lain, balik jalan lain. Sunat pergi membanyakkan langkah - kerana itu baik jalan kaki; dan balik mempercepatkan balik - kerana itu kena naik van sewa. Tapi, pergi kami jalan, balik pun sama.
Beberapa hari sebelumnya, Syeikh Dr. Usamah Said al-Azhari dijemput ke dataran Asyir untuk satu muhadarah bertajuk; Manhaj al-Azhar dalam Aqidah dan Syariah. Faiz menambah lagi, Fadhilatu s-Syeikh ini adalah murid mufti Mesir, Syeikh Dr. 'Ali Jum-'ah; dan kalau beliau tiada semasa muhadarah contohnya, Syeikh Usamahlah yang akan mengganti. Logiknya, calon bakal mufti, atau mufti to be.
Ada dua perkara besar yang dibangkitkan dalam muhadarah beliau. Satu; ilmu bukan semata-mata dalil; kerana ilmu adalah himpunan tiga benda - sumber dan dalil; manhaj yang muktamad dan terpelihara dalam memahami dalil; dan kemampuan yang ada pada seorang 'alim yang mempraktikkan manhaj tersebut kepada nas. Dua, mengenai konsep talaqqi bi l-qabuul, iaitu 'menyambut dengan penuh penerimaan'.
Boleh dengar rakaman tersebut di link ini. Atau boleh download. Saya kerat kepada 4. Satu| dua | tiga dan empat. Setelah siap muat turun semua, klik salah satu, dan extract. Pastikan anda ada Winrar dari mana-mana versi.
Wahai Tuhan kami, kami akui - bahawa kami berdosa - dan kami melampau - (hingga) kami dekat dengan nyalaan neraka
Maka terimalah taubat kami - yang membasuh setiap satu dosa - dan tutuplah aurat kami - dan tenangkanlah ketakutan kami
Dan ampunkanlah kedua ibu bapa kami - wahai Tuhan! dan anak-anak kami - juga kaum keluarga kami dan rakan-rakan - juga semua kawan
Serta semua yang mempunyai rasa kasih (kepada kami) - dan jiran dan teman - juga umat Islam seluruhnya - perkenankanlah, Tuhan! Dengarlah!
Sebagai kelebihan, murah hati-Mu dan pemberian-Mu - bukan kerana usaha kami - dengan (berkat) Rasul (Muhammad) - kami capai segala permintaan
Selawat dan Salam dari Tuhanku - ke atas Baginda sebanyak bilangan bijian (di dunia) - juga ke atas kaum keluarga Baginda dan Sahabat - sejumlah (titis) hujan dari awan-awan
Dan segala puji bagi Tuhan - dari mula hingga ke akhirnya.
[kalau ada yang silap terjemah dan bacaan, boleh tegur]
mp3 [bacaan sendiri]
2 comments:
Assalamualaikum Us Zaki. Saya dah download keempat-empat part muhadharah yang disampaikan oleh Syeikh Usama Azhari. Tapi yang mendukacitakan, bila nak diextractkan file winrar tersebut, ada error di sana. Tertera mesej "the archive is either in unknown format or damaged". Ma hiya musykilah ya akhi? :)
Wa 'Alaikumussalam. Sekali imbas, saya rasa antum download tak lengkap. Cuba cek. Ada 4 yang perlu didownload, iaitu azhar.part1.rar, azhar.part2.rar, azhar.part3.rar dan azhar.part4.rar.
Saiz part1 adalah 5 mb. Begitu juga part 2 dan part 3. Cuma part 4 saiznya 242KB. Cuba cek, atau cuba download semula. Sebab saya dah cuba download, dan extract, takde masalah itu.
Post a Comment