Friday, December 05, 2008

Menggeledah Nurani ; Nuuraanii

Saya baru menerima Kumpulan Puisi Fahd Razy yang bertajuk 'Menggeledah Nurani'. Ia adalah terima kasih kepada Lailati yang membeli dan membawakannya dari tanah air.

Ia adalah kumpulan puisi yang berharga untuk dibaca, dan dinikmati. Boleh saja katakan, saya pengagum beliau dalam puisi, seperti mana saya mengagumi Puan Zurinah Hassan. Tetapi entah, saya memang suka mengagumi dari luar, kemudian lebih suka membentuk jatidiri sendiri.

Bagi saya, ciri istimewa Fahd Razy dalam puisi-puisinya adalah pada teori ke-adalah-an-nya. Ia adalah pengkhabaran mengenai hakikat. Seperti kalau kita katakan, air adalah kehidupan, kita menggunakan 'adalah' sebagai pengantara. Itu yang saya selalu kagumi.

Izinkan sedikit masa untuk saya menelaah hasil karya yang kagum ini.

3 comments:

Anonymous said...

Salam
Terima kasih dan selamat menikmati.

Sebarang komen dan kritikan juga lebih-lebih lagi dialu-alukan.



Menanti buah tangan sulung sdr Zaki pula.

Anonymous said...

Lupa nak tulis nama

-Fahd Razy-

Mohd Zaki M Noor said...

Terima kasih. Sajak terbaik Fahd - mencari tariq - masih mengujakan tak kira berapa kali membacanya. Tahniah