Friday, January 23, 2009

Kitab Dan Maarad | Betul Dan Salah

Pameran Buku Antarabangsa Kaherah (Maarad Kutub) sudah bermula, dari 21 Januari 2009 hingga 5 Februarinya. Tetapi imtihan masih belum berakhir, dan bagi saya sendiri, 27 Januari ini.

Teringatkan maarad, saya teringin sangat - bahkan sebelumnya lagi - untuk memiliki beberapa kitab (walaupun duitnya belum ada lagi) seperti Mukjamu l-'Ain, Al-Kitab Li Sibawaih, Ruuhu l-Ma-'aanii, Al-Jana d-Daanii Fi Huruufi l-Ma-'aanii, Al-Ijmaa', Tanaaqudooth Waadihaat, Diwan-Diwan dari Fuhul (Penyair Mapan) dari pelbagai zaman, semua kitab hadis sahih dan sunnan berserta syarahnya, dan pelbagai kitab yang boleh membantu saya memantapkan penguasaan Bahasa Arab dan ilmu yang lainnya.

Rupa-rupanya, perbahasan maarad dan maarid masih bersambung hingga ke tahun ini, apabila masih kedapatan pihak yang masih menyalahkan penggunaan maarad dan mentaqdiskan maarid. Sepenelitian saya, saya menemui satu kesimpulan yang boleh memuaskan akal kedua-duanya, dan dalam masa yang sama, adalah hujah menyebelahi saya.

Pertama, lafaz maarad dan maarid diperakukan hatta dalam Mukjam Asasi, yang disusun oleh sekumpulan pakar-pakar Bahasa Arab yang merupakan orang Arab, di bawah Munazzomah Arabiah Li t-tarbiah Wa Thaqafah wa Ulum. Dari yang berdarah Arab dan ihtimam (ambil berat) mengenai bahasa Arab. Kalau thiqqah (kepercayaan) kita pada mereka itu tinggi, maka tamatkan rasa sangsi.

Kedua, apabila kita berkata, bilakah 'masa pameran', maka kita akan katakan, di manakah 'tempat' pameran, juga akan mengatakan, 'pameran' kitab sudah bermula. Tiga lafaz ini - masa pameran, tempat pameran, dan 'pameran' - diwakili oleh lafaznya masing-masing.

Sekalipun maarid adalah tempat pameran, tetapi apabila saya ingin menyatakan 'pameran' yang merupakan masdar, saya memilih masdar mimi lalu jadilah maarad. Kita tak akan membentuk ayat seperti ini; bilakah 'tempat pameran', sebaliknya bilakah 'pameran', atau bilakah 'masa' pameran. Atau boleh saja kita katakan; saya ingin pergi ke 'pameran' buku, seperti mana harus kita katakan; saya ingin pergi ke 'tempat pameran'. Lalu mengapa bertegas dan menafikan maarad dan menyatakan ia salah, padahal ia adalah penggunaan yang betul.

Aturan penentuan betul dan salah, adalah merujuk kepada selagi mana ia termasuk di dalam lingkungan betul, sekalipun lemah. Jangan terburu-buru menghukum salah, kalau belum dipastikan semua sudut hatta yang paling lemah. Apatah lagi pendapat yang ada sudut benarnya. Jangan sampai kita tertiru mereka yang menyatakan - 'huwwa huwwa' - adalah bahasa pasar (aammii) kerana menyatakan yang fasih adalah huwa (tanpa sabdu), padahal huwwa disaksikan wujud hingga dalam mukjam sebesar Lisaanu l-Arab.

Saya tidak layak menghukum, apatah lagi menjadi rujukan, dengan ilmu yang terlalu cetek, anda boleh menemukan mereka yang jauh hebat daripada saya yang sekadar tahu celup-celup, namun masih berdoa akan cinta saya pada bahasa ini akan semakin kukuh, dan maqduur (kemampuan) ilmu saya bertambah, serta diberi seluas-luas peluang untuk menyumbang untuk Bahasa Arab. Laqad nazartu nafsi li khidmati haazihi l-lughati wa haaza d-diin, allahhumma ajib, allahumma waffiq.

2 comments:

syauqi_sabah said...

suatu ketika dahulu, saya antara org yg kuat mempertahankan "ma'rad" krn hujjah saya, wazannya sama dgn "maskan". tapi apabila bertanya dgn salah seorang pensyarah saya, dia jawab yg betul adalah "ma'rid". (barangkali sama dgn wazan : masjid)
terkini, bg saya dua2 tiada masalah, krn bukankah dlm ilmu saraf ada istilah "qiasi" dan "sima'ie ? maka, x perlulah kita perbesarkan lagi. Tahniah, ustaz, pendedahan yg menarik

Mohd Zaki M Noor said...

terima kasih atas pandangan.

saya masih mengkaji mengenai perkara ini, dan mengumpulkan hujah menyokong dan menentang.

Allahumma -rzukna fasoohata l-fusohaak