Ini sepatutnya dikirim jauh lebih awal, tapi memandangkan saya tidak dapat online selalu, maka tertunda.
Ma'-rad telah tamat. Saya akhirnya berjaya memberanikan diri meminjam duit dari ibu dan ayah untuk membeli kitab, hajat yang saya tahan bertahun-tahun lamanya. Bahkan sejak tahun pertama ketibaan ke bumi Anbiak ini. Sejak dulu pun beli bertahan-tahan, dan rasa selalu tidak puas.
Dengan izin-Nya, saya dapat membeli sunan sittah dan sahih-sahih juga mu'-jamu kabir; beberapa mukjam yang penting seperti maqayis lughah, tahzib lughah, kamus muhiit, mu'-jamu l-ain, munjid dan maurid termasuk yang mar-ii; beberapa kitab lughah seperti khosois, aljana d-daani, muzakkar wa mu-annas li ibni anbaarii, al-insof fi masaa-ili l-khilaaf; beberapa kitab rujukan feqah seperti murghni li -bni qudaamah, muwaafaqaat, subulu s-salam, nihayatu l-muhtaj, murghni l-muhtaj, i-'aanatu t-toolibin, ifaadatu s-saadati l-'umad, al-ijma'; juga beberapa kitab usuluddin seperti ibanah, tahafut falasifah, tahafut tahafut, tuhfatu l-asyraf; serta kitab-kitab lain seperti tafsir ruuhu l-ma-'aani, muqaddimah ibnu khaldun, faslu l-maqal li -bni rushd, tarikh tobari, maqasid falasifah, mukh-khu l-ibaadah.
Pun begitu, masih terlalu banyak yang saya ingin miliki, tetapi peruntukan sudah habis. Sebetulnya, saya berada di antara dua manhumaan; pelahap dunia atau ilmu, yang ditandai oleh nilai objektif dan subjektif dari subjek yang sama - kitab. Semoga Allah melorongkan saya dan kita semua ke arah kebaikan, disungguhkan dan ditetapkan azam juga dikelulikan niat yang ikhlas kepada-Nya tetapi tamak kepada ilmu dan pengetahuan; Dialah yang berada di sebalik setiap tujuan.
Dan kini, bila sudah kesempitan duit, barulah terfikirkan duit belanja harian, tetapi malu sebab sudah meminta banyak, bagaimana mahu meminta lagi?
1 comment:
salam, banyak beli buku? ble nk hbs bc?
Post a Comment