Thursday, May 04, 2006

Insane @ Majnun @ 6e3yMHbIN

Saya bukanlah seorang yang normal, tetapi tidaklah bermaksud saya ini paranormal gila. Kerana gila adalah sebuah kebencian bagi sesiapa sahaja.

Pernahkah anda melihat situasi ini? Seorang gila dimarahi oleh seorang siuman dengan kata-kata- Kau gila! Orang gila itu menempik kembali- Aku tak gilalah!

Anda orang yang siuman lantas menyatakan bahawa si gila itu gila. Itu anda. Kerana anda siuman. Anda berada di dunia siuman. Tetapi pernahkah anda terfikir, betapa orang gila itu, di dunia gila itu, menganggap anda adalah gila dari pandangan matanya?

Jadi. Siapa yang gila sebenarnya? Anda atau dia?

Anda dan doktor-doktor sakit jiwa itu semuanya siuman. Semuanya satu spesis. Dalam satu dunia yang sama. Dunia siuman. Kerana itu anda menuduh si gila itu gila. Tetapi kalau anda di dunia orang gila, dan sama spesis dengan orang-orang gila itu, barangkali andalah yang menuduh doktor-doktor sakit jiwa itu sebagai gila!

Jadi. Siapa yang gila sebenarnya? Anda atau si gila itu?

Oh. Tiba-tiba saya terasa, bahawa sayalah yang gila kerana membawakan topik yang mengarut ini. Ya, anda boleh katakan begitu. Anggaplah saya ini gila. Itu lebih baik, daripada saya menganggap, bahawa anda adalah yang gila sebenarnya.

Persoalan inilah yang membuatkan saya sakit kepala. Kerana, apabila saya menganggap sesuatu yang 'lain' daripada apa yang selalu manusia kebanyakannyaseluruhnya anggap, saya menuduh diri saya dengan gelaran itu. Dengan gelaran itu. Bahawa, sayalah yang gila sebenarnya. Kerana sungguh, saya rasa sedih dan tidak sampai hati untuk menganggap yang sebaliknya bahawa - Andalah yang gila sebenarnya.

Saya berperang dengan emosi dan fikiran sendiri sambil menangis dalam hati- Kenapalah aku segila ini?

Surat Sumpah Bahawa Saya Ini Siuman
1. Pening sudah hilang.
2. Masih siuman.
3. Anti publisiti

12 comments:

avie eicca said...

Saya baru saja "mentally stable" lepas ni "partly mentally stable"=)sambung balik projek dalam makmal masa cuti pula tu.

Anonymous said...

erm..безумный..mcm kenal plak pkataan nih...gila,tergila-gila pun gila gak...hehe.0-0
-ikankeligila-

MZP said...

ya...perkataan dr tanah orang puteh...dr bumi yang jauh di tanah inggeris tu.

Insane dan безумный - sama la tu kan? cuma masa taip tajuk artikel tu susah nak jumpa n terbalik, jadi pakai n biasa...kira ok la tu kan?

Anonymous said...

erm..saya ada kata ke tak okay!?ehehe..okay jer.*peace*
-ikankeligila-

Sufi is me said...

Wah
Gila!
=)
Itu tulisan dari tanah Kaisar kah?

Sufi is me said...

hehe

Puteri Madinah Ahlam said...

Salam bertamu...

Menjadi gila dalam setagal...

Anda??? :)

Anonymous said...

ehem,sdri Saufiah.Tanah asal Caesar ya,maksud anda?Mungkin juga.
Dan tuan blog ni ada silap fakta sikit,kalau tanah Caesar tu,bukan Inggeris yg punya,sebab tak pernah dijajah oleh Inggeris rasanya =)

ikan keli gila,hehe macam-macam.

~pulau pak amat~

Anonymous said...

Ha ha ha...Betul. main bantai aja (aja-aja fighting!) bila tulis tanah inggeris. Barangkali satu tektik membongkar identiti sebenar en/cik anonymous. Lagi pula dengan cara mana nak tahu kalau tak guna trick begini, kan?

Em, tapi masih kurang jelas sebab data belum cukup sempurna. Arau ada sapa-sapa sudah boleh kesan, saya tak tahu...

Tapi tak apa je kalau tak tahu pun. Kalau hendak sembunyi apa gunanya dibongkar-bongkar.

anonymous
(mohd.zaki.m.noor)

A. Ubaidillah Alias said...

Zaki, sempena berada di Alex. Apa kata anda bersiar di tepi pesisir Mediteranean dan singgah di perpustakaan purba. Lalu mendaftar sebagai ahli di Bibliotheca Alexandrina. Langsung memasuki perpustakaan bersejarah itu dan menghabiskan masa wara wiri di dalamnya.

Apa kata, anda buang rasa pening dan hampir gila itu dengan memandang buku yang tersusun di rak-rak Bibliotheca Alexandrina. Saya percaya, anda yang gemar membaca akan segera sembuh melihat rak bertingkat dan lantai berlapis-lapis di sana. Unik!

cipthowiryawanchannel said...

isu yang penuh misteri neh..payan nak ungkap..hehe..

Anonymous said...

sebelum menggelar sesuatu makhluk itu gila, gelarkan anda gila. Atau, gelarkan sahaja 'tidak tahu @ tak mengerti'.