Blog adalah sebuah diari yang besar. Untuk mencari sejarah yang dilupa, rasa yang dikambus, hala yang diukir. Untuk mengimbau setelah menyimpan, untuk muhasabah setelah memadam
Wednesday, May 10, 2006
Jundullah
Beberapa hari yang lepas, saya menerima sebuah buku hasil tangan Ustaz Masnur Hamzah, atau lebih mesra dipanggil Kang Masnur. Buku itu berjudul [ Jundullah – Menyelusuri Pengetahuan Para Pejuang Rabbani ] merupakan separuh daripada sebuah buku asal terjemahan yang bertajuk [ Jundullah, Thaqafatan wa Akhlaqan ]. Dan saya, diminta untuk menyemaknya.
Terjemahan Kang Masnur adalah terjemahan ke Bahasa Indonesia. Dan saya diminta memurnikan bahasanya supaya lebih mesra pembaca Melayu. Word sepanjang 170 muka surat dengan tulisan sekecil saiz 10 sudah cukup memberi gambaran betapa panjangnya terjemahan ini. Ini baru separuh buku. Belum sebuah buku penuh.
Menukar kepada bahasa Melayu perlu memenuhi beberapa syarat. Antaranya, tidak lari daripada maksud sebenar penulis asal buku tersebut. Bahkan, perlu memahami Bahasa Indonesia sekaligus mencari padanannya dalam Bahasa Melayu. Juga, apabila penterjemah punya identiti terjemahan peribadi, kerana beliau amat menitikberatkan cara beliau sendiri.
Pengalaman menyemak Suara Kampus Edisi Johor sepanjang 60 muka surat [atau biasanya 58 sahaja] word sudah begitu memenatkan sedangkan ia bukan 60 muka surat penuh. Ada gambar, ada hiasan, ada kartun, ada kata-kata hikmah, dengan tulisan bersaiz 12, apatah pula kalau 170 muka surat dengan saiz 10!
Sebenarnya, saya belum sempat menyemak penuh seratus peratus kerana tuntutan masa yang sangat terhad. Lebih tepat, kerana tekanan peribadi juga. Bahkan, perlu saya jelaskan, bahawa saya tidak mengubah terjemahan penterjemah sesuka hati tetapi ‘mencadangkan’ terjemahan kepada beliau. Terpulang beliau mahu mengambilnya atau mengabaikannya begitu sahaja. Kerana, beliau menyatakan ketegasan terhadap beberapa bentuk ejaan Melayu yang melarikan langsung bunyi asal Arab. Kerana itu, beberapa kalimah anda akan lihat masih mengekalkan bentuk tertentu.
Perlu juga saya tegaskan, saya berada di pihak pembantu, dan ia bukan hasil kerja saya. Ia hasil titik peluh penterjemah seratus peratus. Saya merasa tidak layak diletakkan nama sedangkan usaha yang tidak seberapa. Jadi, berilah penghargaan penuh kepada yang empunya usaha. Sedikit hari lagi, insya-Allah, buku ini akan menemui anda semua. Selamat membeli dan membaca.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
All the best! :-D
Zaki, bahasa indonesia kang masnur itu udah dikira mudah berbanding bahasa pelajar indon yang lain. Betul ngak?
:)
Betul.
Sebenarnya sudah agak mudah kerana banyak yang sudah beliau betulkan. Cuma, barangkali saya syadid sikit pada mulanya menyebabkan kesusahan lain pula.
saya harap satu masa, pabila buku ini siap keseluruhannya dlm versi BM M'sia , saudara memaklumkan kepada saya. InsyaAllah, saya mahu menatapnya.
Penerbit buku ini adalah seorang Indonoesia, dan antara sasaran utama pembacanya adalah orang melayu kita Malaysia. Rasanya, versi yang sekarang ini sudah mudah difahami.
Saya tidak tahu kalau ada sesiapa mahu menerbitkannya sekali lagi.
Kalau saudara tersalah faham [barangkali saya yang tersalah tulis] sebenarnya ia sudah siap, sudah disemak, sudah dicetak, dan sudah di pasaran sekarang. maksud saya, di sini.
Alhamdulillah
bagus sangat tu..kitab ni memang perlu dimiliki dan di baca bagi daie atau penuntut ilmu..
tak kira bahasa apa..but for me, ana gemar baca buku kalau dlm bahasa kita versi indonesia...walau tak faham semua, tp maknanya lebih mendalam..this is my personal interest..
alakulillihal..Tahniah pd semua yg terlibat. Usaha yg menuntungkan ummah inshAllah
sy sendiri akui, ada banyak ilmu yg saya sendiri tidak tahu...dan di dalamnya ada jg diterangkan.
Contoh, apabila seorang sahabat [sy tak ingat namanya, nantilah cek] bertanya seorang qadi - tahukah engkau ilmu nasakh mansukh? Lalu jawab qadi itu - aku tidak tahu...
Itu jadi bukti bahawa - Tidak semua sahabat adalah mujtahid. Masih ramai di kalangan mereka yang bertahap sekadar alim, orang awam...
Pernah dengar kisah mandi junub dua orang sahabat?
pernah dengar kisah Nabi menegur solat seorng sahabat, sehingga dia ulang solat 3 kali (kalau tak silap)...
lalu kita katakan kenapa?Sedangkan dia sahabat...
Post a Comment