Saya masih ingat saat saya mula berdebat dengan seorang guru Matematik di darjah 5, kemudian sekali lagi di darjah enam. Memang. Berdebat akan buatkan kita rasa hebat, tetapi percayalah, saya rasa bersalah yang amat-amat sekarang.
Juga untuk guru-guru yang saya bersikap kurang ajar - berdebat, mempertikai, mempersoal, menganggap diri lebih hebat, menegur, melawan - saya tulis dengan sepenuh hati, meminta maaf dengan benar-benar. Kalau mampu saya tarik balik semua sikap dan kelakuan itu, saya akan tarik. Tetapi, ia akan kekal di situ menjadi satu parut bahawa saya berbuat salah pada kalian.
Maafkanlah anak murid yang bersikap kurang ajar ini satu masa dulu. Bahawa, tanpa tunjuk ajar kalian tiadalah saya dapat mengutip sekian banyak ilmu sekaligus, tetapi alangkah jahatnya saya kerana dalam ketika itu masih mahu berlagak dan meninggikan hidung...Kekesalan apakah yang saya patut bayar, tetapi saya mahu meminta maaf yang benar-benar, sekarang.
Saya melambatkan ucapan Selamat Hari Guru, kerana percaya, Hari Guru itu kelmarin, semalam, esok, lusa, tulat, langkat, dan sampai bila-bila.
Mohd Zaki
Manhumi_ilm
Oh ya. Aplikasi dari nasihat kawan saya, saya terpaksa tutup ruangan komentar dan shoutbox di blog. Sebarang komentar, respon, dan apa jua sila hubungi saya di emel tertera. Kesulitan amat dikesali. Saya terpaksa menutupnya atas sebab-sebab tertentu. Harap maklum.
No comments:
Post a Comment