Tulisan ini adalah khas untuk sahabat saya, Luqmanul Hakim Ab Rahman yang telah banyak berjasa pada saya selama ini. Terima kasih. Banyak-banyak. Segala pertolongan beliau tidak dapat saya lupakan. Daripada kesudian mengganti saya mengajar madah, meminjamkan beberapa barang dan keperluan, menumpangkan saya tidur di rumahnya ketika saya ke muhafazah tempat dia tinggal, hingga kepada kesanggupannya menolong saya dalam perkara-perkara kesusahan yang menimpa saya.
Tidak lupa juga kerana sikap sabar dan tasamuh beliau, timbang rasa dan pemaafnya. Minta maaf banyak-banyak atas salah silap dan ketelanjuran saya. Sampaikan salam pada Khalid @ Akhfash, saya di Cairo kala ini. Musim imtihan sudah menjelang dan tiba. Selamat berjaya untuk Abu Akhfash dan Ummu Akhfash.
4 comments:
Apalah sangat jasa saya berbanding jasanya (zaki) kepada saya. Dia telah banyak membantu dan megajar saya sepanjang keberadaannya di sini samada secara langsung atau tidak. Sehingga kini telah banyak yang telah saya pelajari dari dirinya. Terima kasih dan maaf atas segalanya. Sudilah kiranya utk dia singgah dan berkunjung ke teratak buruk kami sekeluarga dan kita sekali lg akan bersama mencicipi bayu laut mediterranean :)...
جزاه الله خيرا وزوّجه الله أبكارا
Tengok, bagi klu lagi, ini yang musykil.
Tapi doa itu memang sedaplah man. Pandai kau buat. Memang seorang balaghiy yang mahir dalam Balaghah. Pemilihan kata juga sangat tepat, dengan mendatang lafaz jamak sebagai ganti kepada lafaz mufrad, imma litufiida t-taksiir, au litufiida takziim atau takriim. Tetapi tiada qarinah yang melarang daripada menghendaki kedua-duanya, kan?
Fe-'el madhi pula bermaksud doa, Allahumma Aamiin. :D
Saya keliru, bila masa saya pernah ajar dia apa-apa. Rasanya saya yang datang menadah itu adalah.
assalamualaikum...
salam ukhwah...terjumpa blog enta secara xsengaja...anyway tulisan yg bagus ,keep it up...masih musim imtihan?good luck buat enta...
ana di jepun skang ni pon sedang musim imtihan juga...
teruskan perjuangan...
wassalam
hubbud_jariah
maaf, saya lambat perasan ada orang komen.
terima kasih. Tulisan yang baik? Rasanya biasa-biasa je
Post a Comment