Monday, February 19, 2007

Syarat-Syarat Pertandingan Blog BKPJM 2007

Sebagaimana yang saya janjikan dalam entri yang lepas, saya akan memaparkan syarat-syarat Pertandingan Membina Blog 2007 Anjuran BKPJM. Berikut adalah syarat-syarat Pertandingan Blog

1. Anda mestilah seorang ahli BKPJM yang sedang berada di Mesir.

2. Anda mestilah mendaftarkan diri ke http://bkpjm.itopsites.com dan menampalkan kod HTML-nya di blog masing-masing ( supaya logo pertandingan kelihatan )

3. Logo mestilah dipaparkan di bahagian atas sidebar atau bahagian-bahagian yang mudah dilihat.

4. Pertandingan berlangsung sepanjang tempoh bermula dari 1 Mac 2007 ( 2 petang ) hingga 31 Mac 2007 ( 2 petang ), dan pemarkahan akan diambil sepanjang tempoh sebulan itu. Tiada markah diambil sebelum dan selepas tempoh itu.

5. Pemarkahan dibuat berdasarkan konsep penambahan dan penolakan markah sebagaimana perincian berikut :

a) Aspek-Aspek Penambahan Markah :

- Membuat apa juga posting/entri
- Membuat posting/entri bahasa Arab dengan tulisan Arab.
- Membuat Posting bahasa Inggeris
- Melakukan sebarang perubahan kepada template dan perubahan itu berjaya.
- Menambah sesuatu kod HTML atau item pada blog, yang asalnya item itu tiada dalam template asal. Setiap satu jenis konsep layak menerima satu kadar markah tertentu.

b) Aspek-Aspek Penolakan Markah :

- Blog tidak update kerana tidak membuat posting/entri.
- Membuat posting ciplak, berasaskan copy/paste, hasil penulisan orang lain.
- Tidak membuat perenggan langsung dalam entri/posting menjadikannya satu perenggan panjang berjela.
- Posting terlalu panjang dan membosankan serta meleret-leret.
- Tatabahasa terlalu teruk dan set taip terlalu teruk.
- Posting terlalu pendek ( kurang 10 perkataan )
- Melakukan perubahan pada template tetapi perubahan itu gagal.
- Melakukan penambahan item atau kod HTML, tetapi ia gagal berfungsi.
- Penambahan item atau apa-apa konsep yang serabut dan kucar kacir secara keterlaluan sehingga kelihatan terlalu serabut.

6. Pemarkahan berkenaan template akan dibuat secara mingguan manakala pemarkahan berkenaan entri dibuat secara harian.

7. Lima Blogger yang menduduki ranking teratas dalam carta topblog bkpjm akan mandapat markah bonus. ( dinilai pada setiap hari jam 3 petang )

8. Keputusan hakim adalah muktamad .

Yang benar, Mohd Zaki.

Sebagaimana yang kelihatan, markah paling besar berada pada posting dan entri, bukan pada design template. Namun kedua-duanya mempunyai kadar markah masing-masing. Selamat mencuba.

1 comment:

MZP said...

Sedikit penjelasan mengenai aspek penambahan markah yang keempat

- Menambah sesuatu kod HTML atau item pada blog, yang asalnya item itu tiada dalam template asal. Setiap satu jenis konsep layak menerima satu kadar markah tertentu.

kod atau item atau konsep yang dimaksudkan seperti menambah gambar, meletakkan link, meletakkan shoutbox, dan lain-lain. Ada bermacam-macam jenis kod html dan masing2 punyai sifat masing-masing. setiap satunya dikira satu konsep, dan layak menerima satu kadar markah tertentu.

Contoh, orang meletakkan satu shoutbox di blog, dan orang meletakkan 100 shoutbox di blog, kedua-duanya dapat jumlah markah yang sama, kerana satu konsep yang serupa.

Kedua, blog yang tersangat cantik tidak semestinya menang kalau markahnya kurang. Bermakna, kunci menang kalah pada nilai posting dan entri,juga kepada sejauhmana kefahaman blogger memahami kod HTML. Penulisan dan aplikasi yang berjaya.