Beberapa minggu yang lalu, saya melangsaikan dua buku, novel Surat-Surat Perempuan Melayu karya Faisal Tehrani dan Antologi Andalus Menangis. Saya ambil masa yang panjang untuk menghabiskan buku yang tidak berapa tebal. Mengalasankan diri suatu yang boleh tetapi saya enggan.
Novel SSPM bagi saya adalah sebuah novel yang tidak terlalu berat, tetapi mengenangkan isinya sudah menjelaskan sebeban bahan yang perlu dikaji dan diulas sebelum boleh dimasukkan ke dalam karya. Novel ini kaya dengan banyak kalimah terutamanya bahasa Arab, apatah lagi gaya bahasa Melayu lama yang mengesankan saya.
Andalus Menangis pula memuatkan sejumlah sajak yang segar, dengan pelbagai tema, tetapi saya gemar dengan beberapa sajak daripada beberapa penulis, antaranya Fahd Razy. Sudah agak lama juga saya meneliti sajak beliau dan saya amat tertarik dengan sajak berkonsepkan 'adalah' ini, atau konsep subjek predikat ini. Sajak saya yang baru-baru ini [ Untuk Yang Terutama, Mengingati Yang Teristimewa ] adalah terkesan dengan ke'adalah'an yang beliau bawa dalam sajak beliau.
Saya rasa komentar ringkas ini wajar dan tidak terlalu bersikap 'terjah yang semberono' macam saya lakukan kali dulu. Maaf kalau ada menyinggung di mana-mana. Terima kasih juga kepada yang beri pinjam buku.
O ya Fahd. Nama saya pun ada dalam Andalus Menangis sedang saya tak kirim apa-apa, buat saya rasa segan. Al-aula fa l-aula, masih ada lagi yang lain.
No comments:
Post a Comment