Wednesday, April 11, 2007

Sekitar Pembentangan Pengenalan Penulisan Kreatif Di Zaqaziq

Sebetulnya, saya baru pulang dari Zaqaziq, membentangkan Pengenalan Penulisan Kreatif, tetapi menyentuh pembikinan cerpen secara khusus. Ditemani Ishaq Hanis yang setia di sisi sejak perbentangan di Shibin tahun lalu, dan di Mansurah dan Zaqaziq tahun ini. Syukran jazilan juga pada Saudari Najwa dan Zainab yang turut sama membantu pengisian. Tak lupa pada penganjur.

Badan yang kepenatan mengingatkan saya pada sambutan yang menjadi hangat walaupun bermula agak hambar. Sepanjang perbentangan, yang bermain di kepala saya adalah diri saya sendiri. Mengetahui teknik dan cara tidak menjaminkan kewujudan hasil. Mahukan hasil perlu pada usaha dan saya suka menilai dengan melihatkan hasilnya.

Beberapa pelajar perubatan akhawat turut serta, namun tidak dapat mengalahkan jumlah ikhwah. Tapi saya sendiri kurang pasti, sedalam mana mereka faham, dan sejauh mana mereka mahu. Semuanya terpulang. Dalam pembentangan kali ini, saya berperanan menerangkan beberapa tips penghasilan cerpen, melorongkan kembali pemahaman cerpen kepada pemasukan ilmu bantu, dan menerangkan beberapa perkara lain yang berkaitan.

Apa yang agak kelakar apabila saya ditanya mengenai antagonis dan pratagonis (eja tu entah betul ke tidak) lalu tersalah jawab. Lantas ditegur akhawat dan pengisi yang dua orang. Kerana (baca:kelakar) sungguh, saya tak belajar semua itu. Bahkan saya sendiri merasakan ia kurang penting untuk diterangkan di level pengenalan ini. Memadai (bagi saya) menerangkan watak (yang paling asas) - orang kata, dari asas ke asas - juga komponen asas yang lain kemudian mencuba menulis. Lihat mana yang dikatakan faham, dan mana yang dikatakan keliru. Atau mungkin kerana saya rasa peserta lebih arif dengan hal ini; mereka belajar komponen sastera dalam Bahasa Melayu dan ramai yang dapat satu; sangat jauh kalau mahu dibandingkan dengan saya yang tidak pernah belajar komponen sastera dan natijah Bahasa Melayu cuma tiga.

Kerana itu, saya berkeyakinan mereka boleh menulis dengan lebih baik berbanding saya. Hm. Saya menunggukan hasilnya bila-bila masa.

2 comments:

iBNu NooR aL-HaJ said...

assalamualaikum. mantap la ustaz zaki. tak tersangkut ngn budak2 tibb zaqaziq ke? dengarnya mcm best je (ni sahaque yg cakap...)

Mohd Zaki M.Noor said...

bak kata orang tua-tua,

hujan turun membawa air
ribut datang membawa angin
kawan turun semata hadir
ikut datang kerana ingin.

jauh laut dari hutan
kerana kampung di tengah-tengah
jauh tersungkur dari tujuan
kerana tumpuan memandu arah.