Saya berniat memudahkan orang membeli, kerana itu saya jual murah. Beberapa kawan mencadangkan agar saya jual LE 10, LE 8, kerana kos cetak campur kos pengurusan. Belum campur kos pemasaran (waktu ini) dan peratusan yang harus diberi untuk izin terbit. Juga 30 peratus yang harus diberi kepada penulis.
Dengan buku setebal 192 mukasurat, saiz hampir sama dengan novel Maria, saya cuma jual LE 6, dan kalau ada yang datang beli di rumah saya jual LE 5.25, sungguh saya tak berniatkan keuntungan. Kos bahkan sangat tinggi.
Apabila meninjau, rupanya dunia percetakan di Mesir di kalangan Azhari tidak meriah. Setelah saya sendiri terjun dalam dunia ini, saya lihat, terlalu banyak 'rintangan' yang bersifat 'melemahkan'. Seorang kawan memberikan komen, suasana lebih kepada menekan dan tiada bentuk yang kelihatan 'menggalak'.
Adalah amat malang bagi saya, sekiranya mereka yang mempunyai niat yang baik ini terpaksa 'berjihad' melawan segala jenis macam dugaan, dan apa yang ada di depannya cuma segala kesusahan dan 'pembantutan usaha-usaha' baik.
Sebagai seorang siswa, saya sendiri kecewa dengan keadaan ini, dan berharapkan, kalau benar mahukan sesuatu hasil, muqaddimahnya adalah sesuatu yang mesti. Mahukan hasil tapi langsung tak membantu, menyokong, menggalak, memantau; adakah itu boleh dikira sebagai 'pengharapan yang benar' atau sekadar 'slogan kosong yang tak bererti apa-apa'?
Saya percaya, dengan harga yang murah ini buku ini kurang membebankan untuk dibeli. Dan semoga semakin mudah untuk dibaca. Saya percaya apa yang saya buat ini betul dan patut. Perhatikan sejarah di mana khalifah-khalifah Islam dulu sanggup memberikan hadiah yang 'besar-besar' dan 'lumayan' kerana mahukan kitab-kitab asing diterjemahkan ke bahasa Arab, hingga 'proses perkembangan ilmu' berkembang biak dengan penggalakan seperti ini.
Itu yang saya perhati. Betul dan tidaknya saya serahkan pada semua.
No comments:
Post a Comment