Sejak beberapa bulan yang dulu, saya memulakan satu kajian [berdasarkan kefahaman saya] mengenai syarat dan jawab syarat, barangkali kerana mind storming dan penelitian saya tidak tergesa-gesa merujuk mana-mana sumber secara terus, lebih kepada membina hipotesis dan perbincangan bersama Ellyeen, jadi hasilnya belum ada dalam erti kata jelas.
Antara hipotesis yang saya bentuk adalah, syarat tidak boleh didampingi fa, atau fa tidak boleh memasuki syarat, kemudian bertukar kepada hipotesis baru bahawa fe-'el amar tidak boleh menjadi syarat. Hipotesis itukan namanya hipotesis, sekadar ketekunan minda dan gerak hati.
Sekian lama kajian berjalan secara santai - kerana saya ada banyak kerja lain - saya semakin meyakini dan meneguhkan pendirian saya terhadap hipotesis dengan merujuk beberapa kamus, kemudian kedapatan satu ayat Quran yang didatangkan Ellyeen yang seolah-olah bertentangan dengan mauduk kajian. Atau lebih tepat, bertentangan dengan intipati hipotesis.
Tapi hari ini, secara tak sengaja saya terjumpa jawapannya bila belek-belek Tash-yiidu l-Mabaanii, mu-allifnya adalah Syeihu l-Muhaddits Abdullah Bin Mohd al-Ghumarii. Jawapannya ada di situ. Hipotesis saya betul, cuma masih banyak persoalan yang masih perlu dijelaskan sebagai lanjutan.
Cuma, kadang-kadang rasa kerdil bila ilmu sikit pun teringin nak buat kajian, padahal hakikat dan jawapan sudah lama ada tapi tak terlihat. Alhamdulillah, hipotesis saya positif!Benar.
No comments:
Post a Comment