Monday, July 14, 2008

Konferens Karya, Plan Dan Perlaksanaan - Editted 110708

Saya merancang untuk mengadakan 'Konferens Karya' pada 15 Julai ini. Iaitu pada pukul 9.00 pagi waktu Mesir, 2 petang waktu Malaysia. Maksud saya, menumpukan karya sajak dan cerpen. Terbuka untuk semua yang berada di Mesir dan berminat untuk turut serta. Berikut ada intipati, plan dan rancangan:

Objektif:
1- Merancakkan penghasilan karya di kalangan siswa dan siswi al-Azhar.

2- Bertemu (secara maya), berbincang dan bertukar-tukar pendapat mengenai penulisan sajak dan cerpen.

3- Meneliti sudut berkualiti dan sudut bermasalah dalam karya yang dihasilkan.

Plan Perlaksanaan:
1- Mestilah menghantar sekurang-kurangnya satu karya, sama ada cerpen, atau sajak. Hanya yang menghantar saja boleh turut serta dalam konferens ini.

2- Karya tersebut (sajak atau cerpen) mestilah dihantar selewat-lewatnya 7 Julai 2008 ke e-mel mohd.zaki.m.noor [at] gmail.com dan karya tersebut belum pernah dihantar kepada mana-mana penerbitan dan belum pernah dibengkelkan (karya baru).

3- Mempunyai id ym dan dinyatakan sekali dalam e-mel bersama karya.

4- Program berlangsung secara maya, ta-'arruf ringkas, dan perbincangan mengenai karya yang dihantar dilakukan.

5- Lain-lain yang berkaitan.

Seperti yang saya nyatakan, hanya yang menghantar boleh ikut serta dalam konferens. Yang tidak, maafkan saya. Pastikan anda menyediakan mikrofon dan speaker, atau yang setara dengannya.

4 comments:

Anonymous said...

baguih2x...

akan difikirkan nanti.

salam rindu.

MZP said...

rajin-rajin joinlah. hai sekejap pakai nama pijat syita'lah, kejap katil panjang, huhu

Korakora said...

ramai yg berminat?

MZP said...

saya kira sudah agak ramai juga. kalau tak salah dah 7 atau 8 orang yang hantar, dan khabarnya masih ada lagi yang nak hantar, saya buka sehingga 7 julai ini.

semua karya yang dihantar itu saya kumpulkan di satu blog tertentu, alamatnya saya ada send-kan pada abang dalam offline mesej YM, beserta dengan pasword untuk membacanya. tak boleh tulis kat sini paswordnya.

o ya, saya belum tentukan lagi jam berapa, agak-agak jam berapa sesuai?