Rasa macam tak percaya Saufi dah tiada. Hari Rabu malam Khamis dia datang ke rumah saya belajar Nahu. Sampai pukul sebelas malam. Esoknya, Khamis, dia demam. Sabtunya, sakitnya makin melarat dan ke hospital. Selasanya dia pulang ke Malaysia. Masa itu baru saya tahu dia balik mengejut kerana sakit. Kemudian masuk ICU dan tidak sedarkan diri. Tenat.
Rasa macam tak percaya Saufi sudah tiada. Hari ini, Sabtu, empat hari selepas dia balik Malaysia, pukul sepuluh malam, saya dapat tahu dia sudah dijemput Tuhan. Terasa macam baru semalam dia datang ke sini. Kami belajar. Kemudian bergelak ketawa. Kemudian mengadu penat. Makan. Minum. Kemudian bersalaman, balik.
Untuk dia yang saya kenang, saya doakan agar dia sentiasa dalam pemeliharaan Tuhan, dikurniakan segala rahmat dan keampunan, dijauhkan dari segala malapetaka dan ujian, diangkat darjat dan kemuliaan, ditempatkan bersama soolihiin dan muttaqiin, anbiyak dan mursaliin. Tak sempat meminta maaf, rasa macam tak percaya. Hadiahkan Al-Faatihah untuk beliau.
1 comment:
alfatihah untuk arwah.....
Post a Comment