Sunday, June 03, 2007

PHP, Joomla, WordPress dan Saya

Alhamdulillah. Akhirnya saya berjaya juga membina laman PHP sendiri. Menggunakan Joomla! Sejak dari dulu mahu cuba, tapi asyik tak menjadi, sebab terasa pening dengan bermacam-macam item yang tak difahami. Akhirnya, semalam mencuba di phpnet.us, dan tadi, dengan bantuan Ustaz Ahmad Yusof, ia menjadi. Tapi sebetulnya, saya masih tak faham. Masih jauh lagi rupanya.

Saya cuma tahu bahawa data asas perlu diketahui dahulu seperti url untuk control panel, username dan paswordnya, hostname utk SQL, username dan paswordnya, juga FTP server, utk memudahkan upload modul PHP dari komputer ke internet. Tapi tadi, kebetulan web phpnet.us itu telah siap-siap dengan installer Joomla, Mambo, WordPress dan macam-macam lagi, jadi tak perlu susah-susah upload. O ya. Lagi satu yang penting juga, Database Name, bagi satu alamat URL, mesti ada satu database name.

Saya juga membuat WordPress saya sendiri, dengan database name yang kedua. Untuk mencuba saja. Tapi setting dalam wordpress ini bagi saya lebih mudah difahami dari Joomla, mungkin sebab dah biasa, berbanding Joomla yang inilah kali pertama saya mencubanya. Apapun, saya rasa gembira dengan kejayaan ini, walaupun kecil di mata orang lain. Alhamdulillah.

3 comments:

Anonymous said...

zaki. tahniah. jadi dah la tu.. tak susah, lagi mudah kalau dah ada installer siap. tak perlu upload.

Joomla atau mambo agak rumit untuk diurus, tapi akan menjadi mudah kalau dicuba, try, cuba urus.

tapi kalau faham konsep software, ia pasti akan ada installer, cuma selepas install itu perlu configure atau set pada tempat tertentu, itu yang perlu diketahui, dari situ kita tahu apa kegunaan dan fungsi software itu.

MZP said...

ha, setting tu yg ana masih tak reti. kena talaki dr enta mata ke mata.

terima kasih.

Anonymous said...

insya Allah... ana boleh tunjukkan.. akan sampai masanya kita berjumpa.. huhu. :D