Tuesday, July 22, 2008

Liqaa-aat | 4 Perjumpaan

Sudah lama saya tak menyesakkan minda begini.

Pertama, adalah KELAP 2008 awal Ogos ini. Saya tak pasti tarikh tepat. Ada yang kata 2, ada kata 3. Tapi yang pasti, saya mahu ini adalah kali terakhir saya muncul dan bercakap di depan. Saya fikir, pelapis moderator harus digesa selepas ini, dan mereka tak mahu ke depan selagi saya belum berundur. Mungkin itulah tawaddu' terhadap seorang yang setua seperti saya. Atau mungkin kerana segan. Tetapi keadaan ini perlu diubah, walau apa pun caranya.

Kedua, adalah liqa' BCC 24 Julai ini, atau nama panjangnya, BKPJM Cyber Cafe. Saya fikir, saya sudah patut menyediakan pelapis ganti, kerana lambat laun, saya akan pulang juga satu hari nanti. Apa yang paling menyedihkan, adalah apabil kurangnya sikap ihtimam pada harta persatuan. Sikap ambil mudah ini telah menyebabkan kerugian yang tinggi, dan saya tak suka ia berlaku. Jadi, dalam pertemuan ini saya perlu melakukan sesuatu demi objektif ini.

Ketiga dan keempat, adalah liqa' yang ada kaitan dengan aktiviti Bahasa Arab. Satu daripadanya bertarikh 30 Julai ini. Biarlah saya simpan detail-nya.

Walaupun empat liqa', yang pada mulanya saya serabut, tetapi alhamdulillah, dengan sedikit penyelarasan, ia menjadi jelas. Bahkan simple. Mungkin saya fikir, setelah berlapang dada menyediakan pelapis, urusan BCC boleh diambil alih oleh yang baru. Janganlah takut. Pengalaman itu guru yang perlu ditemui sendiri.

2 comments:

MOHAMAD FAIRUZ BIN TAMJIS said...

salam..mantap ko ki, macam perdana menteri ko sekarang ni..busy betul erkk..perdana menteri pun tak sibuk sangat sebab ada S/U sulit..ko bila nak ambik S/U tetap??

BCC ok yer?? aku doakan semuanya ok..insyaallah ada pengganti tu..ajar sikit2 jer kat depa..taulah depa nanti dapat ilmu setelah mencuba..tul tak..ok

selamat jumpa lagi
wslm

MZP said...

ws. apa pula aku busy? aku lapang je ni. kalau busy, org mcm faizul tu la, ydp ke. aku ni rehat-rehat je sekarang ni. dlm proses nk clearkan dr kerja-kerja ni semua.

BCC ok, skrg ikhwah ada 5 komp, akhawat 5 komp, maktabah 2 komp dan pej ikhwah 2 komp, pej akhawat 2 komp. ada 1 lgi pc blh kalau nak hidupkan, tp tiada monitor.

aku setuju. dan aku dah mulakan langkah itu lebih awal, bulan 8 ni bulan terakhir aku pegang bcc. ajk aku dh lantik dan dah latih. slbhnya, dia org akn teroka sendiri.