Wednesday, June 08, 2005

1511 (H) Kombat

1511 H Kombat (bagi saya) tidak sehebat 1515, Karya Faisal Tehrani @ Faisal Musa.(Boleh atau tidak mendahulukan gelaran daripada nama sebenar?)

Faisal kali ini membentangkan latar secara agak tersusun (kronologi) dengan meletakkan latar masa berdasarkan tarikh bagi memudahkan pengecaman latar masa. Barangkali Faisal merasakan peletakan tarikh sama pentingnya seperti beliau melakukannya di 1511 dahulu, kerana kekaburan latar masa yang boleh menjejaskan pemahaman pembaca. Penceritaan yang bersifat futuristik ini boleh membawa pemahaman kepada dua perkara sama ada baik atau buruk, atau kita boleh menganggapnya sebagai karya sastera semata-mata.

Baiknya apabila ia menyedarkan tentang lambang kebesaran Islam dan kebenarannya. Ia satu peringatan dan konsep melahirkan rasa percaya dan iman pada agama, disamping mempersembah bukti-bukti hakiki yang tiada sangkalnya.

Buruknya, apabila ia semacam memberi satu cadangan kepada kuffar agar bertindak seperti yang dilakukan oleh Priseden Amerika dalam cerita tersebut. Mencadangkan kepada si laknat itu supaya menyerang kaabah, dan semacam umat Islam boleh menerima ia untuk berlaku. Walaupun secara logiknya, ide untuk menyerang kaabah sekalipun tiada dalam rancangan mereka (setakat ini) dan barangkali, mungkin sahaja mereka ada merancangnya, siapa tahu, ia adalah ide yang paling berbahaya dalam sejarah Islam kini. Sama bahayanya sekiranya mereka merancang untuk menyerang kiblat ilmu umat Islam, Univerisit Al-Azhar. Buruknya, adalah pada 'cadangan' itu. Wal Iyazubillah.

Faisal menggunakan ilmu bantu yang agak kukuh, namun boleh dikukuhkan dengan meletakkan lagi beberapa perkara seperti, menyebut bahawa bangunan atau peralatan yang sekarang ini ada, dan ia telah berubah menjadi sesuatu yang lain. Saya berpendapat begitu kerana, penceritaan secara futuristik membawa lambang sesuatu yang baru (walaupun ia bukan satu kemestian) tetapi kewujudan sesuatu yang baru perlu kepada kewujudan sesuatu yang telah lama. Katakan pentagon dan rumah putih adalah bangunan yang ada sekarang, maka dalam penceritaan futuristik, sekiranya ada bangunan lain yang menggantikan rumah putih dan pentagon, ia lebih menimbulkn kesan futuristik. Saya tidak bermaksud menafikan kesan yang sedia ada, tetapi bermaksuAApa d menambah kesan kepada futuristik.

Apa yang boleh dibanggakan, adalah keberanian beliau menulis cerita sebegini. Ilmu bantu digarap bersama latar terasa segar, dan menarik. Kisah kemenangan melawan musuh dengan usaha dan pertolongan Tuhan adalah suatu peringatan kepada kaum muslimin.

Penceritaan berjalan dengan tempo sederhana secara keseluruhannya. Barangkali kerana mahu melihatkan kesan ilmu bantu dalam cerita.

Apa yang lebih penting adalah; mengapa (bagi saya) 1511 H Kombat tidak sehebat 1515? Kerana penceritaan futuristik adalah suatu yang kabur, luar bayangan berbanding dengan penceritaan kisah yang pernah berlaku. Ia lebih jelas dan lebih berkesan kepada pembaca. Namun, saya tidak menafikan, kedua-duanya adalah antara karya-karya yang patut dibanggakan.

al_jantanie
manhumi_ilm

(Penulis tidak bermaksud memburukkan sesiapa. Ia hanyalah satu komentar dan kritikan dalam sastera)

2 comments:

Anonymous said...

plot 1515 kelihatan lebih logik dn mengesankan kerana ia sebuah fiksi yang direncah dengan latar sejarah masa lalu. pembaca sedia dihidang dgn apa dan bila peristiwa itu terjadi.

1511 H Kombat jg sebuah karya fiksi ttp cuba direlevankan dgn situasi hari ini utk sebuah kisah masa depan. pembaca tidak dihidang. pembaca perlu memikir hidangan yg bakal dihidang.

pedulikan ttg ramalan faisal yg akan mempengaruhi khalayak. sesebuah karya sebenarnya menjadi perwakilan rasa, idea, fantasi dan pemikiran sesuatu kelompok atau bangsa itu. faisal cuma merealisasikannya ke dalam sebuah karya sastera dgn simbolik yang nyata untuk tatapan umum.

bagi aku, 1511 H Kombat lebih menyentuh rasa dan terasa kejujuran pada penulisannya.

MZP said...

terima kasih atas pandangan anda