Itulah orang. Tidak puas-puas. Mahu hebat dan hebat. Mahu handal dan handal. Mahu segala yang muluk-muluk. Kemudian yang muluk-muluk dan lagi-lagi. Kemudian apa? Setelah kau hebat, handal dan segalanya? Setelah itu apa? Setelah itu apa?
Apa yang puas sangat jadi yang istimewa? Kemudian yang istimewa dan lebih istimewa? Yang hebat-hebat kemudian yang tiada tertanding? Kau faham apa yang sebenarnya? Apa itu segala kehebatan dan kemudian kehebatan dan lagi-lagi?
Maruah? Kenamaan? Kebanggaan?
Benci.
Semua dihimpunkan, dilonggokkan, disatukan. Apa lagi kalau bukan membebankan, memaksakan, membencikan! Kemudian tekan, tekan, tekan!
Diam! Ini sahaja.
Itulah manusia. Semua dunia. Dunia dan dunia lagi, dan sampai bila-bila pun dunia lagi-lagi. Sampai bila?
Heh. Benci.
al_jantanie
manhumi_ilm
No comments:
Post a Comment