Monday, April 17, 2006

Akbilu Atau Ukbilu? Dua-Dua Salah.[ Akbilu]

Saya mahu menulis sesuatu yang peribadi. Jadi, janganlah komen sangat kerana ia cerita peribadi. Menceritakan bahawa saya ini tidaklah pandai sangat. Masih perlu banyak belajar.

Dalam satu temuduga dengan Sohibus Samahah Noh bin Gadut (maaf, kalau saya eja salah. Tak tahu ejaan.) saya memulakan kalam apabila ditanya mengenai Wahabiyah dan diminta menjawab dalam bahasa Arab (sedang saya tak mahir berinteraksi dalam bahasa ini) dengan kata-kata لا أقبل هذا (La Ukbilu) Saya maksudkan ayat itu dengan maksud – Saya tak terima ini (Wahabiyah). Lantas S.S bertanya, la ukbilu atau la akbilu?

Saya kata, la ukbilu (bertegas dengan pendapat sendiri)

Kata S.S, kenapa? Ini thulathi ke ruba’ie (feel 3 huruf atau fe’el empat huruf)?

Saya kata, saya guna yang ruba’ie (feel empat huruf) Asalnya, akbala, yukbilu, ukbilu. Saya tak guna yang thulathi.

Kata S.S, awak pasti betul?

Saya kata ya.

Balik dari temuduga saya semak semula. Hasil semakan mendapati bahawa saya salah sebenarnya. Kerana أقبل يقبل - akbala yukbilu, yang saya gunakan bererti – جاء – ja,a - datang, dan bukan bererti terima. Jadi, penggunaan saya adalah salah.

Sebetulnya, La akbalu. Bererti, saya tidak terima.

Tetapi, baris S.S juga salah, kerana dia membaca La akbilu.

Ha. Yang betul adalah – La akbalu. Sila semak kamus.

Saya meneruskan sedikit semakan lantas mendapati kemungkinan kesalahan saya masih lagi betul. Iaitu apabila Akbala digunakan bersama ‘ala (أقبل على - akbala ’ala) bermaksud اهتم به وقبل (ihtamma bihi wa qabila – mengambil perhatian dan menerima) Ha, di situ ada makna menerima, kan?

Em. Kesimpulannya, satu, bahasa Arab saya masih lemah kerana cuai dengan baris. Dua, belum membudaya sifat membuka kamus dalam diri saya. Haza dokfun lan yusmah!

manhumi-ilm

No comments: