Tuesday, April 11, 2006

Maulidurrasul

Saya masih ingat, ketika hari lahir saya yang lalu saya tidak ambil pusing sangat walaupun ramai yang kelihatan ambil berat. Buktinya 5 pesanan ringkas (sms) saya terima– 2 dari Malaysia, 1 dari Rusia, 2 dari Mesir. Sekali imbas saya akan katakan 3 perkara. Satu, terima kasih. Dua, mengapa ingat yang masihi, lupakan yang hijrah? Tiga, daripada mengingati tarikh lahir saya, adalah lebih baik mengingati tarikh lahir Baginda S.A.W.

Baik kita membaca sesuatu yang lebih bermanfaat daripada memborakkan hal peribadi saya. Mengenai sambutan Maulidur Rasul atau Maulidun Nabi.

Betapa sesetengah kelompok, (terutamanya ******** dan orang yang berfahaman sedemikian) yang bersikap ghulu fid din (bersikap melampau dalam agama), apabila dengan lantang mengatakan bahawa sambutan memperingati Maulidur Rasul adalah bid’ah dan mengharamkannya. Apa mereka lupa bahawa Imam Syafii pernah menyatakan bahawa bid’ah itu ada dua, bid’ah hasanah dan bid’ah saiyiah?

Imam Syafii bukan mereka-reka kata dengan tiada dalil. Dalil – Man ahdasa fi amrina haza ma laisa minhu fahuwa rad – membawa maksud kewujudan dua bid’ah. Satu ditolak, satu diterima. Lihat frasa – ma laisa minhu, (dalam ikrob, ia adalah sifat yang berperanan menjelaskan) sekaligus memberi faham, bahawa wujudnya – allazi minhu. Ma laisa minhu (sesuatu yang bukan daripadanya) dan Allazi minhu (sesuatu yang daripadanya).

Memendekkan tulisan agar tidak berjela-jela, baik kita renungkan hakikat sambutan Maulidur Rasul. Satu, umat Islam berkumpul. Dua, berkumpul di tempat tertentu. Tiga, berkumpul pada satu tarikh tertentu. Empat, biasanya ada jamuan makan di akhir majlis. Lima, kebiasaan ada ceramah atau tazkirah disampaikan oleh orang alim. Enam, biasanya ada amalan ibadat seperti zikir, solat sunat, dilakukan dalam sambutan itu.

Mereka yang bersikap melampau ini mengatakan, ini bid’ah, dan ia haram.

Saya menjawab dengan beberapa isi. Satu, mengumpulkan umat Islam bukan suatu perkara yang buruk. Setiap Jumaat, kita berkumpul untuk khutbah dan solat. Bahkan, apabila hendak berperang, umat Islam berkumpul dan berbincang akan strategi peperangan. Juga mengumpulkan harta untuk disumbangkan dalam perang. Apakah kalau kita hendak bermesyuarat juga kita tidak boleh berkumpul? Apa berkumpul untuk sesuatu yang baik (seperti mendengar ceramah) sesuatu yang diharamkan? Mendengar nasihat sesuatu yang bersalah dan berdosa? Apakah kalau umat Islam berkumpul di masjid setiap kali lepas solat itu sesuatu yang merosakkan agama? Bahkan dilarangkan Islam?

Dua, berkumpul di tempat tertentu. Apakah salah berkumpul di masjid? Dan ia dilarang agama? Kalau begitu, kenapa tidak mengatakan berdosa kalau berkumpul di bilik mesyuarat untuk bermesyuarat? Atau berkumpul di sempadan negara untuk bersiap siaga untuk perang?

Tiga, pada hari tertentu (iaitu pada hari sambutan). Menetapkan sesuatu hari untuk melakukan sesuatu yang baik (seperti mendengar ceramah) adalah tidak salah. Kalau kita mahu membuat sesuatu kita tidak perlu merancangkah? Pakat-pakat niat dan semua orang boleh datang? Apa ada kuasa fikiran, berhubung tanpa perlu mengumumkan sekian-sekian tarikh? Merancang berkumpul pada hari tertentu itu salahkah? Berdosa? Jadi besok, sesiapa yang hendak mengajar di masjid, datanglah pukul 10 pagi tanpa beritahu sesiapa yang anda hendak buat kelas, dan lihat berapa ramai yang datang!

Empat, makan atau jamuan. Agak-agak anda, apakah ada dalam sunnah Rasul yang menceritakan ‘haram memberi makan kepada umat Islam’, atau ‘dilarang memberi makan kepada tetamu’ atau ‘sikap menyediakan makanan untuk saudara-saudara yang lapar adalah sikap keji yang mesti dijauhi’? Jadi, apa salahnya ada makan atau minum di hujung majlis?

Lima, ceramah atau tazkirah. Oh, majlis ilmu itu dosalah ya? Jadi, mereka yang mengajar di sekolah, di masjid bahkan di pondok-pondok adalah pendosa besar. Apa mereka tidak perasan bahawa agama itu nasihat? Apa mereka tidak baca kelebihan majlis ilmu? Dan ya, kalau begitu, Nabi pun tidak akan buat majlis ilmu, kan? Pelik-pelik. Apakah mereka tidak sedar kelebihan majlis ilmu? Bahawa ia adalah jawapan yang jelas, mengapa mahu mengharamkan sesuatu yang halal?

Enam, amal ibadat seperti zikir dan solat sunat. Apa tidak ada hadis yang menceritakan kelebihan zikir, kelebihan berselawat, kelebihan solat sunat, kelebihan berdoa, kelebihan beristighfar, kelebihan baca al-Quran? Apakah kalau kita (dalam satu ketika) berkumpul dalam satu tempat, apakah tidak baik sekiranya kita berselawat, beristighfar, dan beribadat? Apakah haram beribadat pada ketika berkumpul? Kalau begitu, kalau berada dalam majlis ilmu, jangan mulakan majlis dengan Fatihah, apabila dengar nama Nabi disebut jangan sesiapa selawat, dan kalau rasa masa terluang jangan ada sesiapa yang berzikir walaupun dalam hati kerana anda sedang berkumpul. Kalau begitu, siapa yang sebenarnya bersalah wahai pihak yang melampau dalam agama!

Tambah lagi sikit. Kalau ada yang kata - membesarkan hari lahir Nabi itu haram, orang itu patut menambah kata-kata ini juga. 1.Haram menyambut hari lahir sendiri, anak-anak, kekasih. 2.Haramkan menyambut Ulangtahun keputeraan Yang Dipertuan Agung. 3.Haramkan sambutan 'membesarkan dan memperingati' Hari Ulangtahun Kemerdekaan. 4. Haramkan Segala Jenis Sambutan seperti menyambut Raja, Menteri Besar, Sultan, pemerintah, hattakan kalau Imam Masjidil Haram datangpun jangan sambut, kerana ia satu bentuk membesar-besarkan. Kan membesarkan 'keputraan Nabi' itu haram, jadi, kenapa tak mengharamkan sambutan kepada orang yang pangkatnya lebih rendah daripada Nabi?

Saya tambah satu hujah, betapa, bid’ah hasanah itu ada dalam Islam, sekalipun Nabi tidak pernah melakukannya di zaman Baginda. Iaitu peristiwa azan dua kali pada waktu Jumaat di zaman Saidina Usman.

Jadi, sambutan Maulidur Rasul adalah sesuatu yang dibenarkan dalam agama, kerana Nabi juga berkumpul bersama sahabat, ia sesuatu yang Nabi lakukan. Nabi juga menetapkan tempat tententu untuk berkumpul. Bahkan menetapkan hari berkumpul. Nabi menceritakan banyak fadilat dan kelebihan memberi makan kepada umum dan tetamu. Kan baik memberi orang makan, baik bersedekah. Nabi juga memberikan nasihat, tazkirah dan ceramah kepada sahabat-sahabat Baginda. Dan banyak hadis menceritakan tentang kelebihan amalan berzikir, solat sunat, baca al-Quran, berselawat dan amal ibadat yang lain.

Semua warid. Semua ada dalam Islam. Bezanya, semua itu dicantumkan pada satu hari dan diberi nama. Hai, beri nama pun salah? Kalau begitu, buat apa-apa mesyuarat agung tahunan ke, hari keluar mengundi ke, jangan diberi nama. Biarkan ia tidak bernama. Lepas ini haramkan semua hari yang ada nama. Hari Aids Sedunia, Hari Pekerja, Hari Guru, Hari Mengundi, Hari Pencalonan, Hari Ulangtahun Kemerdekaan.

Apa yang sebenarnya boleh, dan apa yang sebenarnya tidak boleh?

Yang tidak boleh adalah, mewajibkan sesuatu yang tidak wajib, bahawa siapa yang tidak melakukannya dikira berdosa. Ha. Tiada siapa yang mewajibkan buat Maulidur Rasul. Bahkan boleh tunda. Bahkan, di sesetengah tempat, ada yang tak jadi buat. Batal. Kita tak mewajibkan sambutan ini, ia sesuatu yang halal. Jadi, apa masalahnya wahai orang yang melampau dalam agama?

al_jantanie
manhumi_ilm

Malhuzat 1: Tengok! Nak tulis pendek sudah jadi panjang lebar. Saya mengantuk ni.

8 comments:

apai said...

akum ki..apasal ko nyer side bar tak kuar dalam PC aku aa??ke masalah akt Pc aku yer..

mohd zaki said...

tak keluar?eh? aku nya ok je.ke dia turun bwh?tapi, akunya tak turun bwh..ok je..entah...

Anonymous said...

Ya,sebab tu ingat yg tarikh masihi saja, sebab mereka lebih ingat tarikh lahir Baginda Nabi Muhammad S.A.W daripada tArikh lahir anda dlm tahun hijrah.
Kasihan org2 yg menghantar sms.Dikata lupa tarikh hijrah.Heh.

*bersyukurlah masih dapat sms =P
*tarikh lahir anda dalam hijrah ialah pada 12 Jamadilawal 1403,betul?Jadinya kalau nk sambut pun sebetulnya 8 Jun 2006 akan datang.Heh.Sabar.Ops =)

Puan Ainon Mohd. said...

Hujah-hujah sdr cukup menarik dan persuasif sekali. Tahniah.

Daripada sudut psikologis, sewaktu al-marhum Tunku Abdul Rahman mencetuskan idea menyambut hari jadi Nabi Muhammad SAW, apakah barangkali al-marhum menggunakan hujah-hujah serupa yang saudara kemukakan itu, ataupun cetusan idea itu datang daripada amalan sambutan hari jadi yang lazim diamalkan oleh mereka yang belajar di England?

mohd zaki said...

Puan Ainon. Saya kurang jelas maksud Puan Ainon. Kira begini sahajalah. Ia tak salah. jadi, tak menjadi masalah.

Tunku Abd Rahman orang pertama yang mencetuskannya? Itu saya tak pernah tahu...Wallahu A'lam

nedi said...

ingatlah peringatan maulid nabi itu muncul 360 tahun setelah nabi meninggal dunia. Tolong antum berikan kepada saya 1 hadits saja yang menerangkan masalah ini. pernahkan nabi mengatakan "rayakanlah hari kelahiranku" atau yang semacamnya? pernahkah para khulafaurrashidin yang mulia mengerjakan hal yang demikian?. sekira itu hal itu baik, maka mereka telah lebih dahulu mengerjakannya, karena merekalah orang-orang yang paling bersemangat dalam melakukan kebaikan. Sekali lagi saya tantang antum mengetengahkan hadits masalah ini.

dengarlah perkataan imam syafi'i

" “Apabila kamu mendapatkan di dalam kitabku apa yang bertentangan dengan Sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka berkatalah dengan sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, dan tinggalkanlah apa yang aku katakan.” (Al-Harawi di dalam Dzammul Kalam,3/47/1)"

“Tidak ada seorangpun, kecuali dia wajib bermadzab dengan Sunnah Rasulullah dan mengikutinya. Apapun pendapat yang aku katakan atau sesuatu yang aku katakan itu berasal daripada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam tetapi bertentangan dengan ucapanku. Maka peganglah sabda Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam. Inilah ucapanku.” (Tarikhu Damsyiq karya Ibnu Asakir,15/1/3)"

Adapun seringkali orang2 yang tidak mengerti makna bid'ah sering berdalil dengan perkataan Imam Asy-Syafii rahimahullah dan Imam Al-Isy Abdussalam. Bahwa Imam Asy-Syafii membagi bid'ah menjadi 2, Bid'ah hasanah dan Bid'ah Dholalah. Dan Imam Al-Isy Abdussalam membagi Bd'ah menjadi bid'ah wajib, bid'ah sunnah, bid'ah mubah, bid'ah makruh dan bid'ah haram. Maka sesungguhnya pembagian ini adalah bid'ah secara bahasa, bukan pengertian syariat. Karena kedua Imam ini sehari-harinya memang memakai bahasa Arab. Lagipula pembagian ini tidak seperti yg dipahami orang2 jahil zaman sekarang yg mengatakan "Ada bid'ah yg baik dan boleh". Kalo mencermati Imam Asy-Syafii, beliau mengatakan bid'ah dholalah adalah membuat perkara baru dalam agama, (seperti ta'rif imam Asy-Syathibi). Dan bid'ah hasanah adalah yg tidak ada khilaf di antara para ulama tentang maslahahnya, misalnya mengumpulkan suhuf menjadi mushaf, membangun madrosah2, mengajar agama dengan OHP, dll. Maka yg dimaksud di sini adalah al-maslahah al-mursalah, bukan termasuk bid'ah. Maka, acara maulid nabi, yasinan, mengusap muka stlh berdoa, zikir berjamaah, tidak termasuk bid'ah hasanah yang dikatakan Imam Syafi'i.

Dan perlu diingat bahwa bid'ah dalam pengertian syariat, tidak ada bid'ah hasanah. Karena :
Pertama, keumuman dalil hadist yg diriwayatkan Al-Irbadh bin Sariyyah : "Jauhilah perkara2 yang baru. Dan setiap perkara2 yang baru (dalam dien) itu bid'ah dan setiap bid'ah itu sesat" Riwayat Ahmad 4/126, Abu Dawud, 4/200, hadits no: 4607, At Tirmizy 5/44, hadits no: 2676, Ibnu Majah 1/15, hadits no:42, Al Hakim 1/37, hadits no: 4, dll.)
Kedua, dari sekian banyak dalil tentang bid'ah, semuanya dalam posisi melarang dan mencela. Tidak ada satupun hadist atau dalil yang mengisyaratkan bolehnya atau adanya bid'ah hasanah.

wallahu ta'ala 'alam

nedi said...

Tentang permasalahan adzan dua kali, kalaupun itu hal baru yang tidak ada pada zaman Rasulullah, tetapi antum harus tau khalifah utsman r.a itu siapa, beliau salah satu dari 4 khulafaurrashidin yang telah mendapat isyarat dari Rasulullah untuk kita mengikuti sunnah mereka. apakah antum tidak pernah mendengar sabda rasulullah

""Artinya : Barangsiapa yang masih hidup diantara kalian maka akan melihat perselisihan yang banyak. Dan waspadalah terhadap perkara-perkara yang diada-adakan karena hal itu sesat. Dan barangsiapa yang menemui yang demikian itu, maka berpegang teguhlah pada sunnahku dan sunnah khulafa’ur rasyidin. Gigitlah ia dengan geraham-geraham kalian". (Riwayat Abu Dawud no. 4607, Tirmidzi no. 2676, Ibnu Majah no. 440 dan yang lainnya)"

Lihat bagaimana mereka telah diberi pengesahan oleh Rasulullah agar kita mengikuti sunnah mereka.

Sementara untuk maulid nabi, kapan mereka melakukannya? saya tanya antum, kapan pada khulafaurrasyidin melakukannya?

itulah umat2 terbaik para sahabat, tabiin dan tabiut tabiin yang tidak mengenal apa yang antum sebutkan sebagai maulid nabi.

Mohd Zaki M.Noor said...

Saudara tak membaca hujah saya dalam tulisan saya. Ia sudah sangat jelas. Bahkan sudah saya istidlalkan. Itu adalah istidlal dari saya, bukan dari imam Syafii.

Kalau penghujahan saya tidak layak untuk diambil kira, kerana siapalah saya ini, ia tidak langsung menolak kebenaran kata-kata saya. Kalau saudara meminta saya mendatangkan dalil soreh mengenai suruhan nabi supaya kelahirannya disambut, maka saya juga dalam tulisan saya itu TELAH meminta untuk orang-orang seperti saudara datangkan dalil soreh mengenai nabi haramkan umatnya berkumpul, dalil soreh nabi haramkan umatnya saling memberi makan, dalil soreh nabi mengharamkan umatnya mengingati baginda, dalil soreh nabi mengharamkan umatnya mengingati bila kelahiran baginda, dalil soreh nabi mengharamkan umatnya dari kalangan alim untuk memberi tazkirah dan ceramah yang menyedarkan umat, dan dalil soreh nabi mengharamkan umatnya membuat pertemuan dan perkumpulan pada hari kelahiran Baginda.

Betul saya beritahu, saya tak suka berdebat dengan orang seperti saudara. orang seperti saudara selalu mendakwa berpegang pada dalil dalam hujah, tetapi saudara juga kena tahu apa itu ISTIDLAL selain daripada dalil. Kalau seorang pondan/penukar jantina ketika dimarahi kenapa dia menukar jantina lalu dia berdalilkan dengan firman Allah yang bermaksud, baranhgkali kamu sukakan sesuatu sedangkan ia buruk bagi kamu, dan barangkali kamu bencikan sesuatu sedangkan ia baik bagi kamu... Nah, tidakkah kucar kacir jadinya. Dia akan katakan kita bencikan dia menukar jantina padahal mungkin ia baik baginya.

Kalau mahu sangat pada hujah, biar saya nyatakan. Ketika nabi mendapati golongan ahli kitab brpuasa pada 10 muharram kerana meraikan selamatnya nabi Musa daripada Firaun, nabi berkata yang maksudnya; bahkan kamilah yang lebih layak berpuasa daripada kamu. Meraikan peristiwa besar (terselamat daripada bahaya Firaun) lalu meraikan dengan berpuasa. Peristiwa maulid nabi juga besar, bahkan diraikan dengan tazkirah dan memberi makan kepada kaum muslimin.

Nabi tak suruh meraikan hari lahirnya kerana itulah tawadduk. Nabi suruh raikan peristiwa besar nabi Musa, dan kalau kita faham hakikat membolehkan meraikan ini, maka nabi dengan kedudukannya sebagai PENGHULU segala nabi, maka min babil aula lagi, Nabi diraikan. Nabi tak sebut suruh raikan sebab itulah tawadduk.

Saudara. Hukum bukan keluar hanya dengan dalil semata-mata, tetapi akan kembali kepada maqasid Islam yang suci dan benar. Baiklah. Kalau saudara tak boleh terima semua hujah saya, saya tak paksa. Kekerasan pegangan orang memang tak boleh dipalingkan. Bukankah Allah yang memberi petunjuk. Semoga Allah menunjukkan cahayanya dan kita semua mengikutinya.

Kalau saudara masih berkeras dan tak menerima hujahan saya, sila berlaku adil. Kalau saudara haramkan maulid nabi, 1.Haramkan menyambut hari lahir sendiri, anak-anak, kekasih. 2.Haramkan menyambut Ulangtahun keputeraan Yang Dipertuan Agung/raja dsb. 3.Haramkan sambutan 'membesarkan dan memperingati' Hari Ulangtahun Kemerdekaan. 4. Haramkan Segala Jenis Sambutan seperti menyambut Raja, Menteri Besar, Sultan, pemerintah, hattakan kalau Imam Masjidil Haram datangpun jangan sambut, kerana ia satu bentuk membesar-besarkan. Kan membesarkan 'keputraan Nabi' itu haram, jadi, kenapa tak mengharamkan sambutan kepada orang yang pangkatnya lebih rendah daripada Nabi?

Betul saya cakap. Saya tak suka berdebat dengan orang seperti saudara. Ia hanya akan menambahkan keruh di hati saya, sedangkan saya sedang berusaha untuk membersihkan diri. Bukankah kita sama-sama Islam, dan orang Islam itu seperti firman Tuhan yang maksudnya, "bersikap keras kepada orang kafir, tetapi saling merahmati menyayangi antara satu sama lain"

atau seperti sabda nabi yang maksudnya, "orang mukmin itu terhdapa mukmin yang lain seperti satu binaan, saling menguatkan mereka satu sama lain".

Maka dengan semua yang saya sebutkan, semoga Allah mengampuni kita semua.