Friday, April 28, 2006

Pembetulan Maklumat Pertandingan AF 1

Dengan hanya satu lafaz, sebenarnya cukup untuk menyebabkan saya menghadap komputer hampir 4 jam atau lebih demi membetulkan lafaz tersebut. Bahkan menyemak setiap pembetulan agar tepat. Mengenai apa? Mengenai 4 pertandingan di bawah Annual Festival of BKPJM '06. Atau nama glamornya - AF 1.

4 Pertandingan itu adalah

1. Pertandingan Blog

2. Pertandingan Design Wallpaper

3. Pertandingan Mereka Islamic Presentation

4. Pertandingan Mengarang


Semua pertandingan ini dibuka hanya untuk ahli BKPJM di Mesir. Kecuali Pertandingan Design Wallpaper. Ia dibuka juga untuk bukan ahli BKPJM di Mesir. Maklumat lanjut ada dinyatakan di ruang tepi blog ini. Harap maklum. Pembetulan kedua yang dibuat adalah - tempoh masa untuk Islamic Presentation dipindah dari 5 minit kepada (tidak lebih daripada 10 minit).

Surat Sumpah:
1. Maaf pada Unit Pertandingan kerana Setiausaha anda masuk campur banyak sangat. Maaf, ya!
2. Ada apa-apa permintaan lagi? Tunai sudah. Saya hendak tengok hasilnya.

No comments: