Saya masih ingat seorang kawan memakumkan kepada saya, bahawa Dr Masyitah mencela mahasiswa al-Azhar, lebih-lebih lagi dalam perkara penguasaan Bahasa Arab sebahagian Azhari yang lemah. Ia memang sangat mengesankan.
Bahkan saya juga masih terngiang-ngiang kata seorang kawan – memang aku tahu sekiranya akidah salah, maka seluruhnya tertolak. Kerana akidahlah akan membezakan antara Islam dengan tidak. Lainlah kalau berbeza Feqah, ia masih boleh diterima, kerana itulah baru wujud 4 mazhab.
Sahabat ketiga menyambung dengan kata-kata – siapa kata Wahabi tidak bahaya dalam bab Feqah? Apabila mereka mentarjihkan satu pendapat dan mendhaifkan yang lain itu, bahawa orang yang mereka tarjihkan pasti betul, dan orang yang mereka tad’ifkan pasti salah – itulah ghulu fiddin.
Setelah semua itu, saya menyatakan lagi – ini tanggungjawab bersama. Orang Usuluddin sila ambil masalah akidah dan faqihkan betul-betul. Orang Syariah juga selesaikan masalah ghulu ini. Dan saya, juga kawan-kawan Lughah, harap dapat usahakan agar kelemahan penguasaan Bahasa Arab boleh diatasi.
Saya fikir, para pendakwah di Malaysia patut campur tangan juga. Selesaikan kebejatan akhlak di tanahair. Kerja patut dibagi-bagi. Dan untuk negarawan Islam, selesaikan masalah serangan orang kafir terhadap agama kita sekarang ini.
Mohd Zaki
Surat Sumpah:
1. Saya juga masih ingat dalam satu forum di internet, apabila hal berkenaan Wahabi dibangkitkan, ada yang menempelak. Mengapa sibuk-sibuk hal yang khilaf (sedangkan tidak semuanya khilaf)? Bukankah kebejatan akhlak di Malaysia sangat teruk? Bukankah Islam sedang difitnah terlalu dahsyat? Lantas saya katakan – Ya, kebejatan akhlak sangat teruk. Islam juga difitnah dengan dahsyat. Tetapi masalah Wahabi juga sangat bahaya. Kita ada bidang masing-masing, perlu selesaikan semuanya. Apabila serangan datang dari dalam dan luar, pertahanan perlu dibuat dari semua sudut juga.
2. Baca jawapan saya kepada D.M.
No comments:
Post a Comment