Saturday, April 22, 2006

Pertandingan Design Wallpaper

Pertandingan Design Wallpaper:
*Terbuka Untuk Ahli BKPJM dan Bukan Ahli BKPJM di Mesir
*Hantar Dalam Format JPEG Atau BMP atau Format Yang Sesuai.
*Anda Boleh Menggunakan Program Adobe Photoshop atau Program Yang Sesuai
*Wallpaper Tersebut Mestilah Memaparkan Logo BKPJM
*Wallpaper Direka Berdasarkan Sajak Yang Dilampirkan di bawah(Hargai Hidup)
*Tiada Had Penyertaan.
* Tarikh tamat adalah 14 Julai 2006
*Hantar Penyertaan Anda Ke E-mel (annualwallpaper [at] gmail.com
)

Hargai Hidup

Sajak : Hargai Hidup
Oleh : Cikgu Latifah Ashaari

Aku bersyukur diberi hidup,
Melihat tuhan menaikkan langit,
Setinggi-tingginya,
Menyinari siang,
Seterang-terangnya.

Aku bisa merenung lautan,
Yang Allah hamparkan,
Seluas-luasnya,
Kaki kotorku dapat,
Melangkahi batas-batas bumi,
Yang Allah bentangkan,
Selebar-lebarnya,
Dan aku dapat tidur,
Dalam kesunyian gelita malam,
Yang Allah gelapkan,
Segelap-gelapnya.

Aku mampu merasa dan meraih,
Nikmat dan anugerah,
Yang Allah berikan,
Sebanyak-banyaknya,
Aku cukup terharu,
Diri bergelar hamba,
Walau di celah-celah kebesarannya,
Di antara-antara keagungannya,
Aku hanya berdiri sebagai,
Sehina-hinanya manusia,
Sekerdil-kerdilnya insan,
Semiskin-miskinnya hamba.

Surat Sumpah
1. Ahli BKPJM yang ada blog dan web boleh tolong bantu saya promote. Terima kasih.
2. Isi sajak tak semestinya dimasukkan dalam design. Anggap ia sebagai pencetus idea untuk mereka.

No comments: