Esok, angkat sumpah ketua-ketua muhafazah yang baru di hadapan Rais Husni Mubarak akan dijalankan. Nampaknya pemilihan calon-calon untuk menjadi muhafiz telah selesai. Hampir separuh daripada muhafiz ini adalah muhafiz baru, dan bakinya adalah muhafiz kekal. Tiga ditukarkan tempat. Dan 2 muhafazah baru diwujudkan.
Apa yang menarik bagi saya, ada pelbagai karektor muhafiz dalam senarai ini. Ada yang merupakan Rais Jaamiah, ada yang ketua tentera, ada juga muhafiz yang sebenarnya adalah Naib Satu kepada menteri tertentu. Ada juga muhandis yang jadi muhafiz. Dan yang menarik juga, untuk Kaherah ada 3 naib muhafiz dilantik, satu untuk mantikoh barat, timur dan selatan. Dan jumlah muhafazah di Mesir kalau tak salah saya, 28 buah, untuk 13 muhafiz kekal, 12 muhafiz baru, dan 3 muhafiz yang berpindah tempat.
Berlaku juga persempadanan semula muhafazah, 5 semuanya; saya tak pasti kenapa. 2 Muhafazah baru adalah muhafazah Helwan dan muhafazah 6 Oktober. Tak pelik juga rasanya di tahun-tahun akan datang akan ada muhafazah baru, sebab Mesir sedang galak menubuhkan berpuluh-puluh bandar baru, dan ada peruntukan khas untuk itu dalam budget baru mereka untuk sesi kewangan 2008/2009.
Apa yang saya hampir pasti, harga makanan atau lebih tepat, harga barang mungkin tak akan turun. Sebab dalam plan lengkap yang dibentangkan oleh Ketua Menteri, Doktor Ahmad Nazif di hadapan Rais Husni Mubarak, mereka berpakat mahu menaikan kadar gaji, memberikan bonus, dan membuatkan peruntukan khas untuk menyokong golongan berpendapatan terhad. Tunggulah 30 April ini, dalam sambutan Hari Pekerja, akan diumumkan beberapa khabar gembira untuk semua pekerja. Ha apa lagi, rasanya kenaikan gaji dan bonuslah itu.
No comments:
Post a Comment