Selamat Hari Lahir.
Selamat hari lahir buat saya. Kalau tiada orang ucapkan pun umur saya tetap meningkat seperti biasa. Walaupun kita rasa seronok apabila ada yang ucap selamat, bukan itu bermakna lupa bahawa umur juga semakin singkat.
Peristiwa menyambut hari lahir mengingatkan saya banyak perkara ( sebenarnya tiada sambutan pun ) Pertama, hadiah dan pemberian. Ingat kecil-kecil dahulu, semangat menyambut hari lahir sesama adik beradik sangat meriah, hebat, walaupun dengan hadiah yang kecil. Masa itu, masing-masing akan memberi hadiah, tak gula-gula, pen atau apa juga, tanda peringatan sebuah hari yang bersejarah. Itulah namanya penghargaan.
Kedua, lafaz dan sebutan. Adat dan kelaziman, kita orang-orang Melayu selalu sebut : Selamat Hari Jadi. Cikgu saya kata, bukan selamat hari jadi, kerana kita dijadikan lebih awal daripada itu. Hari itu adalah hari lahir dan bukannya hari jadi. Lumati firman Tuhan Surah An-Nahlu ayat 4 – mafhumnya : Dia ( Allah ) ciptakan manusia daripada air mani...
Kalau hendak dikatakan jadi, maka hari dijadikan air mani itulah hari kita mula dijadikan.
Ketiga, isi borang bait muslim. Bukan bermakna saya akan berkahwin esok, lusa, tulat mahupun langkat dan sebagainya, tentu saya akan kata, “Allah Maha Mengetahui”, “Belum ada calon lagi” , “ Cari azhariyah kot” – tetapi yang lebih penting daripada itu, kita perlu mengetahui, perkahwinan adalah untuk menunaikan syariat, bukan untuk melangsaikan cinta. Berkahwin bukan kerana “ Saya sudah tua” tetapi berkahwin kerana sudah sampai hukumnya kita “ wajib berkahwin” atau sekurang-kurangnya “ sunat berkahwin”.
Silap masyarakat kita, lupa bahawa kahwin juga ada hukum. Kalau hukum bagi seseorang itu sudah sampai tahap wajib, tidak kira walau umur masih muda, walau masih berhingus, hukum yang wajib tetap wajib. Kalau seseorang umur sudah lanjut melampaui tujuh puluh sekalipun, kalau hukum baginya makruh, adalah baik dia tidak kahwin.
Ps: ada dengus-dengus kata : Kalau pasal kahwin, hujah campur dalil meluru keluar. Cuba buka bab lain, kenapa diam je?
al_jantanie
manhumi_ilm
ps no.2: perempuan pun perlu terima, bahawa sesungguhnya Islam mengharuskan poligami dan ia termaktub dalam al-Quran. Berdosa menafikannya. Terimalah bahawa ia satu hukum daripada Tuhan. Anda patuh pada Tuhan, bukan?
1 comment:
yela lelaki bleh lebih 4..keadilan susah untuk dipenuhi..biarpun dgn keredhaan isteri lain..kesian gak kat suami kalau xdapat memenuhi kewajipan dan keadilan..kebiasaannya yang satu pun suami kene fokus..lai byk2...tanggungjawab suami berat..tu baru satu..dosa isteri suami ade dapat natijah jugakkan?kesian kat suami..perempuan biasanya bukan melarang lelaki poligami just prihatin pada bebanan lelaki.hehehehe
Post a Comment