Saturday, July 02, 2005

Ripuh

Saya ripuh metah. Biarlah saya menyenaraikan ia sebegini.

Al-Jauhar, Warta, Sukej 107, pertandingan menulis artikel, cerpen dan sajak, HPKP’05 (Hadiah Pena Karyawan PMRAM 2005), Pertandingan mereka cover sukej 108, Akademi Medan Pena kali pertama, akademi medan pena kali kedua, webblog medan pena dan kemaskini, Hadiah Sastera Berunsur Islam, novel?, talaki dan pelbagai rancangan peribadi.

Bukan itu maksud saya. Saya mahu minta maaf kerana jarang mengemaskini jurnal ini. Andai anda terasa kecewa, saya minta maaf. Apa kata anda singgah ke teratak medan pena di http://akademi-medan-pena.blogspot.com. Saya juga kecewa, kerana banyak kerja penulisan yang terganggu. Namun demi membangunkan orang lain, itulah harga yang perlu dibayar. Begitukah Saudara Ubaidillah? Sudahkah menjadi lilin?

Saya mahu juga meningkatkan keupayaan diri. Doakan! Demi Tuhan, bukankah Dia yang mengatur urusan? Mengapa harus berputus sungguh?

al_jantanie
manhumi_ilm

No comments: