Wednesday, February 15, 2006

Karikatur Dan Penghinaan Terhadap Allah, Rasulullah dan Islam, Sebuah Catatan Ringkas.

Karikatur Dan Penghinaan Terhadap Allah, Rasulullah dan Islam, Sebuah Catatan Ringkas.
Memetik beberapa kalam dan memberi beberapa ulasan, itu yang akan saya lakukan.

Seorang kawan berkata antaranya bermaksud – sekiranya apabila Nabi Muhammad dicela semasa kita masih hidup, dan kita 'boleh' untuk tidak merasa apa-apa, tidak rasa marah, tidak rasa sedih, tidak rasa geram, dalam keadaan kita mampu melakukan sesuatu tetapi kita tidak melakukannya, apakah kita merasa kita 'layak' untuk mendapat syafaat Nabi di akhirat kelak?

Saya juga kata, kita patut merasa sangat marah!

Saya bertanya kepada diri dan kemudian menjawabnya – (setelah beberapa Negara Islam memboikot barangan daripada Denmark) Apakah perkaitan di antara boikot (barangan orang yang menghina Islam) dengan penghinaan terhadap Nabi dalam sejarah Islam? Pernahkah Nabi memboikot barangan (atau melakukan serangan ekonomi) apabila Islam dikeji sebegini?

Lalu saya (sendiri) menjawab – kalau tidak salah, dalam sejarah, apa yang berlaku adalah, apabila Nabi dihina (dan ketika itu beberapa penyair Arab Kuffar mencela Baginda), Nabi meminta sahabat Baginda yang handal bersyair membalas cercaan itu dengan syair juga, antaranya (Hasan bin Thabit) sekaligus membuktikan satu - Nabi membalas cercaan dan tidak mendiam diri, dua – meminta sahabat membalasnya dengan 'kebenaran' dan bukan 'kepalsuan' juga dengan 'beradab', dan tiga – tindakbalas adalah dengan yang sewajarnya (dicerca dengan kata-kata, membalas dengan kata-kata juga.)

Kawan saya mengulas jawapan saya, antaranya bermaksud – hukum berubah dan bersesuaian dengan zaman. Tidak semestinya bila dicerca dengan kartun, maka mesti membalas dengan kartun.

Kawan yang lain menambah, antaranya bermaksud – Ini adalah cercaan kali kedua. Kali pertama dilakukan oleh suratkhabar lain, dan apabila ia diulang sekali lagi, itu bukan 'tersalah' atau 'tidak sengaja' tetapi sememangnya mereka mahu mencabar agama kita.

Saya meneruskan kata-kata dengan – betul juga. Kalau kita rasa 'kartun' dibalas kartun tidak cukup untuk membuatkan mereka menarikbalik perbuatan mereka dan meminta maaf, boikot itu lebih sesuai dan terlebih wajar. Maka, kita mesti boikot.

Kawan yang pertama membuat kesimpulannya – tetapi boikot yang dilakukan terhadap Denmark seolah-olah menyatakan bahawa, kita hanya memboikot Denmark. Padahal boikot bukan perkara bara. Kita juga mesti memboikot Israel dan Amerika atas apa yang mereka lakukan terhadap Palestin dan umat Islam.

Saya juga mahu membuat kesimpulan sendiri.Barangkali, ketika isu 'kemarahan terhadap penghinaan ini berlaku', Ulamak adalah 'orang yang paling depan dan paling atas' mewakili umat Islam menyatakan kepentingan boikot, dan seluruh masyarakat menyambutnya dengan sesungguh-sungguhnya. Berbeza dengan isu boikot terhadap Israel dan Amerika, Ulamak bukanlah orang yang paling depan. Di depan mereka ketika itu adalah pemimpin negara yang 'tidak berfikrah Islamik' (itu lebih sopan daripada memaki yang bukan-bukan), sedikit berpihak kepada musuh-musuh Islam (atau kalau mahu lebih kasar – tali barut sebenarnya) dan pemimpin-pemimpin itu memikirkan untung nasib mereka, ekonomi mereka, nama mereka, 'rahsia' mereka, dan tidak menjadi orang yang 'nombor satu' kepada usaha memboikot.

Saya belum puas lantas menyambung bicara – dan barangkali juga, sebarang suara yang 'kontra' terhadap Amerika ketika itu akan dilabel 'pengganas, terrorist, irhabiy, TeppopИCT' (oh, itu adalah dalam bahasa Melayu, Inggeris, Arab dan Rusia) menyebabkan, suara boikot sedikit tenggelam dan tidak 'semeriah' boikot terhadap Denmark ini. Barangkali juga, pemerintah (dan orang-orang) yang pro-Amerika juga tidak mahu memboikot, alangkah malangnya mereka dengan berfikiran sebegitu!

al_jantanie
manhumi_ilm

Malhuzat 1: Marah dan sedih.
Malhuzat 2: Boikot Denmark, Amerika, Israel dan sekutunya.

1 comment:

Anonymous said...

penghinaan ini harus menyeret sensitiviti kita terhadapnya. Isu ini berlaku sejak 30 Sept. 2005.