Menaip satu artikel Bahasa Arab, kemudian menyediakan bunyinya, kemudian menterjemahnya pula (dalam keadaan saya rasa artikel itu pun bukanlah panjang sangat, dua muka word dengan saiz tulisan sebesar 18) pun mengambil masa sehingga dua jam setengah. Ia satu catatan rekod menaip yang teruk. Semua ini memahamkan saya beberapa perkara. Satu, kelajuan menaip dalam Arab sangat lembab, masih tersangkut-sangkut. Dua, menulis artikel begitu sahaja memakan masa yang sangat panjang. Tiga, saya perlu banyak menulis lagi.
al_jantanie
manhumi_ilm
Malhuzat 1: Rasa sedih juga, bila orang yang seharusnya berada di pihak penggalak (kepada usaha menulis) berpihak kepada tidak menyokong sangat.
Malhuzat 2: (sambungan daripada Malhuzat 1) Seingat saya, menulis artikel ilmiah berhajatkan kepada merujuk beberapa buah kitab, dan kadangkala sampai bertanya beberapa orang, manakala menulis sebuah cerpen memerlukan rujukan juga daripada beberapa sumber antaranya kitab dan bahan bacaan lain, plus bergolek-golek di atas katil dalam usaha ‘mencairkan’ ilmu bantu ke dalam cerpen.
Malhuzat 3: (sambungan daripada Malhuzat 2) Menulis itu suatu pembaziran ke?
Malhuzat 4: (sambungan daripada Malhuzat 3) Sudah lama tidak menyiapkan cerpen dan melazimi penghantaran artikel ilmiah ke Sukej.
Blog adalah sebuah diari yang besar. Untuk mencari sejarah yang dilupa, rasa yang dikambus, hala yang diukir. Untuk mengimbau setelah menyimpan, untuk muhasabah setelah memadam
Tuesday, February 28, 2006
Menaip Satu Artikel Bahasa Arab
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
kami tunggu hasil anda di SUKEJ..bila nak balik bantu sukej..SUKEJ rindu tanpa anda..
saya dah hantar beberapa artikel ke sukej. Tenaga kerja biarlah orang yang di Kaheraha
Betul2! akhi zaki, terima kasih memberi komen tentang blog ambo. cuma nok jugok komen berkenaan dengan penulisan ambo.. bereh!
Menulis takkan jadi pembaziran,
jika yang membaca pandai membuat penilaian,
bila penulis menulis demi menjana buah fikiran.
Lihat bagaimana Karl Marx mencorak dunia hanya dengan tulisan.
Lihat pula bagaimana Abul A'la al Maududi melakukannya.
Tak lupa juga al Banna.
Dan barisan penulis Melayu yang tak kurang hebatnya.
Menulislah.
Kerana tulisan anda mungkin mengubah dunia.
semuanya bergantung pada keupayaan seseorang. saya pernah dengar cerita manusia yang dahulunya hebat! dapat menaip proposal PhD dalam bahasa Arab setebal 40 muka surat semalam. tapi kekaguman saya tidak lagi menebal apabila beliau sudah meninggalkan arena dakwah dalam arus pembangkang alias jamaah Islam di malaysia.
Naim.
Kadang-kadang,
mungkin kita tak nampak bagaimana orang itu berjuang...
Wajibkah berjuang atas platform pembangkang semata-mata, jikalau hendak berjuang untuk Islam?
Sekadar retOrik.
lebih tepat kalau dikatakan - menulis dan bergerak dalam perjuangan islam sebagai dua benda. Bahkan, menilai dakwah secara sirriyah dan jahriyah perlu dikira dua kali.
tidak keterlaluan, menilai manusia juga perlu kepada beberapa kali penilaian.
Kekaguman Naim menipis sedikit, dan keharusan sesiapa sahaja berdakwah dalam mana-mana platform (menurut bunga suci)
Post a Comment